Bab 42

2.1K 112 8
                                    

Layrah dan arash berjalan beriringan. Pemandangan tasik pada waktu malam sungguh cantik. Sepanjang jalan hanya diterangi dengan lampu malap.

"Hanni.."

"Hmmm..."

"Tadi kau datang sini naik apa?"

"Aku naik teksi. Kenapa?"

Arash tersenyum. Dia memikirkan sesuatu. Layrah kerut dahi. "Yang kau tersengih- sengih ni asal? Apa yang kelakar sangat dengan jawapan aku tu?" soal layrah hairan.

"Aku ada surprise untuk kau."

"Surprise! Apa dia? Cepat lah!!" desak layrah teruja. Dia menarik- narik lengan arash.

"Hishh..sabarlah!!" arash menarik lengannya dari ditarik- tarik layrah. Layrah menayang wajah cemberut. "Eeiii...muncung... Aku cium sat gi baru tahu." layrah terus menutup mulut bila diancam begitu. Arash tersenyum. "Comel" dia mencuit pipi layrah. Layrah tersenyum malu. Dia blushing. Kegelapan malam menyembunyikan wajahnya yang kemerah- merahan.

Arash mencari sesuatu dalam saku seluarnya. Jumpa! . Arash menayangkan segugus kunci dihadapan layrah. Layrah melopong. Mulutnya ditutup dengan tapak tangan. Dia cukup kenal dengan kunci itu.

"Satria!!" layrah terjerit kecil. Kunci ditangan arash terus dirampas. Kunci itu dibelek- belek. Betul! Aku tak salah ni memang kunci satria aku. Layrah memandang arash. Matanya bersinar- sinar.

"Jom!! Kau park dia dekat mana?" soal layrah teruja.

"Dekat tempat park kereta lah." jawab arash selamba. Mahu mempermainkan layrah. Layrah geram. Daging pinggang arash dicubit geram.

"Ahh...duh..duhh..sakit lah makcik. Okey..okey lepas aku bawa kau pergi sana." layrah terus melepaskan cubitan itu. "Capat!!" layrah menarik tangan arash. Dia dah tak sabar melihat kesayangannya. Itu. "Hishh..bukan sana lah! Sini!" arash pula menarik layrah pabila layrah menuju kejalan yang bertentangan. Mereka berjalan menuju ketempat pariking kereta.

Dari jauh layrah sudah nampak kereta satria hitam miliknya dahulu. Terus berlari. Dia terlalu teruja.  Punat remote ditekan. Bila tiba di kereta, layrah terus membuka pintu dibahagian pemandu dan terus masuk kedalam kereta. Arash menggeleng melihat layrah. Dia tersenyum senang. Terserlah lah sikap kebudak- budakkan walaupun umurnya sudah 21 tahun. Hatinya tercuit.

Layrah memerhatikan sekeliling keadaan dalam kereta satrianya. Dia terharu. Tiada satu pun perubahan yang berlaku pada keretanya. Steering kereta disentuh lembut. Dia rindukan kereta ini. Matanya terpandang arash yang sedang berdiri didepan kereta sambil tersenyum kepadanya. Dia membalas senyuman itu.

Layrah terus keluar mendapatkan arash. Tubuh arash dipeluk erat. "Thanks arash" ucap layrah dalam pelukan. Arash membalas pelukan itu. "Welcom honey." layrah mendongak.

"H.a.n.n.i atau h.o.n.e.y?" soal layrah sambil menyebut satu- satu huruf perkataan itu. Arash tersenyum manis.  "H.o.n.e.y" dahi layrah dikucup kejap. Layrah memejamkan mata. Sungguh tenang hatinya tika dikucup arash.

Bila terasa dahinya tiada sentuhan layrah membuka mata. Mata mereka bertentangan.

"Ouhh ... before I forget, I have another prize for you." ujar arash.

"Prize? Hadiah apa?" soal layrah.

"Hulur tangan." arah arash.

Layrah menghulurkan tangan kanan. "Bukan tangan kanan. Tapi tangan kiri." layrah hanya menurut.

Arash menyarungkan seutas gelang yang berwarna perak pada pergelangan tangan layrah. Layrah terlopong. Gelang yang telah tersangkut elok ditangannya dibelek. Tiba- tiba matanya tertancap pada tulisan pada gelang itu. Terpicing matanya membaca tulisan itu dalam keadaan yang agak malap begini. Dia ternganga. Tangan kanannya laju menutup mulut.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now