Bab 2

4.2K 181 3
                                    

Mendengar berita yang Hanni sudah sedar daripada Arash, Tuan Zabir dan Puan Zalmah terus pergi ke hospital.
Sampai sahaja di hadapan wad dimana Hanni di tempatkan pintu wad tersebut terus ditolak kuat dari luar. Ia membuatkan Hanni dan Arash terkejut.

Tuan Zabir dan Puan Zalmah amat terharu dengan keperihatinan Arash terhadap Hanni saat terlihat Arash yang sedang menyuap kan bubur kepada Hanni.

"Hanni sayang mama dah sedar...Hanni mcm mne sayang dah rasa baik sikit ke?" Ucap Puan Zalmah seraya memeluk tubuh puterinya.

Hanni mengangguk "Hanni dah okey ma...mama jangan lah risau okey" kata Hanni sambil menghapus air mata mamanya yg mengalir di pipi.

Lalu tangan mama dan papanya  disalam dengan penuh hormat dan kasih sayang. Arash juga turut menyalami tangan mereka.

"Ibu dan ayah Arash tak datang ke?" Tanya Tuan Zabir pada Arash.

"Ibu dengan ayah datang lepas asar nnti pa..sekarang mereka masih lagi dekat Shah Alam" ujar Arash. "Ouh yeaa..sebelum terlupa tadi doktor dah buat pemeriksaan katanya lusa Hanni dah boleh balik" kata Arash pada Tuan Zabir dan Puan Zalmah.

"Iya...Alhamdulillah" ucap Tuan Zabir sambil memandang puterinya."Lepas ni Hanni kene dengar cakap mama no more aktiviti² lasak kat sekolah atau kat mana² pon..mama tak nak anak mama sakit lagi" Amaran Puan Zalmah pada Hanni.

Hanni yg mendengar hanya mengangguk dan tunduk menghadap katilnya. Dalam hatinya amat sedih kerana dia tidak dapat lagi melakukan segala aktiviti yang menjadi hobinya selama ini. Air mata yang bergenang di kelopak mata terus di sapunya dengan belakang tapak tangan.

Arash yang perasan Hanni sedang menangis hanya mampu memerhati sahaja. Sedih hatinya melihat air mata Hanni. Dia tahu yang sebelum ini Hanni sangat gemarkan aktiviti² lasak sama sepertinya.

Beberapa minit kemudian pintu wad tiba² terkuak dari luar. Wajah ibu dan ayah Arash muncul disebalik pintu tersebut. Arash terus bangkit dan bersalaman dengan ibu dan ayahnya. Semua yang berada dalam wad tersebut melakukan perkara yang sama.

"Awalnya ibu dengan ayah sampai?tadi kata lepas asar? ni asar pon belum lagi?" Bertubi² soalan dilontarkan oleh Arash pada kedua orang tuanya.

"Urusan kat sana siap awal..jdi awal lah ibu dengan ayah sampai sini" terang Puan Munirah pada anaknya.
Tuan Razak hanya memandang sambil tersenyum kearah satu²nya anak
yg dia miliki.

"Apa kata doktor pasal Hanni ni?" Soal Tuan Razak pada yang lain. "Lusa Hanni dah boleh discharge ayah" Jawab Hanni dengan senyuman dibibirnya.

"Alhamdulillah" Ucap Tuan Razak dan  Puan Munirah serentak.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now