Bab 44

2.1K 101 4
                                    

Arash pulang kerumah dengan wajah yang serabut. Kaki melangkah kearah ruang tamu. Kemudian dia melabuhkan badan pada sofa. Beg galas dicampak di tepi sofa. Butang baju kemeja ditanggalkan pada bahagian atas bagi memudahkan udara masuk.

"Arash....baru balik ke?"

Soal satu suara. Arash menoleh. Kelihatan Puan Zalmah berjalan keluar dari dapur dan menghampirinya. Arash memberikan senyuman nipis pada mama zal.

"Ye mama, baru je sampai rumah." Jawab arash. Dia menyandarkan badannya pada sofa dengan mata yang tertutup.

"Kenapa nampak kusut je ni? Arash ada masalah ke? Nak share apa- apa dekat mama?" Soal puan zalmah lembut.

Memang begitu jelas kekusutan di wajah arash. Fikirannya hanya memikirkan layrah sejak dari tadi lagi.

"Takda apa- apa ma, cuma arash penat sikit sebab sekarang ni cuti penggal dah nak dekat jadi arash ada banyak assignment nak kena habiskan. Tu yang kusut sikit tu." bohong arash. Maaf mama sekarang bukan masa yang tepat untuk arash beritahu segalanya. Desis hati arash.

"Ouhh..kalau macam tu nak mama buatkan air? Nanti boleh hilang sikit kusut tu.."  tawar puan zalmah.

"Ehh...tak pe. Mama rehatlah, arash nak naik atas mandi." pantas dia menghalang langkah puan zalmah.

Arash capai beg dan terus bangkit dari sofa dan naik kebiliknya.

Sampai sahaja dalam bilik, beg dicampak di tepi katil tubuh dihempaskan ke katil. Nafas ditarik dan dihembus panjang.

Mata dipejamkan seketika. Tubuh direhatkan. Telifonnya tiba- tiba berbunyi.

Laurah!

"Hello laurah"

"Hello arash, saya nak bagitahu awak ni.."

"Apa dia?"

"Layrah dah sedar"

"Alhamdulillah...okok, awak jangan lupa tau pasal tadi" balas arash teruja.

"Tak..saya takkan lupa"

"Okey, jumpa nanti bye asalamualaikum." talian dimatikan.

Senyuman terukir dibibir. Alhamdulilah hanni dah sedar...

Arash bangkit dari perbaringan dan dia mengambil tuala di ampaian kecil di sebelah pintu bilik air lalu dia terus memboloskan diri.

___________

Malam itu arash sudah lengkap berjaket kelabu dan berseluar jeans. Dia keluar dari bilik dengan perlahan- lahan. Tak nak sesiapa pun tahu yang dia hendak keluar. Maklum lah dah pukul 12 malam.

Dia menoleh kiri dan kanan. Clear! Kaki melangkah laju menuju ke pintu utama rumah. Kunci kereta diambil dari penyangkut.

Dengan berhati-hati pintu rumah dibuka. Agar tiada bunyi terhasil.

"Arash..?"

Badan arash terus tegak bila terdengar suara memanggilnya dari belakang. Alamak macam mana ni!!?

"Arash nak pergi mana tengah- tengah malam ni?" soal Tuan Razak.

Arash menoleh perlahan kearah ayahnya.  Tuan razak yang berkain pelekat dan bert-shirt itu dipandang.

"Ermm..arash nak pergi hospital ayah."

"Hospital? Buat apa pergi sana time-time macam ni? Siapa yang sakit?" soal tuan razak bertubi- tubi.

"Err...kk..kawan. Yes, kawan arash masuk wad. Dia excident, irfan call tadi bagitahu. Semua dah tunggu arash dekat sana." arash cuba menyembunyikan sesuatu.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now