Bab 37

1.8K 98 3
                                    

Asyraff duduk di kerusi sisi katil pesakit dimana adiknya dirawat. Wajah layrah yang pucat dengan kepala yang masih berbalut ditatap lama.

Manakala laurah pula sudah dibenarkan pulang kerumah oleh doktor semalam. Keadaannya tidak terlalu serius berbanding dengan layrah.

Sudah hampir tiga hari kejadian kemasukkan perompak di kediaman Dato' Syukor berlalu. Kini satu Malaysia sudah tahu tentang kejadian itu. Cepat betul wartawan Malaysia ni buat kerja.

"Maafkan abang dik, abang tak jaga adik baik-baik. Abang cuai, abang lalai, sampaikan adik-adik abang boleh jadi macam ni. Bangun lah dik, dah tiga hari adik terbaring macam ni. Abang rindukan gelak adik, perangai gila adik, muka cemberut adik, segalanya pasal adik. Abang rindu kan adik sangat-sangat." luah hati asyraff sambil mengenggam tangan layrah. Air mata sudah lama bercucuran dari tadi.

Sungguh penyesalan yang dia rasakan kini. Dia tidak melindungi adik-adiknya dengan baik. Sejak dia tahu duduk perkara yang sebenar tentang laurah dan layrah dari mummy dan daddynya, sungguh dia takut, dia takut kehilangan kedua-dua adik yang dia miliki selama ini.

Flasback

"Macam mana keadaan anak-anak saya doktor?" soal Dato' Syukor cemas pada doktor Zahrain, iaitu doktor yang telah merawat layrah dahulu. Yang lain juga menunjukan riaksi yang sama.

"Alhamdulillah, laurah sudah lepas masa kritikalnya, bila-bila masa dia akan sedar. Tapi... Layrah masih belum lepas masa kritikal, hentakan dikepalanya membuatkan dia kehilangan banyak darah. Bekalan darah jenis AB+ yang kami ada tidak cukup untuk dia. Jadi saya nak mintak tolong dari ahli keluarga Dato' untuk dermakan darah pada layrah."ujar doktor zahrain.

Dato' dan datin terkedu. Asyraff juga sama. Darah? Antara mereka tiada satu pun dari golongan darah yang sama dengan layrah.

"Errr..doktor, antara kami tiada yang dari golongan darah AB+. Tapi saya rasa darah laurah sama dengan layrah. Tak boeh ke ambi darah dia sahaja.?" soal asyraff ragu.

"Maaf asyraff, keadaan laurah yang lemah tidak mengizinkan dia menderma darah. Kerana ia akan memudaratkn penderma." sangkal doktor zahrain.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now