"Layrahh!!"
"Layrahhh...!!"
Jeritan asyraf bergema satu rumah. Dia pulang dari pejabat dengan wajah yang cukup menggerunkan.
Hatinya panas...panggilan 'adik' yang sering digunakan untuk si kembar telah bertukar dengan nama sahaja.
Tergopoh- gapah laurah berlari menuruni tangga, terkejut punya pasal. Hampir sahaja dia tersandung, tapi dia dapat imbangkan badan semula.
Wajah si abang dipandang cuak dari jauh. Liur ditelan kesat. Apahal pulak abang ni? Ke dah kantoi? Aduhh habislah aku.. Layrahh!! Ni kau punya pasal.
Sampai sahaja di depan abangnya dia berdiri kaku. Kepala ditundukkan memandang lantai.
"I..iye bang...ada apa?" Soal laurah tergagap- gagap. Sungguh dia takut waktu ni. Kalau ade kuasa halimunan, nak je dia hilangkan diri dan menyorok dekat mana- mana. Yang penting jauh dari abang muka rimau macam ni.
"Laurah pergi trip dengan siapa?" Soal asyraff garang.
"Pe..pegi dengan kawan- kawan dia lahh..ke..kenapa abang?" Dia mengangkat pandang. Suaranya tersekat- sekat.
Tapi berani pulak tanya soalan dekat abang rimau ni. Yelahh pelikkan kalau abang tanya soalan macam tu. Padahal abang dia dah tahu kembar dia tu pergi mana.
"Abang tanya lagi sekali, laurah pergi trip dengan siapa?!!" Suara asyraf mula memetir.
Terhenjut bahu laurah di buatnya. Perasaan takut menyelubungi diri. Dia tahu, abang asyraf takkan marah- marah tanpa sebab. Kelopak matanya mula bergenang.
Kepala di tundukkan semula. Air mata sudah mula mengalir perlahan. Tangan bermain dengan jari- jemari.
"Dengan kawan- kawan dia.." Jawab laurah menahan esak tangis. Sesekali jarinya menyeka air mata yang mengalir di pipi.
Mendengar esak tangis laurah membuatkan asyraff tersedar atas kesilapannya. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin lalu dihembus perlahan.
Entah mengapa sejak melihat keakrapan antara layrah dan arash dia jadi sering naik angin. Amarahnya mudah sahaja menguasai diri.
Kedua belah bahu adiknya diraih dan ditarik rapat tubuh itu menghampirinya. Tubuh laurah dipeluk erat.
"Shh..dah jangan nangis. Abang minta maaf, sebab tengking adik." Pelukan di regangkan. Air mata laurah disapu lembut dengan jari.
Dia takut adiknya jatuh sakit pula akibat ditengking kuat begitu. Doktor telah menasihati keluarganya agar menjaga emosi layrah. Gangguan emosi akan menambah buruk lagi keadaan kesihatan layrah yang sedia ada.
"Tapi adik jangan lah tipu abang, adik tahu kan abang tak suka kena tipu." Sambung asyraff lagi.
"Betul...adik tak tipu abang. Laurah pergi trip dengan kawan- kawan dia. Abang kan tahu juga." Balas laurah dengan suara yang masih serak akibat menangis tadi.
"Adik nak tahu tak abang dapat video apa? Ni, kawan abang send video ni tadi pagi." Asyraff menunjukkan video yang dimaksudkan kepada adiknya.
Terbuntang mata laurah melihat seorang gadis yang amat dikenalinya sedang membelasah dua orang lelaki sekali gus tanpa bantuan sesiapa.
Selang beberapa minit datang pula seorang lelaki membantu gadis itu. Degupan jantung laurah sudah berdegup tiga kali ganda dari yang biasa.
Tapi yang menyelamatkan keadaan adalah dihujung video gadis itu menyatakan dirinya ialah Hanni, Puan Hanni. Bukan Asyara Layrah yang dikenalinya.
Berkerut dahi laurah seketika. Kenapa dia gelar diri dia hanni? Dengan panggilan puan pulak tu... Soal hati laurah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Couple Tapi Married
General Fiction#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...
