Bab 49

2.2K 99 0
                                    

Selepas solat maghrib, lapan sahabat itu menikmati makan malam mereka di sebuah restoren makanan laut yang terletak di sebelah pantai.

"Abang, nak udang lagi!" Pinta layrah sambil menghulurkan mangkuk supnya yang sudah kosong pada arash.

"Hanni, dah banyak sangat makan udang ni. Nanti kalau sakit macam mana? Hanni kan tak boleh banyak sangat makan seafood." Pujuk arash.

"Alahh...siapa suruh abang bawak hanni makan seafood? Salah abang sendiri lah." Layrah sudah memuncung.

"Alololo...so swet! Suka lah aku tengok korang macam ni. Bahagia je." Sampuk liyana. Senang hatinya melihat wajah layrah dan arash yang jelas terpancar kebahagian.

"Kalau awak nak jugak, kita pun boleh sweet- sweet macam diorang." Celah Zahid. Keningnya dijongketkan memandang liyana yang duduk dihadapannya.

"Huuu...."

Yang lain sudah mula mengusik liyana dan zahid. Pipi liyana sudah mula kemerahan. Ikut kan hati nak je dia sumbat mulut zahid tu dengan serbuk kopi. Biar jangan manis sangat.

Dia mengjenggilkan mata pad zahid. Tapi zahid membalasnya dengan dengan kenyitan mata.

Tergelak sarah dan qisya lihat perangai dua sahabatnya itu.

"Nampaknya kita ada dua pasang kekasih lah dekat sini kan?" Kata irfan.

"Cer cerita, sejak bila korang start ni?" Celah qisya.

Yang lain sudah beri tumpuan pada zahid dan liyana. "Dah lama dah..sejak kita form 5 lagi." Selamba saja zahid menjawab.

Liyana spontan saja tendang kaki zahid dibawah meja. "Aduhh!" Zahid mengaduh kecil.

Liyana buat muka tak puas hati. 'Memandai je cakap aku dengan dia ade affair. Takgune betul!' Berang nya dalam hati.

"Ehh..kau dah kenapa?" Soal azim.

"Xde pape, ade nangka hempap kaki aku tadi." Jawab zahid spontan.

Tergelak layrah dengar jawapan zahid. Dia tahu mesti liyana tendang kaki zahid. Dia dah cukup masak dengan perangai semua kawan- kawan dia termasuk liyana.

"Mana pulak datang nangka ni?" Soal arash bendul.

Layrah cubit lengan arash perlahan. "Auch!"

"Abang ni lurus sangat kenapa?" Ujar layrah.

Yang lain terkekeh- kekeh kerawa lihat arash kena marah dengan layrah.

Hanya layrah sahaja yang boleh buat arash lemah.

Layrah menceduk sendiri sup udang yang di minta dekat arash tadi ke mangkuknya. Ini sudah masuk kali ketiga dia bertambah.

"Degilnya lah makcik ni! Ehh..bini siapa ni degil sangat?" Soal arash bergurau pada kawan- kawannya.

Layrah mencemik. Dia buat muka toya. Tanpa rasa bersalah dia suapkan nasi yang dah dicampur sup udang tadi kedalam mulut.

Berdekah- dekah yang lain ketawa lihat muncung layrah yang serupa itik itu.

Selesai sahaja makan mereka berlapan duduk bersantai di tepi pantai sambil menikmati angin malam laut.

Mereka duduk mengelilingi unggun api yang dibuat sendiri. Dah macam orang tengah ber'camping' pulak.

Hari ini mereka memang plan tak nak ke mana- mana dahulu. Sejak sampai petang tadi baru sekarang mereka keluar dari bilik masing-masing.

Mereka ingin berehat dan kumpul tenaga untuk berjalan esok.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now