Bab 17

2.5K 117 0
                                    

Semua perkara yang diajar cikgu Hazlina langsung tidak dapat dihadam dek otak. Fikiranya bercelaru saat ini. Dia memikirkan macam mana caranya untuk tahu pasal Aishah dan Hanni, ape masalah diorang berdua.

Mata Cik Hazlina tajam memandang Arash yang tidak fokus pada ajarannya. Azim menyiku lengan Arash. Arash menoleh pada Azim. Azim buat isyarat mata pada Arash.

Arash terus toleh kedepan. Wajah Cikgu Hazlina yang agak garang itu dipandang. "Arash berdiri" arah cikgu hazlina. Dia menurut.

"Awak buat ape tadi Arash? Berangan dapat jodoh tuan puteri ke?" Sinis cikgu hazlina bertanya.

Arash menunduk. "Maafkan saya cikgu, saya tak sengaja." Suara Arash mendatar. Siapa yang tidak kenal dengan Cikgu Hazlina. Garangnya seumpama singa yang kelaparan. Sekali dia jerit satu sekolah boleh terdiam. Tapi dalam garang² Cikgu Hazlina ada kelembutannya. Setiap masalah yang dilakukan pelajar akan disoal secara rasional.

"Apa yang awak tengah fikir sebenarnya Arash?" Lembut Cikgu Hazlina bertanya. "Saya ada masalah keluarga cikgu." Hanya itu sahaja alasan yang dapat Arash berikan.

"Takpelah kamu boleh duduk. Sekarang kamu fokus pada kelas." Arash mengangguk. Dan terus duduk kembali.

Cikgu Hazlina memberikan mereka latihan untuk dibuat sementara menunggu masanya habis. Kesempatan itu diambil oleh Azim untuk mengorek rahsia Arash.

"Arash kau sebenarnya ade masalah ape?" Soal Azim. Arash menoleh memandang wajah rakannya. "Yelah, Arash kau ade masalah ape?" Irfan dan Zahid yang duduk dibelakang mereka turut bertanya.

"Nantilah aku citer kat korang. Kang tak pasal² kene sembur dengan cikgu pulak" Arash cuba berdalih. "Okey bila cikgu keluar kitorang nak tahu masalah kau" kata Zahid. Arash mengangguk.

Selang beberapa minit Cikgu Hazlina melangkah keluar. Masanya mengajar telah habis. Ketiga tiga rakan Arash memandangnya. Arash memandang mereka bertiga.

"Sekarang aku nak dengar citer kau" Irfan bersuara. "Okey aku cerita sekarang. Tapi jangan heboh kan pulak." Amaran awal diberi pada rakan²nya.

"Kau jangan risau kitorang ni kan pandai simpan rahsia." Ujar Zahid meyakinkan Arash. Arash tersenyum. Beruntung rasanya bila dapat sahabat yang memahami seperti mereka. Susah dan senang pasti akan dikongsi bersama.

"Okey sebenarnya aku ada masalah dengan Hanni."

"Dengan Hanni? Masalah ape?" Soal Zahid.

Arash mengambil nafas sebelum memulakan cerita. Nafas dihembus perlahan².

"Bukan aku yang ada masalah tapi Hanni. Kalau korang nak tahu Hanni tak datang hari ni sebab kaki dia terseliuh semalam. Bila aku tanya dekat dia, dia kata dia terseliuh masa keluar tandas. Aku jadi pelik lah takkan keluar tandas boleh terseliuh. Bila aku tanya lagi sekali, dia macam berdalih. Jadi, pagi tadi aku jumpa member² dia. Rupanya Aishah punya kerja." Terang Arash.

"Jadi, ape yang kau runsingkan?" Soal Azim.

"Hishh..kau ni, benda yang dia runsingkan adalah kenapa Aishah buat awek dia macam tu. Betul tak Arash?" Bijak Irfan meneka.

Arash mengangguk. "Ohhh..jadi kau mengaku lah yang dia tu awek kau." Zahid sengaja provok Arash.

Arash hanya tersengih. Bagi dia biar lah satu sekolah tahu yang dia dengan Hanni pasangan kekasih. Jadi takde lagi mulut yang bertanya hubungan dia dengan Hanni.

"Weyhh..asal tak bagi tahu dohh? Ini berita gembira." Kata Azim separuh menjerit. Pelajar yang lain memandang ke arah mereka.

"Ehh..takde pape. Azim ni masuk air sikit" jelas Irfan pada seluruh kelas yang memandang.

Sementara itu Sarah, Liyana dan Qisya berbual. "Itu mesti Arash bagi tahu diorang yang dia dengan Hanni couple." Duga Sarah. "Yelah tu" sambung Qisya. Mereka sambung buat kerja yang tertangguh.

"Jadi sekarang kau nak kitorang tolong buat ape?" Soal Irfan. "Sekarang aku nak tahu apa masalah Aishah dengan Hanni. Apa benda yang dia tak puas hati dengan Hanni." Ujar Arash.

"Okey itu takde masalah, kitorang boleh tolong beres kan" kata Zahid. Dalam kepala otak nya sudah merangka pelbagai rancangan untuk membantu sahabatnya itu.

🌼🌼🌼🌼

Hanni duduk di pondok kolam renang dia sedang memikirkan masalahnya dengan Aishah. Dia tidak rela bila ada orang lain yang cuba merampas Arash dari dia. Walaupon semua di sekolah tidak tahu bahawa Arash adalah miliknya. Tapi dia takkan mudah untuk menyerahkan haknya pada orang lain.

"Kau dah cari pasal dengan salah orang Aishah, aku akan pasti kan kau akan mintak maaf dekat aku satu hari nanti." Hanni bermonolog sendiri.

Tiba² dia terpandang kereta Proton Satria hitam miliknya. Dia teringat pada kali pertama dia memiliki kereta itu.

"Tolong lah papa, Hanni nak sangat kereta tu. Papa boleh potong alaun hanni tiap bulan yang penting hanni dapat kereta tu. Please" sedaya upaya di merayu pada papanya.

Walupon dia tidak ada lesen tapi dia sudah mahir membawa kereta dengan cekap sekali. Dia berbeza dari gadis² yang lain. Dia lebih minat terhadap pemotoran seperti ini. Setiap alat yang berada dalam kereta semua dia tahu, dari A sampai Z.

"Okeyy, papa boleh bagi Hanni kereta tu tapi dengan satu syarat. Hanni kene pandai jaga diri. Hanni tu takde lesen nanti kalau pape jadi, mama dengan papa yang kene dengan polis sebab cuai jaga anak, dan Hanni tak boleh langgar peraturan jalan raya. Faham!!"
Tuan Zabir mengeluarkan arahan ditaktornya.

"Faham!!" Hanni menjerit teruja.

Dengan adanya kereta sendiri dia dapat mempertingkat kemahiran memandunya.

Hanni tersenyum bila teringat kenangan lama. Awal cuti sekolah yang lepas dia terus mendaftarkan diri untuk mengambil lesen memandu sendiri.

Bila lesen dah ada ditangan, penyakit pula yang menyinggah. Berat rasanya untuk menggalas cubaan yang diberi oleh Nya. Tapi dia cuba bersabar, dia yakin satu hari nanti dia akan sembuh.

Tiba² dia terasa ada cecair pekat mengalir didalam hidungnya. Jari telunjuk didekat kan pada hidung. Darah. Kepalanya mula pening. Pengelihatannya mula kabur.

Dia berusaha untuk berdiri masuk kedalam rumah tapi kakinya yang masih lagi terasa ngilu membuatkan dia terjelopok dilantai. Perlahan lahan pandangannya gelap.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now