Bab 32

1.9K 87 2
                                        

Aishah meneguk sikit air orange jus dari gelas dihadapan nya. "Apa maklumat yang kau dapat?" Soal aishah memandang muka Zack. Zack tersenyum sinis.

Zack menguhulurkan satu sampul bersaiz A4 kepada aishah. "Ambik ni buka. Semua yang kau nak ada kat dalam tu." aishah mengerutkan dahi. Huluran itu disambut.

Dia membuka sampul itu dan melihat isinya. Terdapat beberapa gambar dan maklumat tentang seseorang.

Setiap gambar diperhatikan dengan baik. "Penyanyi?! Aku nak kau terangkan pasal dia." ujar aishah pada Zack.

"Dia memang perempuan tu." terbeliak mata aishah. Dia terkejut. Tiba-tiba badan dia menggigil. "Ma...mana satu dia? Yang ni atau yang ni?" soal aishah sambil menunjuk gambar layrah dan laurah.

"Yang ni" zack tunjuk pada gambar layrah. "Macam mana boleh jadi semua ni. Bukan dia dah mati ke?"

"Yang tu aku tak pasti lagi. Perempuan dua orang ni memang kembar. Laurah adalah anak angkat Dato' Syukor dan Datin Seri Dayang." terang zack.

"Jadi maknanya laurah ni anak aunty zalmah dengan uncle zabir. Tapi macam mana dia boleh terpisah dari keluarga kandung dia?" soal aishah lagi.

Zack meneguk air tea lemon ais nya sebelum sambung bicara. "Dulu masa diorang masih bayi. Salah satu dari pada diorang di culik atas sebab dendam." 

Zack menunjukkan sekeping gambar lelaki. "Nama dia Rais Sulaiman. Dia ni memang dah lama berdendam dengan Zabir. Masa diorang belajar dekat U dulu, Zalmah, Zabir, Razak dengan Munirah berkawan baik.

Dia ni juga belajar satu U dengan mereka. Dia merupakan pelajar hot dekat tempat mereka belajar. Dia seorang yang suka enjoy dan kaki perempuan.

Tapi tabiat buruk dia tu dia rahsiakan daripada zalmah semasa mereka bercinta. Tapi semuanya terbongkar bila Zabir beritahu perangai sebenar dia dekat Zalmah.

Masa tu jugak Zalmah mintak putus. Disebabkan itu Rais berdendam dengan Zabir. Dia menganggap Zabir adalah punca dia putus dengan Zalmah.

Dendam makin membuak bila dia dapat tahu yang Zabir berkahwin dengan Zalmah.

Bila Zalmah dengan Zabir dah ada anak, dia nak culik anak-anak Zabir. Tapi dia hanya sempat culik sorang saja, yang lagi sorang tak sempat bawak lari." terang Zack panjang lebar.

Aishah tekun mendengar. Dia tak sangka yang keluarga Tuan Zabir selama ini kucar kacir. Dia berfikir sejenak lalu tersenyum sinis.

"Banyak jugak konflik keluarga diorang ni kan. Good job zack aku suka hasil kerja kau. Benda ni aku nak simpan." aishah menyimpan semua isi sampul tadi semula kedalam sampul itu.

Lalu satu sampul kecil dikeluarkan dari handbag nya. "Ni upah kau." sampul itu diserahkan pada zack.

Zack mengeluarkan sedikit isi sampul itu. Duit...Dia tersenyum sinis. "Aku suka kerja dengan kau sayang" katanya lembut sambil mencuit dagu aishah.

Aishah senyum menggoda. "Aku akan bagi lebih kalau hasil kerja kau memuaskan hati aku." kata aishah lembut menggoda.

Dia terus berlalu dari situ. "Ehh..ni siapa nak bayar?" jeritnya. Aishah yang baru hendak melangkah terhenti.

"Kau kan baru dapat duit. Apa kata kau belanja aku." kata aishah pada zack sambil mengelipkan sebelah mata. Dia teruskan langkahnya.

🔥🔥🔥🔥🔥

"Zal, abang nak cakap sikit" kata Tuan Zabir. Puan Zalmah yang sedang mengemas pakaian di almari menoleh arah suaminya.

Dia mengahampiri suaminya dan duduk di birai katil sebelah suaminya.
"Abang nak cakap apa? Macam serius je bunyi nya." soal puan zalmah memandang wajah suaminya.

Bukan Couple Tapi MarriedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang