Setelah sebulan lebih bercuti kini tiba masanya sesi persekolahan bermula kembali. Hanni dan Arash sudah bersiap pada pagi itu untuk kesekolah.
"Hanni kau dah siap belum?" soal Arash. Dia sudah lengkap beruniform sekolah hanya tinggal berangkat saja lagi.
"Jap jap tunggu kejap." jawab Hanni. Beg sekolah yang telah disiapkan semalam dia capai dibawah meja belajar.
"Okey dah. Jom turun" ajak Hanni. Mereka turun beriringan dari tingkat atas rumah.
"Good Morning mama." kata Hanni pada ibunya yang sedang menghidangkan sarapan.
"Morning sayang. Morning Arash." kata Puan Zalmah pada Arash.
"Morning ma.." balas Arash.
"Mari sini makan dulu baru pegi sekolah." arah Puan Zalmah pada anak menantunya. Mereka berdua hanya menurut, memandangkan awal lagi untuk kesekolah.
"Fuyooo..nasi goreng. Gemuk lah Hanni kalau hari² macam ni." ujar Hanni. Puan Zalmah ketawa melihat telatah anaknya.
"Elehh...hari² mama atau Mak Mah masak macam ni takde pulak nak komplen? Hari ni mama masak dia bising pulak." gerutu Puan Zalmah.
Hanni tersengih. "Hehehe..alahh mama ni, Hanni gurau jelah." pujuk Hanni, tubuh langsing milik mamanya dipeluk kasih.
"Yelah², dah dah cepat makan lepas tu baru pergi sekolah, nanti lambat pulak." arah Puan Zalmah.
Arash yang menjadi pemerhati hanya menggelengkan kepala. Tersenyum dia melihat keakrapan Puan Zalmah dan isterinya. 'Anak manja' kata hatinya.
🌼🌼🌼🌼
Disekolah
Arash dan Hanni turun dari kereta dihadapan pagar sekolah.
"Terima kasih Pak Saman." ucap Arash.
"Sama sama, nanti balik Pak Saman jemput." kata Pak Saman.
"Okey boss" balas Hanni.
Mereka berdua berjalan beriringan masuk kesekolah. Kedengaran pelajar² lain berbisik sesama sendiri bila melihat Hanni dan Arash keluar dari kereta yang sama.
"Ehh..tengok Arash dengan Hanni tu, rapat semacam jer. Aku rasa diorang couple lah." kata seorang pelajar perempuan pada rakan² nya.
"Yelahh, rapat giler dohh diorang tu. Entah² betul diorang couple? Yelahh pergi sekolah pon sama²." balas salah seorang rakannya.
Perbualan mereka jelas di telinga Hanni. "Arash aku nak gi kantin lah. Member² aku semua ada kat situ." kata Hanni pada Arash. Sakit pula hatinya bila jadi bahan umpatan budak² sekolah.
"Okey." balas Arash.
"Ehh..tunggu kejap. Ubat kau ade bawak tak?" Hanni yang baru hendak melangkah terus berpaling. Dia menepuk dahi bila teringan kelalaiannya. Dia tersengih memandang Arash.
"Cuai!!" geram Arash pada Hanni. Zip beg paling kecil dibuka, dia mencapai dua botol ubat lalu diserah kan pada Hanni.
"Nahh..ambil ni!!" sebelum keluar bilik tadi dia ternampak botol ubat Hanni diatas meja cermin terus diambilnya bila Hanni meninggalkan botol itu.
Hanni mencapai huluran botol ubat tersebut. "Hehehe..thanks sayang." bisik Hanni pada telinga Arash.
Langkah laju diatur ke kantin, dia tinggal kan Arash yang masih kaku di situ. Arash terkedu bila Hanni memanggilnya sayang.
YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
Художественная проза#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...