Bab 39

1.8K 103 0
                                    

Kelas habis pada jam 11 pagi. Layrah,Aras dan Irfan berjalan beriringan  menuju ke kafe kolej. Layrah diapit oleh dua orang lelaki yang tinggi dan kacak. Dah macam bodyguard pulak..

"So, petang awak ada apa- apa rancangan ke?" Soal irfan

"Rancangan? Maksud awak rancangan apa?" Soal layrah kembali. Dia memandang irfan yang tinggi darinya. Tingginya hanya paras leher dua lelaki itu sahaja.

"Maksud saya, petang ni awak ada apa- apa aktivit ke nak buat?" Soal Irfan lagi.

Arash hanya mendengar soal jawab antara mereka berdua.

"Ouhh, saya takde apa- apa rancangan. Kenapa? Nak ajak saya keluar ke?" Layrah meneka.

Arash terkejut. Nak keluar? Nak kemana pulak dia bawak layrah? Desis hatinya.

"Yup, saya nak bawa awak pergi jumpa seseorang." Jawab Irfan

"Seseorang? Siapa? Saya kenal ke?" Bertubi- tubi soalan keluar dari mulut layrah.

"Mungkin iya, mungkin tak. Nanti bila awak dah jumpa diorang awak akan tahu sendiri." Ujar Irfan.

Berkerut dahi arash mendengarnya.

"Kau nak bawak dia jumpa siapa? Aku kau tak ajak pulak?" Kata Arash seperti berjauh hati.

"Hishhh..kau pun aku bawak. Aku ada surprise untuk korang berdua." Terang Irfan.

"Okey, kalau macam tu saya ajak laurah boleh?" Pinta layrah pada Irfan.

Irfan mengangguk.

"Boleh, nanti petang pukul 5 saya jemput awak dekat rumah awak tau."

Layrah mengangguk.

"Kau nak bawak kitorang jumpa siapa ni?" Soal Arash.

"Adalah, kata surprise. Kalau bagitahu mana jadi surprise tu." Kata Irfan sambil menjongket kening. Dan terus berlalu mendahului layrah dan arash.

"Hoii! Tunggu lahh. Kau tak jawab lagi soalan aku?" Jerit arash dari belakang. Layrah pula terpinga- pinga bila arash manarik tangannya bagi menyaingi langkah irfan. Dalam hatinya sudah tersenyum lebar.









Pinn pinn

Bunyi hon kereta dari luar rumah banglo milik Dato' Syukor. Layrah dan laurah terus keluar dari rumah. Layrah memakai kemeja ungu berlengan panjang, berseluar jeans dan bertudung yang berona ungu. Laurah pula memakai kemeja yang sama tapi berwarna merah, seluar jeans dan tudung yang senada.

Kasut kanvas disarung ke kaki. Mereka melangkah menuju ke kereta Proton Persona milik Irfan. Pintu kereta di buka lalu dua gadis itu memboloskan diri di tempat duduk belakang.

"Okey jom gerak." Kata layrah.

Irfan meneruskan pemanduan menuju kesesuatu tempat.

"Kita sebenarnya nak kemana ni?" Soal laurah. Kepada dua lelaki itu.

"Entah Irfan ni, nak main chak- chak pulak dia." Rungut Arash yang duduk di sebelah pemandu. Irfan tertawa kecil. Pikir main dengan budak kecil ke sampai nak main chak- chak bagai. Desis hatinya.

"Sabarlah, nanti korang akan tahu jugak." Kata Irfan. Senyuman di bibir tidak lekang dari tadi. Tak sabarnya nak jumpa diorang.

Setelah 10 minit memandu kereta membelok ke arah  Berjaya Time Squre . Kereta diparking didalam bangunan beli- belah itu.

"Jom turun, kita dah sampai." Ujar Irfan.

Mereka semua turun dari kereta. Remote kereta ditekan untuk mengunci kereta.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now