Bab 71

2K 86 23
                                    

Kereta milik arash dan irfan menyusur masuk ke kediaman mewah tan sri zabir. Kereta mereka diparking kan sebelah menyebelah.

Hanna segera keluar dari kereta irfan dan membantu hanni memapahnya ke pintu rumah.

Tiba- tiba ada satu kereta lagi menyusur masuk ke dalam perkarangan rumah itu.

Seorang jejaka berkemeja hitam keluar dari tempat pemandu. Jejaki itu memandang setiap orang yang berada disitu dengan pandangan yang dia sendiri sahaja tahu maksudnya.

"Abang!" ujar hanna dan hanni serentak.

Hanna sudah mula terkebil- kebil. Hanni mula sudah lama bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang sebegini. Matanya memandang arash sejenak.

Arash faham dengan apa yang di ingin kan isterinya.

Asyraff berjalan mendekati hanni. Hatinya bagai tersiat melihat pegangan erat tangan arash pada pinggang hanni. Namun apa yang dapat dia lakukan. Memiliki hanni adalah angan semata- mata.

"Layrah, laurah. Abang datang sini bukan nak buat kecoh. Tapi abang ada sesuatu nak cakap dengan korang berdua." Ujar asyraff lembut.

Hanni dan hanna berpandangan sesama mereka.

"Abang asyraff, masuklah dulu kita bincang dekat dalam." Jemput arash dengan sopan.

"Takpelah abang cuma nak bercakap dengan adik- adik abang." Tolak asyraff dengan baik.

"Abang, kita duduk dekat taman. Jom!" Hanni bersuara lalu terus dia berjalan perlahan sambil dipapah hanna.

"Sayangg..."

"Takpe abang, bagi hanni settle kan masalah dengan abang asyraff sendiri." Hanni tahu arash risaukan dirinya. Namun dia juga tahu jiga ada campur tangan arash kali ini pasti masalah takkan dapat di selesaikan.

Arash mengangguk mengalah. "Sayang borak lah dengan abang asyraff dulu. Kalau ada apa- apa panggil abang." Ujar arash lembut sambil mengusap kepala hanni yang bersarung dengan tudung itu.

Hanni mengangguk dan memberikan senyuman yang penuh makna.

Lalu mereka semua bergerak ke arah yang berlainan. Arash dan irfan terus masuk ke dalam rumah bersama dengan barang- barang hanni yang dari hospital itu.

___________________

Dari jauh arash memerhatikan isterinya yang sedang berbual di taman berdekatan dengan kolam renang. Dari riak wajah mendung isterinya, dia tahu ade sesuatu yang di sampaikan oleh asyraff membuatkan hanni sedih.

Hatinya mula gusar, 'hanni tak boleh stress' Itu lah pesan doktor yang sering dia ingat. Kaki seakan ingin melangkah ke arah hanni, tapi bila di fikirkan balik dia tidak seharusnya gegabah.

"Siapa tu arash?" Soal satu suara dari belakang arash.

Arash berpaling. "Abang angkat hanni dengan hanna, papa."

Mata Tan Sri Zabir berpaling pada tiga figura yang jadi perhatian arash sejak tadi. Terselit juga rasa risaunya pabila melihat anak- anaknya berwajah mendung pabila bercakap bersama lelaki yang baru pernah sekali dia lihat.

"Kita sebagai lelaki dan ketua keluarga bertanggungjawab ke atas isteri dan anak- anak. Setiap permasalahan haruslah di selesaikan cara baik dan toleransi. Jangan pernah gegabah, jangan pernah bertindak melulu." Tan Sri Zabir seakan faham dengan gelojak hati arash tika itu. Arash mendengar nasihat bapa mertuanya itu dengan tenang.

"Ingat arash, bertindak sebelum berfikir adalah perkara yang perlu kita elakkan sangat- sangat. Arash fahamkan maksud papa?" Soal Tan Sri Zabir. Arash mengangguk dan tersenyum tenang. Tan Sri Zabir senang dengan sikap tenang arash yang satu itu. Pilihannya tak pernah salah. Bersyukurnya dia dapat satukan hanni dan arash duhulu. Dia yakin yang arash dapat melindungi dan membimbing hanni dengan baik.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now