Layrah berjalan- jalan sekitar tasik. Walaupun jam sudah ke angka 11 taman tasik ini masih lagi berpengunjung. Ada yang bermain basikal yang disewa, bermain roller blade, beli belon dan sebagainya. Fikiran layrah jauh menerawang entah kemana. Kejadian tadi memberi kejutan yang besar dalam hidupnya. Selama ini rayyan menyimpan perasaan pada dia. Betul lah tekaan laurah. Tetapi dia enggan percaya. Dan akhirnya kebenaran keluar sendiri dari mulut rayyan. Selama ini dia memang nampak usaha rayyan untuk berbaik dengannya. Rayyan telah melakukan macam- macam untuk meraih maaf darinya. Pernah sekali rayyan berikan bunga padanya. Tetapi bunga itu terus dibuang kedalam tong sampah. Kini baru dia sedar bahawa selama ini dia telah menyakiti insan yang menyayanginya. Maafkan aku rayyan, aku tak boleh terima kau. Kasih dan sayang aku hanya buat suami aku. Desis hati layrah.
Tiba- tiba dia terdengar bunyi petikan gitar. Alunan bunyi yang terhasil dari petikan gitar tersebut seperti dia kenal. Bukan, amat kenal. Ini irama lagu yang aku pernah diciptanya dulu. Tapi mana datang bunyi ni? Soal layrah dalam hati. Matanya melilau mencari arah alunan muzik itu dalam kegelapan malam. Sehinggalah dia ternampak satu figura lelaki yang duduk menghadap tasik disebuah pondok sambil bermain gitar. Pondok itu didekati perlahan- lahan. Dia terjengket- jengkit berjalan menghampiri lelaki itu. Dia duduk di satu baris kerusi panjang yang teramat dekat dengan lelaki itu. Petikan gitar itu teramat jelas ditelinganya.
Lelaki itu berhenti bermain gitar. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar.
Seutas gelang yang baru dikeluarkan ditenung lama. Warna dan betuk gelang itu tidak dapat dilihat dengan jelas dalam keadaan gelap begini."CINTA , JANJI , SETIA" Layrah terkedu.
Perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan layrah terpanar. Mata layrah tepat memandang lelaki itu walaupun dari belakang badan. Tubuhnya jadi menggeletar.
"Hanni, andai kau masih ada disisi aku, Mesti gelang ni dah tersarung dekat tangan kau....andai kau masih ada disisi aku, mungkin kita dapat raikan ulang tahun perkahwinan kita yang ke-4 bulan depan. Andai kau masih disisi aku, aku nak sangat peluk kau, cium kau, dan aku nak cakap yang rindu sangat- sangat dekat kau. Aku sayangkan kau hanni." arash menangis teresak- esak sambil mencium gelang ditangannya. Layrah turut menangis mendengar luahan hati arash. Esak tangisnya ditahan, takut arash akan terdengar tangisannya.
Apabila tangisan arash sedikit reda dia sambung memetik gitar. Alunan irama dari gitar itu membuatkan layrah sayu.
Oh bulan sampaikan rinduku...
Oh bintang kirimkan cintaku...
Yang hilang pastikan bersatu...
Oh sayang didalam mimpimu...Suara arash bergitu lunak sekali dipendengaran layrah. Dia terbuai didalam irama lagu tersebut. Tanpa sedar dia menyanyikan bahagian perempuan dalam lagu itu.
Oh bulan sampaikan rinduku...
Oh bintang kirimkan cintaku...
Yang hilang mungkinkah bersatu...
Oh sayang dimanakah dirimu...Petikan gitar arash terhenti. Dia terkejut mendengar suara wanita yang menyambung nyanyian nya. Arash berpaling. Wajah layrah dipandang sayu. Mereka bertatapan antara satu sama lain. Kelihatan mata masing- masing berkaca.
"Hanni..kau ke tu?" soal arash bingung.
"Ye arash...ni aku." jawab layrah tanpa sedar. Pipi arash diusap lembut. Air matanya jatuh sekali lagi. Arash menyentuh tangan layrah yang disangkanya hanni. Nyata. Bukan bayangan. Air matanya turut gugur sekali lagi. Hanni menyeka air mata arash. "Jangan pernah menangis lagi depan aku. Aku ada dekat sini. Aku ada disisi kau." ujar layrah dengan suara yang serak. Tangan layrah digenggam erat oleh arash. Dia turut menyeka air mata layrah. "Dan aku juga tak nak tengok kau menangis depan aku. Aku pernah janji pada diri aku yang aku takkan pernah buat kau menangis." suara arash juga bertukar jadi serak.
![](https://img.wattpad.com/cover/109756003-288-k21408.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
Genel Kurgu#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...