Bab 5

3.6K 130 0
                                        

Arash pulang kerumahnya pada jam lima petang. Seharian dia berada dirumah Hanni terasa rindu pulak nak mengacau ibunya. Arash mencari kelibat ibunya di dapur tapi tak ada. Di belakang rumah juga tak ada. Di dalam bilik pun tak ada.

Prankk..

Bunyi kaca pecah membuat kan Arash terkejut. Arash terus mencari arah bunyi itu. Langkah nya menghala ke arah store yang berada dibelakang rumah.

"Lah kat sini ibu rupanya. Jenuh Arash cari satu rumah. Ibu buat ape dalam store ni kan berhabuk?" Soal Arash.

"Pasal berhabuk lah ibu dekat dalam ni. Ibu nak kemas store ni dah lama sangat terbiar nanti macam² makhluk pulak datang bertandanag" Arash tergelak mendengar ayat ibunya.

"Yang Arash gelak ni kenapa lawak sangat ke?" Tawa Arash membuatkan Puan Munirah hairan.

"Takde pape lah ibu. Ape yang pecah tadi tu bu?" Soal Arash bila teringat punca langkah nya ke arah store.

"Ni haa..frame² lama ni jatuh tadi. Arash tolong bersih kan yee.." Pinta Puan Munirah.

"Okey" jawab Arash.

Setelah selesai membantu ibunya mengemas store. Arash mendapatkan ibunya yang sedang menyediakan bahan untuk masak makan malam mereka sekeluarga.

"Ibu..ibu tak payah masak hari ni. Sebab mama zal ajak makan kat rumah dia malam ni."  beritahu Arash.

"Lah yekee...bila mama zal bagi tahu Arash?" Soal Puan Munirah.

"Masa Arash kat rumah Hanni tadi. " terang Arash.

"Kalau macam tu Arash pergi panggil ayah suruh ayah bersiap kita pergi sekarang." Arah Puan Munirah.

"Awalnya ibu kita pergi sana. Sekarang baru pukul 5 petang." Bantah Arash.

"Klau pergi awal ibu boleh tolong² ape yang patut. Lagipun ibu nak berbual dengan mama zal kamu tu." Terangnya pada Arash. Arash hanya mengangguk.

"Takpelah ibu pergi panggil ayah biar Arash je yang kemas semua ni." Kata Arash sambil tangan nya lincah mengemas meja dapur itu.

"Ermm..yelahh. Kemas bersih² tau"

"Baik bos" kata Arash sambil memberi tabik hormat pada ibunya. Puan Munirah ketawa melihat telatah anaknya.

Langkah di atur menuju kebilik di tingkat atas rumah dan meninggalkn anak bujangnya di dapur. Tiba di depan bilik, tombol pintu dipulas perlahan lahan. Terjengul wajah Tuan Razak yang sedang ralit membaca surat khabar.

Langkah diatur menghampiri si suami. "Bang..tadi Arash bagi tahu yang Zalmah jemput kita makan malam dirumahnya. Kita bersiap sekarang yee." Pinta Puan Munirah.

"Awal nya awak nak datang rumah Zal tu. Ni lain tak bukan mesti nak bergosip ni." Duga Tuan Razak. Puan Munirah hanya tersengih sahaja.

"Boleh yee bang" rayu Puan Munirah. Tuan Razak menghembus perlahan nafasnya dan mengangguk. Puan Munirah tersenyum kegirangan. Tak sabar rasanya ingin bertemu dengan sahabat nya itu. 

🌼🌼🌼🌼

Ting tongg

Bunyi loceng rumah membuat kan Puan Zalmah terus melangkah ke pintu hadapan. Pintu dibuka dan dia mencari orang menekan loceng rumahnya. Alangkah terkejutnya melihat tetamu yang diundang datang seawal ini.

"Asalamualaikum" salam dihulur kan oleh Puan Munirah pada tuan rumah.

"Waalaikumusalam" jawab Puan Zalmah.

Bukan Couple Tapi MarriedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang