Terpanar puan munirah bila ternampak laurah yang berjalan ke arah mereka. Berbeza dengan datin seri dayang yang beriak biasa.
Laurah mendekat dengan mummynya. Tangan wanita itu disalam dengan hormat.
"Lambat sampai?" Soal datin seri dayang lembut.
"Layrah tu la, bersiap macam tuan puteri. Lepas tu bergaduh pulak dengan abang sebab berebut nak drive." Ujar laurah. Memang tadi layrah dan asyraff berebut hendak memandu. Tetapi akhirnya asyraff terpaksa mengalah selepas di belasah oleh layrah.
Berkerut dahi datin seri dayang mendengar ceritanya. Layrah masih lagi berdiri kaku melihat arash dan puan munirah sejak tadi.
"Abang? Dia tak pergi office ke hari ni? Kalau dia ada, mana dia?" Soal datin seri dayang lagi.
"Abang kata nak beli topup kejap. Entahlah abang tu. Tadi masa makan kata nak pergi office. Bila nampak adik dengan layrah nak keluar je terus kata tak jadi. Dia kata nak jadi bodyguard kitorang." Kata laurah lalu tersengih.
"Ada- ada jelah kamu bertiga ni. Mummy nak pergi betulkan baju customer mummy ni sekejap dekat bilik jahitan. Su, ambil kan baju sikembar ni." Arah datin seri dayang pada kak su. Dia terus melangkah ke bilik jahitan.
"Baik datin." Ujar kak su lalu pergi ke belakang.
Mata Puan Munirah masih lagi tidak berganjak pada laurah. Laurah pula rasa tak selesa bila di pandang begitu.
Dia terus berlalu dan menghampiri layrah. Arash dan layrah berpandangan antara satu sama lain dan bergilir pada laurah dan puan munirah.
"Hye arash. Awak buat apa dekat sini?" Tegur laurah dengan ramah.
"Ss..saya teman ibu saya. Tak sangka pulak ni butik mummy awak." Jawab arash gagap. Layrah hanya mendiamkan diri.
Puan Munirah berjalan mendekati mereka bertiga. "Aa..arash, ni kawan- kawan arash ke?" Soal puan munirah lambat- lambat.
"Iya..ibu, ni kawan- kawan kolej arash. Laurah dengan layrah." Arash memperkenalkan mereka berdua.
Laurah menyalami puan munirah dan diikuti oleh laurah.
Puan munirah memegang pipi mereka berdua. Matanya sudah berkaca. "Ya allah. besarnya kuasaMU." ujarnya menahan suara.
Laurah sudah terkebil- kebil. Berbeza dengan layrah yang hendak menangis.
"Mak cik, mak cik okey?" Soal layrah lembut. Lalu meraih tangan puan munirah.
"Jangan panggil mak cik. Panggil ibu." Pinta puan munirah.
"Baiklah. Ibu okey?" Soal laurah lagi. Lancar sahaja lidahnya menggelar wanita yang baru dikenalinya itu 'ibu'.
"Ibu, okey sayang. Ibu tak sangka ada orang yang mukanya mirip sangat dengan anak perempuan ibu." Kata puan munirah.
"Anak perempuan? Mesti dia cantik kan ibu?" Soal laurah dalam memuji.
"Cantik sangat sayang. Cantik luar dan dalam." Jawab puan munirah dengan suara bergetar.
"Ibu.." panggil layrah perlahan.
Bola mata puan munirah beralih pula pada layrah. Jelas diwajah itu sudah sarat dengan kerinduan.Puan munirah lantas memeluk erat tubuh layrah. Dia kenal dengan sorotan mata itu. Sorotan mata yang sama dimiliki oleh hanni sofea.
Lama pelukan itu bertaut. "Ibu rindukan hanni, sayang." Ujar puan munirah perlahan pada telinga layrah. Air matanya ditaham daripada jatuh.
"Hanni pun rindukan ibu." Balas layrah dalam nada yang sama. Mereka tidak mahu laurah mendengar percakapan mereka.

YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
General Fiction#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...