Bab 10

2.9K 120 0
                                    

"Asalamulaikum" serentak Hanni dan Arash beri salam.

"Waalaikumusalam" balas Mak Mah yang muncul dari dapur.

"Mak Mah Hanni dah balik." kata Hanni bila ternampak Mak Mah. Mak Mah hanya tersenyum.

"Amboi banyaknya shopping, untuk mak mah takde ke?" tanya Mak Mah sekadar bergurau.

Hanni tersengih lalu menggelengkan kepala. "Sampai hati lupa kan Mak Mah." kata Mak Mah dalam nada merajuk.

"Alololohh..Hanni tak ingat lah Mak Mah, kat sana cuma ingat nk cari barang sekolah jerr.." pujuk Hanni.

Arash yang melihat adegan itu hanya tersenyum tanpa suara."Lahh..kamu ni, Mak Mah gurau je lahh. Dah, dah lepas ni bawa barang semua masuk bilik lepas tu mandi." arah Mak Mah seperti seorang ibu.

"Baik boss." kata Hanni sambil memberi tabik hormat pada Mak Mah.

"Kau, angkat semua barang ni naik atas." kata Hanni pada Arash lalu kakinya laju melangkah ke bilik.

"Oii..dah naik tu bawak lah sendiri, pemalas." gerutu Arash. Geram bila dibuli.

"Thank you Arash, sayang kau." Hanni terus melangkah kebilik.

Didalam bilik Hanni mencari baju ganti untuk lepas mandi nanti. Dia tak nak kejadian pagi tadi terulang kembali. Getah rambut dikepala dilepaskan dari rambut. Tuala mandi dicapai. Hanni membolos kan diri kedalam bilik air.

Arash bersusah payah membuka pintu bilik. Mana tak nya barang sekolah yang banyak baru dibeli tadi semua dia yang bawa naik atas.

"Hanni!! Tolong lah bukakan pintu ni." jerit Arash dari luar pintu.

Hanni yang sedang mandi hanya buat tak dengar sahaja. Setelah lama menunggu Arash melepaskan semua barang kelantai dan memulas tombol pintu. Bunyi pancutan air yang kedengaran membuat kan Arash faham mengapa Hanni tidak menyahut panggilan nya.

Barang yang dilantai terus diangkat dan diletakkan di kaki katil. Arash membuka T-shirt nya lalu berbaring di atas katil untuk melepaskan penat. Badan yang tak berbaju menampakkan tubuh sasanya.

Selang beberapa minit Hanni keluar dari bilik air. Baju ganti sudah disarung nya awal² dalam bilik air. Rambutnya yang basah dibalut dengan tuala. Pandangan Hanni tertacap pada batang tubuh Arash yang tak berbaju.

'Hishh..dia ni, belum pape lagi dah terbaring. Penat sangat lah tu.' gumam Hanni.

Hanni mendekatkan diri pada suaminya. Tubuh itu digoncang

"Arash bangun lah mandi." Arash mengeraskan diri.

"Arash, Bangun lahh." ton suaranya sudah tinggi.

"Arash!!! Bangunnn" Hanni menjerit pada Arash. Tapi Arash masih lagi tidak berkutik.

Tiba² hatinya rasa tak enak. Dia mula menggelabah.

"Arash..bangun lah jangan lah buat aku takot." Hanni mencuba lagi. Tiada perubahan.

Jari terlunjuknya didekat kan pada lubang hidung Arash mencari nafas lelaki itu. Tiada apa apa.

"Arash..kau kenapa ni. Mak M..." jeritan Hanni terhenti saat terasa ada yang mencium pipinya. Dia menoleh, Arash dah berlari membolos kan diri kedalam bilik air.

"Arashhh!!!" jerit Hanni geram. Tangan dilekap kan ke pipinya yang dikucup Arash. Pipinya merona merah. 'Ni mesti nak balas dendam' gerutu hatinya. Rambut yang dibalut tuala dileraikan. Pengering rambut dicapai. Lincah tangan nya mengeringkan rambut.

Hanni turun kebawah meninggalkan Arash dibilik. Niatnya untuk membantu Mak Mah didapur. Dia tahu bila Arash keluar bilik air pasti hanya bertuala jadi untuk mengelakkan diri ini lah caranya.

"Asalamulaikum, Hannii.." Hanni terdengar suara orang memberi salam. Langkah diatur ke pintu utama. Pintu dibuka. Hanni terkejut bila melihat kawan² nya datang kerumah

"Hannii" jerit mereka. Mereka saling berpelukkan bagi melepas rindu.

"Weyhh..kenapa datang tak bagi tau aku? Rindunya dengan korang." kata Hanni bila pelukkan telah terlerai.

"Saja buat surprise untuk kau." kata liyana.

"Banyak lah korang punya surprise. Dah lah jom masuk." kata Hanni menjemput kawan²nya kedalam rumah.

"Hanni, kitorang mintak maaf sebab tak jenguk kau kat hospital hari tu. Kitorang masih lagi kat kampung masa tu."  kata Qisya dengan nada sedih.

"Tak pelah aku tak kesah, yang penting korang jangan lupa aku." balas Hanni.

"Hanni, betul ke kau ada leukimia?" giliran Sarah pula bersuara. Hanni mengangguk.

"Ya Allah,Hanni jadi betul lah kau sakit" kata Qisya dalam nada terkejut. Hanni angguk lagi. "Hanni.." mereka berpelukkan lagi. Kini ada air mata menemani mereka.

Arash yang baru keluar bilik hairan melihat adegan air mata itu dari atas. Lalu dia pasang telinga.

Pelukkan dileraikan. Mereka memandang Hanni dengan pandangan yang sayu. Jelas dipengelihatan mereka tubuh Hanni sudah susut.

"Hanni penyakit kau tak teruk lagikan?" soal Liyana.

"Tak. Doktor kata sel² kanser ni boleh dibunuh, tapi kena buat rawatan kemotrapi" jelas Hanni.

"Kiranya kau boleh sembuh lah kan?" soal liyana lagi. Hanni angguk.

"Alhamdulillah" ucap mereka serentak.

"Dah lah aku tak nak buat drama sedih plak kat sini. Korang tunggu kejap aku buatkan air." kata hanni sambil menyapu air matanya meraka mengangguk.

Hanni baru sahaja hendak berdiri Mak Mah sudah datang dengan menatang sedulang jag yang berisi air sirap.

"Aikk..Mak Mah ni macam tau² je yang Hanni nak kedapur?" kata Hanni.

"Mestilah Mak Mah tau. Dah kawan² kamu datang hidang lah dengan air." balas Mak Mah. Hanni hanya tersengih.

Arash yang memerhati di atas menggelengkan kepala. Lalu dia masuk kebilik semula. Tak nak kawan² Hanni tahu kehadirannya di rumah itu.

Mak Mah kembali semula kedapur. Mereka berbual lagi. "Tak sabar rasanya nak sekolah. Rindu." kata sarah teruja. "Tulah aku pon sama, tak sabar rasanya." sambung Qisya pula. "Elehh..korang tak sabar nak sekolah atau tak sabar nak jumpa Arash?" soal Liyana pula. Hanni tersentak. Mereka berdua tersengih.

Arash merupakan ketua pengawas yang dah dilantik sebelum cuti sekolah bermula. Dia juga merupakan budak yang terkenal dengan ketampanan nya. Senyumannya yang manis boleh membuatkan gadis² disekolah itu cair. Arash juga aktif dalam segala jenis sukan dan kelab persatuan.

Hanni pula penolong ketua pengawas. Dia juga sama seperti Arash. Aktif dalam segala jenis sukan dan aktiviti kokurikulum.

Hanni tidak berbicara langsung bila Arash menjadi topik perbualan kawan²nya. Arash itu lah Arash ini lah naik rimas pula tiba². Bila disoal dia hanya mengangguk atau menggeleng.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now