Puan Munirah duduk dibangku taman bunga yang menghiasi rumah banglo milik Tuan Zabir.
Dia memandang bunga-bunga yang menghiasi taman itu. Fikirannya entah jauh melayang kemana.
Sejak hanni meninggal. Dia dan suaminya ambil keputusan tinggal bersama bekas besannya itu.
Arash langsung tidak mahu pulang kerumah mereka kerana ingin tinggal dibilik hanni. Arash langsung tak nak berganjak dari situ.
Dan dia juga berat meniggalkan sahabatnya itu sendirian dirumah. Keadaan Puan Zalmah ketika itu juga muram. Dia terlalu sedih kerana kehilangan anak.
Kini dalam fikirannya adalah arash yang sudah mula menanyakan tentang kisah 'dia'. Dia sudah berjanji dengan sahabatnya itu agar merahsiakan tentang 'dia'
"Jauh menung Muni, fikir apa tu?" Soal Tuan Zabir yang sudah berada di sisinya entah bila masa.
Puan Munirah terkejut dengan kehadiran tuan zabir. Suami sahabatnya yang duduk di kerusi roda itu dipandang.
Dia berikan senyuman pada tuan zabir. "Takde ape zabir. Aku cuma teringatkan pasal anak kau dengan zal. Arash dah mula bertanya pasal dia. Sebab dia terdengar perbualan kita tempoh hari. Aku cuma terfikir sampai bila kita nak rahsia kan semua dari anak² kita? Hanni tak sempat langsung tau pasal dia."
Tuan Zabir mengeluh berat. Dia juga kadang² terfikirkan hal yang sama. Tapi semua ni atas permintaan isterinya. Puan Zalmah langsung taknak sesiapa tahu hal penculikkan anak mereka dahulu.
••••••
Flashback"Lepaskan!! Lepaskan anak aku!!" Puan Zalmah menjerit pada seorang lelaki yang memakai baju serba hitam dan bertopeng.
Dia cuba merampas anaknya dari dukungan lelaki itu. Tetapi lelaki itu tidak mahu lepaskan dukungannya.
Seorang lagi bayi sudah menangis berteriak didalam baby court gara-gara tidurnya diganggu dengan bunyi teriakkan ibunya.
Lelaki itu menolak kuat tubuh Puan Zalmah hingga dia terjatuh kelantai. Kepalanya terhantuk pada bucu meja solek.
Kepalanya mula berpinar-pinar. Dia bangkit semula cuba merampas anaknya lagi. Lelaki itu cuba mengambil seorang lagi bayi yang didalam baby court itu.
"Hoii!! Kau buat apa tu haa!!" Teriak tuan zabir.
Tindakan lelaki itu terhenti. Dia terus melarikan diri dengan membawa bayi tersebut. Tubuh tuan zabir dirempuh kerana cuba menghalang laluannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/109756003-288-k21408.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
General Fiction#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...