Bab 63

2K 101 11
                                    

Okeyy, lia nk bgi thu awal2. Lia nk tukar panggilan 'layrah - hanni'
'laurah - hanna' 'puan zalmah-pn seri zalmah' 'puan munirah-pn seri munirah' (sme dgn laki diorang 😂)

Okeyy keep reading....

________________________

Pn. Sri Zalmah dan Pn. Sri Munirah sedang menyiapkan ape yang patut lagi untuk tetamu yang istimewa mereka.

Sampai sekarang pun Pn. Sri Munirah masih lagi belum mahu buka mulut tentang siapa tetamu istimewa mereka itu.  

Katanya tetamu itu adalah kejutan buat pn. sri zalmah dan tan sri zabir. Jadi pn. sri zalmah diam kan sahaja. Dia hanya menunggu tetamu itu tiba dengan sabar.

Sejag fresh oren telah siap dibancuh oleh pn. sri zalmah. Tinggal nak hidang ke meja makan sahaja.

Lalu jag yang berisi fresh oren itu di bawa ke meja makan dan di letakkan di situ. Dia merenung makanan yabg telah tersedia di atas meja.

Semuanya nampak menyelerakan. Dia tersenyum siap jugak tugasnya dan pn. sri munirah untuk menyiapkan makan malam buat tetamu mereka.

Namun senyumannya perlahan- lahan bertukar hambar.

'Andai sahaja hanni ada dekat sini. Mesti hanni suka kan? Apa yang mama masak hari ni' terbayang- bayang hanni yang berselera tengah makan makanan yang terhidang itu.

"Siap dah, zal?"

Terus terbang lamunannya. Hilang sudah bayangan hanni tadi. Cepat- cepat dia menukar riak wajah. Senyuman manis di ukir. Lalu dia berpaling.

"Dah siap dahh...tinggal tunggu tetama istimewa kau tu jerr." jawabnya pendek.

Pn. Sri Munirah tersenyum.

"Haa...elok sangat lah tu. Jom lah rehat kejap. Duduk dengan inchek abang dekat depan tu." ajak pn. sri munirah lalu terus melangkah ke ruang tamu.

Pn. Sri Zalmah mengangguk sebelum mengekori langkah sahabatnya itu.

Masing- masing melabuhkan punggung di atas sofa. Melepas penat memasak dari petang tadi.

"Dah siap ke munirah?" soal tan sri zabir.

"Siap dah.... Tinggal tunggu diorang je" jawab pn. sri munirah.

"Ni...muni, siapa tetamu awak yang istimewa sangat tu." soal tan sri razak. Ternyata tan sri razak juga tertanya- tanya tentang siapa tetamu mereka nanti.

"Nanti abang tahu sendiri lahh...mereka dah on the way dah ni, bila- bila masa jer boleh sampai." jawab pn. sri munirah lembut.

Ting tongg...

Bunyi loceng rumah menghentikan perbualan mereka.

"Haa...tu tetamu kita dah sampai. Zal pergi lah buka pintu." pn sri munirah menolak lembut bahu pn sri zalmah.

"Ehh...asal aku pulak yang kena buka pintu? Kau punya tetamu kan? Kau lah yang buka!" dalihnya. Masih belum ada tanda yang dia hendak berdiri.

Ting tong...

"Zal...pergilah buka pintu. Aku yakin mesti kau suka bila jumpa diorang." pn sri munirah menolak lagi bahu sahabatnya.

Pn sri zalmah mengeluh kecil. Akhirnya dia mengalah dan bangun untuk membuka pintu.

Ting tong....

"Kejap- kejap...datang ni." sahutnya sambil berjalan ke pintu. Senyuman di ukir untuk menyambut tetamu yang tiba.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now