Di dalam bangunan KLIA seorang perempuan berjalan sambil menolak bagasi besarnya keluar dari bangunan itu.
Dia berjalan dengan sungguh gah dengan dress pendek dan sendatnya serta kaca mata hitam yang tersangkut di atas hidung dari jenama yang mahal. Pakaiannya langsung tidak menunjukan yang dia adalah orang melayu.
Setelah sampai di luar bangunan itu matanya melilau mencari pemandu keluarganya yang bertanggungjawab menjemputnya di situ.
Wajahnya dikipas- kipaskan dengan tangan. Bahang kepanasan di Malaysia lebih terasa berbanding di Swirtzeland yang kini di penghujung musim sejuk.
"Aduhh...panasnya! Manalah orang tua ni? Lembab betul lahh!" Berangnya sendiri. Marahnya seperti sudah berjam- jam menunggu. Padahal baru lima minit.
"Maaf Cik Aishah. Pak Abu dah sampai lama dah, tapi tadi pak abu pergi tandas sekejap." Terang lelaki tua yang umurnya sekitar 50-an. Selaku pemandu keluarga besar Tan Sri Malik.
"Alasan lah pak abu ni. Dah lah cepat! Panas tahu tak!" Bentak aishah. Dia terus berjalan kearah kereta keluarganya yang terparking di pinggir jalan.
Bagasinya yang besar itu ditinggalkan sahaja. Dia membiarkan lelaki tua itu yang membawa bagasi besar tersebut. Terkial- kial pak abu menarik bagasi itu.
Dengan tubuhnya yang kurus melidi itu. Namun dia tetap melakukan kerja bersama kudrat yang masih ada. Setelah memasukan bagasi tadi di dalam bonet, pak abu membukakan pintu belakang kereta untuk Aishah. Kemudian barulah dia masuk ke tempat pemandu.
Sepanjang perjalanan tiada satu suara pun yang keluar. Aishah memandang keluar tingkap. Melihat pemandangan Malaysia yang sudah 5 bulan ditinggalkan.
Tan Sri Malik terpaksa menghantar dia ke Swirtzeland rumah adiknya yang merupakan bekas tentera di situ, kerana perangai aishah sudah terlalu liar. Keluar petang pulang pagi, terkadang aishah langsung tidak pulang kerumah. Sikapnya yang degil dan keras kepala itu sering merunsingkan kepalanya dan isteri tiap kali memikirkan soal aishah.
Lima bulan berada di rumah pakciknya membuatkan aishah terasa tinggal di kem tentera. Setiap perkara ada peraturan dirumah itu. Dan peraturan yang dicipta oleh pakciknya sering membuatkan aishah rimas dan serabut.
Kehidupannya di sana langsung tidak bebas. Dia seperti seorang pesalah yang harus diperhatikan gerak- gerinya 24 jam. Memikirkan apa yang jadi terhadap dirinya, dendam aishah pada Hanni Sofea semakin membara. baginya hanni adalah penyebab dia melakukan semua ini. Jika dari dahulu hanni tidak mendekati arash mungkin dia tidak akan bertindak sejauh ini.
Tapi kini rasa cintanya pada arash semakin pudar. Rasa ingin memiliki arash hampir pupus. Yang ada hanyalah dendam. Hanni dan Arash sudah cukup menghancurkan hidupnya. Dia berjanji pada diri sendiri akan menghancur dua manusia itu.
Arash Raykal, Hanni Sofea. Korang tunggu lah detik hitam untuk korang dari aku. Muahahaha! Dia ketawa jahat dalam hati. Senyuman sinis menghiasi bibir.
_____________
"Tak nak! Kau gila ke apa? Kalau kantoi dengan mummy ngan daddy macam mana? Kena pulak dengan abang lagi lah naya." Laurah tolak bulat- bulat permintaan layrah. Dia berjalan ke balkoni biliknya. Baginya pertolongan yang diminta oleh layrah cukup tak masuk akal.
"Alah...takkan kantoi punya. Mummy dengan daddy takkan tahu kalau kau pandai berlakon. Cuba kau tengok,rupa kita sama, fizikal kita pun sama, cuma perangai je yang lain sikit. kau buat biasa- biasa je. Takkan kantoi punyalahh." Rayu layrah lagi. Dia menghampiri laura yang berdiri di balkoni.
Laurah memicit- micit dahinya memikirkan sesuatu. Susah betul kalau dapat kembar yang terlebih berani ni. Payah- payah!
"Kalau..aku ikut sekali tak boleh ke? Takdelah aku susah-susah nak kena berlakon bagai. Lagipun aku bosan lah... please!!" Pinta laurah. Dia merapatkan kedua belah tapak tangannya.
YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
General Fiction#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...