Bab 51

1.9K 93 0
                                        

Selesai sahaja buat laporan mereka semua berkumpul di tempat parking balai polis tersebut.

Arash langsung tak lepas genggaman tangannya dari layrah sejak dari tadi.

Getaran jantung melihat layrah memandu laju tadi belum habis. Allah je tahu betapa cemasnya dia tadi. Jantung rasa macam nak tercabut sahaja.

Layrah memandang wajah suaminya yang berdiri di sisi. Haihh! Lepas ni jangan harap lah dapat bawa kereta lagi.

Qisya masih lagi terkejut dengan kejadian tadi. Tubuh nya masih lagi menggigil. Bahunya dipeluk erat oleh sarah. Sedikit sebanyak sarah dapat memberi semangat pada qisya.

Azim sejak tadi memandang qisya simpati. Ada rasa kesian terbit di hatinya. 'Tu bukan rasa kesian tapi tu rasa kasih' ujar hatinya. 'Haa..tak lah aku cuma kesian kan dia. Takde kena mengena dengan kasih bagai ni' suara otaknya membantah.

"Okey, guys! Sekarang plan kita macam mana? Jadi tak nak pergi air terjun?" Soal azim ingin buang gelodak yang bermain di hati.

Kalau pergi air terjun tu dapat lah qisya tenangkan hati dari kejadian yang mencemaskan tadi. 'See, kau sebenarnya suka dia azim!' Suara hati berbicara lagi. Azim tarik nafas dan cuba mengabaikan suara itu.

"Dalam keadaan macam ni pun kau masih fikir nak enjoy ke zim? Kau ni memang takde perasaan lahh. Kau ni...." Amukkan Sarah terhenti bila arash angkat tangan tepat ke mukanya.

"Kita tetap pergi air terjun tu. Tapi kita guna waze. Qisya masih lagi belum reda terkejut dia tu. Hanni naik dengan abang. Azim,zahid,qisya dengan sarah naik kereta qisya. Azim drive. Liyana dengan irfan naik satu kereta. Nanti yang pakai waze kereta aku jer. Korang berdua just follow dari belakang. Faham!" Aura ketua pengawas dia sudah kembali.

Semua di situ patuh arahan arash. Semua sudah masuk kedalam kereta yang ditetapkan tadi bila irfan nak masuk kereta tiba- tiba ade yang tarik dia dari belakang.

Liyana yang sudah duduk di seat sebelah pemandu hanya menghiraukan sahaja.

"Fan, kalau aku nak bawak kereta kau leh tak?" Tanya azim

"Apa kau ni? nanti kalau arash bising macam mana? Tak nak aku. Kalau jadi apa- apa nanti aku yang kena bukan kau." Irfan terus tolak permintaan zahid itu.
Sifat tegas arash memang tak pernah pudar dari zaman sekolah. Aura ketua pengawas dia tu sentiasa ada dan terganti dengan aura seorang pemimpin.

Kerana itu lah semua keputusan arash diterima bulat- bulat oleh mereka. Mereka tahu yang arash bijak membuat keputusan dan keputusan itu jangan sesekali di bantah. Padah akibatnya nanti.

Bukan dia tak tahu yang zahid tu nak jual minyak sebenarnya. 'Nasib kau lah zahid.' Desis hatinya.

Irfan terus masuk kedalam kereta. Begitu juga dengan zahid. Dalam hati penuh dengan rungutan.

Lalu mereka semua keluar dari kotak parking satu persatu. Satria keluar dulu lepas tu suprima's dan gen2.

Dari balai polis ke Air Terjun Telaga Tujuh itu mengambil masa 15 minit. Syukur sepanjang perjalanan tiada apa- apa yang terjadi seperti tadi.

Mereka semua sudah masuk ke kawasan pedalaman. Dari jauh sudah nampak papan tanda nama air terjun yang mereka tuju.

Sampai je mereka terus parking kereta di tempat yang telah di sediakan.

Masing- masing sudah sedia untuk meredah hutan kecuali qisya. Wajahnya masih pucat lesi seperti tadi. Dia juga tidak banyak cakap seperi biasa. Beg galas qisya sudah dikeluarkan oleh sarah di letakkan di atas tanah seketika.

"Qisya, kau okey tak ni?" Soal liyana yang sudah menghampiri qisya.

Qisya sekadar mengangguk menjawab pertanyaan itu. Dia baru sahaja ingin mangambil beg galasnya tadi tapi ada tangan yang mengambil duluan.

Bukan Couple Tapi MarriedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang