Arash masuk ke dalam bilik. Matanya menyapa layrah yang masih lena di atas katil.
Dia tersenyum kecil sebelum dia mengambil tuala dan memboloskan diri ke dalam bilik air. Badan yang sudah berpeluh membuatkan dia tak selesa.
Selesai sahaja mandi dan pakai baju dia duduk dibirai katil sebelah layrah.
Bahu isterinya itu digoncang perlahan.
"Sayang....bangun sayang. Dah dekat pukul 10 dah ni." Arash cuba mengejutkan layrah.
Layrah yang terasa tidurnya di ganggu, dia bergerak sedikit dan tidur balik.
"Aikk..tidur balik. Pikirkan nak bangun.." Arash mengoncang lagi bahu layrah.
"Sayang....bangun.." Kejutnya lagi perlahan.
"Hmmmm...."
"Bangun sayang, dah dekat pukul 10 ni." Ujar arash lembut.
Tak nak memaksa layrah sangat. Yelahh sepatutnya layrah masih lagi dalam pantauan doktor. Tapi nak buat macam mana. Dah ini yang layrah minta. Dia ikutkan sahaja lahh. Lagi pun dia juga tak nak layrah pergi jauh dari dia.
Layrah bangun terpisat- pisat. Dia duduk bersandar pada kepala katil sebelum mengeliat.
Kedua- dua belah matanya di gosok agar pandangannya jelas."Ehh...kan abang dah pesan, jangan gosok mata macam tu. Nanti mata sayang tu boleh calar." Cepat- cepat arash menghalang tangan layrah dari terus menggosok mata.
Layrah blur. Mata dikelipkan beberapa kali. Akhirnya pengelihatannya jelas.
Dia memandang arash seketika. Kemudian dia terus berbaring semula di atas riba arash.
"Nak tidur....ngantuk lagi." Rengek layrah manja.
Arash garu kepala. Nak manja- manja pulak isteri dia ni.
"Alahh...jangan lah tidur lagi. Bangun lahh..abang ada buatkan sarapan untuk sayang dekat bawah." Terus terbuka besar mata layrah.
Dia duduk kembali dan memandang arash dengan muka tak percaya.
"Abang masak?"
"Yelah, abang masak. Apa? Sayang fikir suami sayang ni tak pandai masak ke? Helloo...ni chef arash okey. Anak didik chef wan." Layrah tergelak besar dengar pengakuan suami dia itu. Hilang terus rasa mengantuk yang memberat tadi.
Dia menekan perut menahan senak ketawa.
"Hahahaha....perasannya suami hanni ni. Angkat bakul masuk sendiri." Kedua belah pipi arash dicubit geram.
"Ahhh..!! Sayang ... Sakitlahh" arash melepaskan cubitan layrah dari pipinya. Kedua belah pipinya diusap perlahan. Bisa cubitan layrah masih lagi terasa.
"Bisa ketam dia ni tak pernah hilang dari dulu." Rungut arash.Layrah masih lagi ketawa. Ketawa kecil. "Alololohhh...meh sini, akak bidadari tolong sembuhkan." Pipi arash diusap lembut sebelum dicubit semula.
"Eeiiiiii...geramnyaaaa!!"
"Hanniii... Sakitlahhh"
Berdekah- dekah layrah ketawa. Dengan berbaju tidur itu dia terus berlari tinggalkan arash.
"Ouhhh... Akak bidadari nak lari ye, mari sini abang hang tuah nak kejar." Arash terus mengejar layrah.
Dan bermula lah sesi kejar mengejar di dalam banglo itu. Layrah berlari keluar dari bilik dan terus ke ruang tamu.
Laju sahaja kakinya berlari menuruni tangga. Arash pulak yang cuak tengok isteri dia lari macam tu. Takut layrah jatuh. Dah lah belum sembuh sepenuhnya.
YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
Genel Kurgu#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...