Pejam celik, pejam celik mereka semua dah habis SPM. Semua pelajar tingkatan lima menghembuskan nafas lega.
Sama juga seperti lapan orang sahabat ni. Mereka semua jadi rapat semenjak geng hanni dan geng arash bekerjasama masa plan rakam suara aishah dulu.
"Yeayy..sekarang aku dah bebas, aku dah merdeka. Dah takde apa apa lagi yang membebankan kepala aku ni." Kata Zahid seolah olah orang yang baru keluar penjara.
Yang lain pandang zahid lalu ketawa.
"Yang korang gelak tu apasal" soal zahid pelik. 'Aku cakap macam tu pon korang boleh gelak macam tengok maharaja lawak pulak' gumam zahid dalam hati.
"Takde, kau lah. Cara kau bercakap tu macam orang baru keluar penjara je" kata liyana dengan sisa tawanya.
Kini tiada lagi ber'awak' 'saya' antara mereka. Mereka sudah rapat seperti sudah berkawan bertahun tahun.
"Memang aku dah keluar dari penjara. Aku dah keluar dari penjara SPM ni" ujar Zahid.
Mereka yang melihat menggelengkan kepala.
"So, lepas ni apa plan korang?" Tanya Qisya.
"Kitorang bertiga plan nak keje. Sambil tunggu result ni." Jawab Irfan.
"Bertiga? Sapa yang tak join korang tu." Soal liyana.
Mata tiga jejaka itu meleret memandang arash. Arash mengangkat kening lalu tersengih.
"Kau nak pergi mana?" Soal Sarah pula.
"Family aku buat trip ke Pulau Pangkor. Tapi bukan tak join diorang langsung cuma lambat sikit je." Terang arash.
"Macam kebetulan pulak. Family hanni pon buat trip pergi situ jugak. Ke...korang memang dah plan." Soal qisya sambil keningnya dijongketkan keatas dan kebawah.
"Family kitorang rapatlah. Parents dia dengan parents aku kawan baik dari zaman universiti lagi. Jadi, trip ni family hanni ikot sekali." Terang arash.
Mereka semua mengangguk. Selama ni mereka tidak tahu yang keluarga hanni rapat dengan keluarga arash.
"Patutlah kau selamba je bawak hanni balik bila dia sakit hari tu." Kata azim.
Hanni dan arash tersengih.
"So, korang pulak? Apa plan?" Soal azim pada tiga gadis didepannya.
"Samalah macam korang. Tapi kitorang keje kat butik mama qisya. So, senang lah sikit." Terang liyana.
Dan tiga jejaka itu pon mengangguk juga.
Tanpa mereka sedar perbualan mereka telah didengari oleh aishah yang bersembunyi disebalik dinding dekat dengan tempat mereka berbual.
Aishah tersenyum sinis.
'Korang boleh seronok sekarang. Tunggu lah detik air mata untuk korang dari aku' aishah gelak jahat dalam hati.
🌼🌼🌼🌼
"Hanni,arash cepat sikit ibu dengan ayah dah sampai dah tu." Laung Puan Zalmah dari tingkat bawah rumah.
Hanni dan arash keluar dari bilik dengan menjinjing dua buah beg yang berisi pakaian mereka.
"Kejap ma.. On the way." Balas hanni dari atas.
Puan Zalmah menggelang bila lihat anak menantunya dari bawah.
Mereka berdua turun tangga dengan berhati hati. Beg dijinjing dengan kemas sekali. Arash bawa beg hanni, hanni pulak bawa beg arash.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Couple Tapi Married
General Fiction#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...
