Bab 68

2.3K 102 11
                                        

Ringtone handphone hanna berbunyi. Dia sedaya upaya mencari handphonenya yang jauh terpelusuk di dalam tas tangan.

"Allahh! Mana pula handphone ni." Rungutnya 

Jumpa!! Dia terus meleret skrin ke arah butang hijau.

"Hello, asalamualaikum." Ujarnya sopan.

"Wa'alaikumusalam. Ini nombor laurah ke?" Soal si pemanggil.

"Ya, ya saya laurah. Siapa ni?" laurah terus keluar dari bilik wad hanni. Dia tidak ingin mengganggu tidur hanni.

"Laurah saya ni, aishah. Awak ingat tak?" soal aishah.

"Ouhh, aishah. Mestilah saya ingat. Saya fikirkan awak dah tak nak kawan dengan saya. Yelah, awak tak call saya pun lepas kita jumpa tempoh hari." ujar hanna seperti berjauh hati.

"Ehh...mana ada, saya nak kawan dengan awak lah. Sebenarnya saya ikut papa saya pergi johor hari tu. Melawat tapak projek. Sambil- sambil tu, papa suruh saya belajar sebelum saya masuk syarikat papa." tipu aishah. Padahal selama ni dia sibuk mengendap hanni dan arash.

"Ouhhh, yeke. Tak sangka papa awak ada syarikat sendiri, awak tak pernah cerita pon?" kata hanna.

"Saya bukan tak nak cerita, bagi saya harta tu semua bukan saya punya. Saya akan lebih rasa bangga kalau semua tu usaha saya sendiri. But the way, bila kita boleh jumpa lagi? Rindulah nak keluar dengan awak." ujar aishah pusing cerita.

"Ermmm, sekarang ni tak sesuai lah. Kakak kembar saya masuk wad,"

"Haahh! Layrah masuk wad? Teruk ke? Sebab apa?" soal aishah buat- buat prihatin.

"Ehh, takde lah teruk sangat. Dia kena gastrik biasa je." tipu hanna. Tak nak aishah tahu perkara sebenar. Padahal aishah sudah tahu segala- galanya.

Di hujung talian aishah tersenyum sinis. Gastrik konon, kita tengok sejauh mana kau boleh menipu. Desis hatinya.

"Ouh, kalau macam tu saya datang hospital lah. Melawat layrah."

"Ehh...takpe takpe takpe. Err layrah dah nak discharge dah. Tak payahlah awak nak susah- susah." cepat- cepat hanna melarang. Takut aishah betul- betul datang pulak.

"Ouhh..kalau macam tu takpelah. Tapi saya nak jumpa awak boleh? Kita coffee- coffee ke? Macam hari tu." Ajak aishah.

"Err... Boleh lah, bila kita nak jumpa?" Dia terpaksa akur. Takut aishah fikir yang dia sombong pulak.

"Petang ni boleh? Saya nak share dekat awak novel baru saya." ujar aishah pura- pura teruja.

"Boleh, kita jumpa pukul 5 ye. Dekat cafe hari tu."

"Okeyy, see you there." aishah terus menutup talian.

"Ehh minah ni, aku tak habis cakap lagi dah tutup." bebel hanna sendiri. Dia terus menutup handphonenya dan masuk semula kedalam wad hanni.

Aishah pula di rumah usang itu sudah tersenyum sinis.

"Korang dengarkan? Dia nak jumpa aku pukul lima nanti. Aku nak korang pastikan kerja korang ni berjalan dengan lancar. Jangan sampai gagal. Faham?" amaran aishah pada konco- konconya.

"Rileks bos, bos macam tak tau kerja kami macam mana." ujar salah sorang konconya dengan senyuman sinis.

"Bagus, korang boleh blah sekarang." halau aishah.

Lalu tiga orang konconya terus keluar dari rumah usang itu.

"Hahaha...habislah riwayat korang nanti." ujar aishah sambil ketawa jahat.

Bukan Couple Tapi MarriedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang