Bab 58

1.9K 133 17
                                    

Di dalam wad yang malap itu, tubuh layrah terbaring kaku. Jari telunjuk layrah bergerak- gerak seperti hendak sedar dari tidurnya yang panjang.

Layrah berusaha membuka kelopak matanya. Perlahan- lahan kelopak matanya terbuka.

Cahaya sekeliling bilik itu menerobos masuk ke dalam anak matanya. Dia memandang sekeliling.

Hidungnya menangkap bau ubat- ubatan yang agak kuat. Mata beralih pada pakaian yang di pakai. Baju hospital.

Belakang tapak tangan kirinya tertusuk satu jarum kecil yang mengalirkan air dari kantung yang tergantung di tiang pada kiri katil.

Kepala cuba mengingati kejadian yang berlaku sebelum dia pitam. Satu- persatu kejadian tersebut terlayar di kepala.

Dia mengeluh berat.

Tiba- tiba pintu wadnya terkuak dari luar. Cepat- cepat dia memejamkan matanya dan berpura- pura tidur kembali.

Dari kanannya terdengar seseorang menarik kerusi dan duduk disitu.

Tangan kanannya terasa seperti diraih orang tersebut dan dikucup lembut.

"Abang sayangkan hanni, cepat sedar sayang....abang nak dengar suara isteri abang yang manja ni." Suara orang itu amatlah layrah kenali.

"Abang tak tahu macam mana nak jalani hidup ni tanpa sayang. Sayang adalah nafas abang. Abang tak kuat kalau hanni jauh dari hidup abang. Abang lemah, tanpa sayang di sisi abang." Luah orang itu penuh perasaan.

"Apa abang boleh buat, sayang? Abang tak nak sayang pergi... Abang tak nak sayang jauh dari abang... Abang perlukan sayang. Jawab lah hanni apa yang abang boleh buat?" Esakkan orang itu menyentak tangkai hatinya.

Layrah terasa ada titisan air jatuh di belakang tapak tangan.

Dia membuka mata perlahan- lahan dan melihat di sisi kanannya, arash sedang menyembam wajahnya ke katil dan atas tangan kanan layrah.

Layrah tersenyum. Kepala arash yang masih menunduk itu di usap perlahan.

Arash tersentak saat ada tangan yang mengusap kepalanya. Dia mengangkat pandang. Matanya yang merah kerana menangis menyapa wajah pucat layrah yang sedang tersenyum.

Serta merta terbit juga senyuman dibibirnya. Air mata yang mengalir cepat- cepat di seka. Tak macho lah kan? Kalau lelaki menangis? Lagi- lagi depan perempuan...  ((okeyy lia sendiri menyampah tulis ayat tu. 😂😂))

"Banyak yang abang boleh buat untuk hanni." Layrah memberi jawapan pada soalan arash tadi.
Arash tersenyum lagi. Kepala layrah yang di baluti dengan tudung itu di usap lembut.

"Sayang dengar?"

Layrah mengangguk.

"Sayang nak abang buat apa?" Soal arash lembut.

"Abang bawak hanni pergi dari sini, please... Hanni nak ikut abang. Hanni tak nak pergi london. Daddy nak hantar hanni pergi sana minggu depan." Rayu layrah pada arash. Tangan arash digenggam erat.

"Tapi sayang..nanti kal....."

"Takk! Hanni dah tak kesah pasal keluarga angkat hanni tu. Apa yang hanni nak, hanni nak jumpa mama dengan papa." Potong layrah tanpa sempat arash menghabiskan ayatnya.

"Kita pergi ye..." Mohon layrah dengan penuh pengharapan. Tangan arash di genggam lebih erat.

Arash mengeluh berat dan berfikir sejenak sebelum menganggukkan.

Layrah tersenyum lebar. Namun senyumannya mati saat terdengar bunyi pintu wad terkuak dari luar.

Mata mereka berdua terarah pada pintu tersebut.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now