Dalam sedar tak sedar dah 7 bulan mereka bersekolah di tingkatan lima. Semua para pelajar tingkatan lima lebih gigih belajar untuk mengahadapi SPM. Kelas tambahan juga telah diperbanyakkan oleh guru².
Sama seperti empat orang pelajar tingkatan lima ini. Mereka juga telah meningkatkan usaha untuk menghadapi SPM.
Selepas sekolah biasanya ada kelas tambahan berjadual. Hari ini giliran kelas 5Cemerlang iaitu kelas Hanni dan Arash menghadiri sesi kelas tambahan.
"Hanni nanti sebelum kelas kita pergi makan dulu jangan lupa makan ubat, lepas tu solat and last sekali baru kita masuk kelas." Ujar Sarah. Hanni menjeling Sarah. "Aku tahu lah Sarah. Aku ingat semua tu. Kau jangan lah risau sangat pasal aku. Aku okey lahh" kata Hanni pada sarah itu.
Kadang² dia jadi rimas bila diberi perhatian yang lebih sebegini. Tapi dia bersyukur kerana mempunyai rakan² yang penyayang dan memahami.
"Aku pesan je, nanti kalau jadi pape kat kau habis kitorang kene ganyang dengan kau punya romeo tu." Balas Sarah.
Kini satu sekolah menyangka yang Hanni dan Arash adalah pasangan kekasih. Rahsia mereka tetap dijaga sampai lah sekarang.
"Banyak lah kau punya romeo, nanti kalau dia dengar mau kembang setaman dia tu." Dalih Hanni. Muka nya dah merah menahan malu.
"Elehh..dia yang kembang ke kau yang kembang. Tengok muka tu dah blushing dah" sindir Sarah.
Hanni tersengih. "Dah lahh, tadi kata nak makan jom." Hanni tarik tangan Sarah menuju ke kantin. "Ehh..kejap Qisya dengan liyana mana?" Soal Hanni bila kawannya yang dua orang itu tidak kelihatan.
"Ouhh..diorang gi beli makanan kat luar. Kau nak ke makan makanan kantin? Aku tak nak." Kata Sarah.
Hanni menggeleng lalu tersengih. "Tak nak lahh" ujar Hanni.
Mereka memang tidak gemar makan makanan kantin, mereka sanggup beli makanan di luar sekolah.
Tanpa mereka sedar ada mata yang memandang mereka.
"Hanni kau pegi kantin dulu lahh. Aku nak pergi tandas kejap." Kata Sarah.
Hanni mengangguk. Sarah berlalu meninggal kan Hanni sendiri.
Tiba² Hanni teringatkan sesuatu. Dia menepuk dahi. "Macam mana boleh lupa pulak." Dia terus berlari menuju ke kelas.
Dua botol ubat yang terletak didalam beg terus di ambil. "Ada pon. Okey sekarang pergi kantin balik" dia terus berlali dari kelas.
Tiba² ada tangan menariknya dari belakang. Mulutnya ditutup agar dia tidak menjerit.
Ubat di tangan Hanni terlepas dan tercampak entah kemana. Hanni menghayunlan sikunya kebelakang tepat kene perut orang itu.
"Arghhhh.."
Jelas ditelinganya suara perempuan.
Pegangan perempuan itu terlepas dari Hanni. Hanni berpusing. Wajah perempuan itu ditutup dengan khey. Perempuan itu cuba melarikan diri, tetapi Hanni sempat merentap tangan perempuan tu.Tangan perempuan tu disilangkan kebelakang badan lalu ditolak kedinding. Pegangan tangan hanni pada perempuan itu cukup kemas.
Perempuan itu langsung tidak dapat bergerak kerana pergerakkannya telah terkunci.
"Kau siapa haa? kau nak apa dari aku?" Soal Hanni kasar. Perempuan itu tersenyum sinis di sebalik kain yang menutup wajahnya.
"Kau dah tahu jawapan nya Hanni. Kau tak perlu lah nak soal siasat aku lagi." Jawab perempuan itu.
'Aishah' gumamnya dalam hati.
Dari suaranya hanni sudah dapat meneka siapa perempuan itu.
Perlahan lahan pegangan Hanni semakin longgar. Kini padangan mereka berlawan.
"Kau nak ape lagi dari aku aishah? Aku penat lah dengan kau ni." Kata Hanni.
"Kau dah tahu kan yang aku nakkan Arash. Tapi kau degil, kau buat² tak tahu je bila aku bagi amaran dekat kau hari tu." Kata aishah kasar.
"Sudah lah aishah, dia tu aku yang punya. Kalau aku bagi dia dekat kau pon dia takkan nk lahh. Sebab dia sayang aku buka kau." Balas Hanni sinis.
Kebetulan Arash yang lalu di kawasan yang sama terkejut bila nampak ada seseorang yang berpakaian serba hitam dan muka bertutup sedang berkelahi dengan Hanni.
"Hoiii..." Arash terus berlari kearah mereka. Aishah terkejut dengan jerkahan Arash terus dia menolak Hanni dan melarikan diri.
Arash sempat manyambut Hanni dari jatuh ke lantai. "Hoiii..mana kau nak lari haa!!" Jerit Arash berura ura hendak mengejar. Tapi dihalang oleh Hanni.
"Hanni biar aku kejar dia. Dia tu dah melampau." Arash hendak melangkah tapi dihalang Hanni sekali lagi. "Biar je dia pergi. Dia tak jauh pon dari kita. Nanti kita dapat dia jugak." Kata Hanni.
Arash mendengus. Keluhan berat keluar dari mulutnya. Dia memandang Hanni. "Hanni kau okey tak?" Soal nya mula cemas bila lihat muka Hanni yang dah pucat. Hanni mengangguk. Badannya mula lemah.
Arash sudah panik. "Hanni ubat kau dah makan belum?" Hanni menggeleng. Dia sudah tidak larat hendak bersuara. "Ubat kau mana?" Tubuh hanni digoncang perlahan. Dia semakin panik bila lihat Hanni semakin lesu. Hanni meliarkan matanya mencari ubat yang terjatuh tadi.
Mata dia menangkap dua botol ubat miliknya yang terdampar atas lantai. "Tu..." Jari tekunjuknya diangkat kearah ubat. "Kau tunggu sini aku ambik ubat kau" Arash membaringkan Hanni perlahan lahan dilantai. Dia berlari mengambil ubat itu dan teurs berlari kekelas untuk mengambil air minuman.
Mujur tempat duduk nya tidak jauh dari pintu kelas, dengan mudah dia ambil botol airnya dan terus berlari kearah Hanni.
Kepala Hanni diangkat dan dibaring kan diatas pangkuannya. Badan Hanni ditegakkan sedikit. Dua biji ubat dikeluarkan setiap satu botol dan disuakan kemulut Hanni. Dan dia membantu Hanni minum air dari botolnya.
Dengan payah Hanni cuba menelan ubat nya. Empat biji ubat telah selamat masuk kedalam badan Hanni. Arash memangku Hanni untuk bangun dan bergerak masuk ke kelas.
"Kita balik ye.. Hari ni kita takyah masuk kelas tambahan." Hanni mengangguk. Badannya sudah cukup lemah, apa yang ada dalam fikiran adalah tilam dan bantal.
Arash melabuhkan tubuh Hanni perlahan lahan diatas kerusi tempat duduk nya. Kemudian dia mengemas segala barang sekolah miliknya dan Hanni.
"Hanni!! Kau kat mana?" Jerit Sarah. Dia yang kembali ke kantin semula bingung bila melihat kelibat Hanni tiada disitu, lalu dia mencari hanni ke kelas.
Sarah yang baru masuk kelas kaget melihat Hanni yang lemah dan lesu. Dia memandang Arash yang ligat mengemas barang sekolah.
Langkah diatur ke arah Hanni. "Hanni kau kenapa? Kau okey tak ni?" Wajah Hanni yang pucat dipandang. "Tadi dia lambat makan ubat sebab tu lah jadi macam ni" terang Arash. Dia enggan menceritakan kejadian tadi pada Sarah. Biar Hanni sahaja lah yang menceritakan pada kawan²nya.
"Sarah kau boleh tolong aku tak? Tolong bawakan beg kitorang sampai kat kereta." Sarah akur. Beg yang sudah siap dikemas terus dicapai dan di galas.
Arash memangku hanni sampai di kereta satria hitam milik hanni. Sarah hanya mengikut dari belakang. Sejak hanni jatuh pengsan dulu Arash berusaha mangikut semua kehendak hanni termasuklah bawa kereta ke sekolah. Pada awalnya mama dan papa hanni tidak izinkan, tetapi bila melihat wajah muram hanni mereka mengalah.
YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
Fiksi Umum#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...