Arash memandu kereta Satria hitam milik hanni ke kolejnya. Petak parking dicari dan dia parking kereta tidak jauh dari bangunan pendaftaran.
Dia berjalan menuju ke kaunter pendaftaran. Selesai melakukan pendaftaran. Dia ingin membasahkan tekak. Cafe kolej dituju.
Dia menanyakan dimana letaknya cafe kolej pada seorang pelajar lelaki yang kebetulan lalu di hadapannya.
Dia bersyukur kerana para pelajar disini tidak sombong. Yelah kolej ni kebanyakkannya anak² orang kaya sahaja yang menuntut.
Arash duduk di meja yang terletak di hujung sudut cafe. Dari situ dia boleh melihat keseluruhan ruang yang ada dalam cafe kolej itu.
Tiba-tiba arash terasa bahunya disentuh seseorang. Dia berpaling pada tuan tangan tersebut.
"Arash?" Soal tuan tangan itu.
"Arashkan?" Soalnya lagi. Dia teruja.
"Irfan!" Jawab arash.
Mereka berdua terus berpelukan di situ. Pelukan di leraikan.
"Weyhh..kau dah okey ke?" Soal Irfan. Dia tahu yang arash mengalami kemurungan sejak kematian hanni tiga tahun lepas.
"Aku dah okey lahh" kata arash. Lalu tersenyum nipis.
"Aku tak sangka yang kau dengan hanni sebenarnya dah kahwin. Korang kahwin dalam usia yang muda gila. Baru form5 time tu kan?" Soal irfan pada arash.
Arash mengangguk dan tersenyum pahit.
Irfan baru tersedar kesilapan bicaranya. "Arash, sorry. Aku bukan nak buat kau sedih. Aku cuma terkejut bila kau bagitahu kitorang yang kau dengan hanni dah setahun kahwin masa kenduri arwah dulu" kata irfan dalam nada yang memujuk.
Arash teringat kembali semasa keluarganya membuat kenduri arwah dahulu.
Jenazah hanni sudah selamat dikebumikan pada lepas zohor tadi. Puan Zalmah menjemput penduduk setempat untuk membuat bacaan yassin pada malam itu.
Arash duduk disudut ruang tamu dengan wajah yang sugul dan muram. Air matanya sudah tidak mampu mengalir lagi. Pemergian hanni membuat hidupnya seperti tiada makna.
Azim, Irfan, Zahid serta kawan-kawan hanni menghampiri arash. Mereka tahu penderitaan yang arash tanggung kini. Kehilangan orang tersayang adalah ujian tuhan yang berat bagi semua insan.
"Arash. Kitorang tau kau sedih. Tapi jangan lah sampai macam ni. Jangan seksa diri kau sendiri." Pujuk Azim.
Arash hanya diam tak bersuara.
"Weyhh, kau tau tak hanni tu terseksa kalau kau tak redha lepas dia pergi. Aku tak nak kawan aku terseksa arash. So pleasa jangan macam ni" Sarah pula cuba memujuk arash.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Couple Tapi Married
General Fiction#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...
