Arash yang baru pulang sekolah terkejut bila melihat satu tubuh terbaring di lantai berdekatan kolam.
Langkah diatur menghampiri tubuh itu. Alangkah terkejutnya dia bila melihat Hanni sudah terbaring kaku dengan hidung yang berdarah.
"Mama!!! Papa!!! Tolong!!!" Arash menjerit. Tak sampai seminit wajah kedua mertuanya sudah berada di depan mata.
"Ya Allah, Hanni" Puan Zalmah terus berlari kearah anaknya. Tuan Zabir turut berlari kearah yang sama.
"Arash angkat dia bawak masuk dalam. Zal awak pergi call doktor Juwita cepat" semua bergerak seperti yang diarah Tuan Zabir.
Doktor Juwita masih lagi didalam bilik membuat pemeriksaan terhadap Hanni. Semua yang berada di luar bilik gelisah, terutama Arash. Dia menyalahkan dirinya kerana cuai menjaga Hanni.
Arash mundar mandir di depan bilik mereka. Tiba² pintu bilik terbuka dari dalam. Arash terus berlari ke arah doktor Juwita. "Doktor Hanni macam mana?" Soalnya cemas.
"Sabar Arash, Hanni tak apa apa. Dia okey." Arash meraup wajahnya. Dia bersyukur Hanni tak kenapa napa.
"Tapi macam mana dia boleh jadi macam tu?" Soal Arash. Ibubapa Hanni juga sudah berdiri disebelah Arash."Sebenarnya hidung berdarah adalah perkara yang biasa terjadi pada pesakit leukimia ni. Tapi dalam kes Hanni ni, saya rasa dia dalam keadaan yang stress. Nasihat saya, tolong jangan bagi dia stress, stress ni boleh menyebab kan padan dia lemah. Bila bnyak berfikir perkara yang difikirkan akan menekan otak dia." Tegas doktor yang berumur dalam lingkungan 30 itu bercakap.
"Baik lah doktor." Arash terus berlalu masuk kedalam bilik mendapatkan isterinya. Wajah Hanni yang pucat itu ditatap sayu.
Dia duduk disebelah Hanni. Kepala Hanni diusap lembut. Tangan Hanni diraih kedada.
"Andai semua penyakit yang kau tanggung boleh dipindahkan dekat aku hanni, aku rela. Biar lah aku yang tanggung rasa sakit tu, aku tak sanggup tengok kau menahan sakit macam ni" ucapnya dalam sendu.
Tiba² dia rasa pergerakkan dalam genggaman tangannya. Mata terarah pada wajah pucat Hanni.
"Hanni bangun Hanni, aku ada dekat sini. Bangun sayang." Arash berbisik pada telinga Hanni.
Perlahan lahan Hanni cuba membuka mata yang berat. Pandangan pertamanya adalah wajah Arash.
"Aa..rashh" panggil Hanni perlahan. Kepala yang terasa berdunyut dipengang kuat. "Kepala aku, sakit" Hanni mengadu pada Arash.
"Tahan ye sayang. Tunggu kejap aku panggil kan doktor" arash yang baru hendak melangkah. Terasa tangannya ditahan sesuatu. Dia berpaling.
"Hanni, kau kata kau sakit kepala. Tunggu kejap ye, aku panggil kan doktor. Sekejap.. Je" Arash cuba memujuk Hanni.
Hanni menggeleng. "Tak nak doktor. Nak kau teman je" kata hanni perlahan. Arash akur. Di berbaring disebelah Hanni. Hanni terus memeluk tubuhnya seperti seorang anak yang ingin bermanja dengan si ayah.
Arash mengusap belakang Hanni seolah oleh si ayah yang ingin menidurkan anaknya.
Akhirnya mereka berdua terlelap dalam pelukkan.
🌼🌼🌼🌼
Puan Zalmah berniat ingin menjenguk anaknya kedalam bilik. Tetapi niatnya terbantut bila lihat Hanni dan Arash tidur berpelukkan.
Hati tua itu sayu melihat mereka. "Zal, kenapa tak masuk lagi. Masuklah" kata Tuan Zabir bila melihat isterinya hanya berdiri di pintu bilik anak mereka. Laju sahaja jari telunjuk Puan Zalmah diletakkan ke bibir tanda suruh diam.
![](https://img.wattpad.com/cover/109756003-288-k21408.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
Fiksi Umum#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...