Kereta yang dipandu Arash masuk kedalam rumah agam Tuan Zabir.
Arash keluar dari kereta dan terus pergi ke pintu sebelah pemandu.
Dia mencempung Hanni dan terus masuk kedalam rumah. Hanni dibawa terus kebilik. Mak Mah yang terlihat kelibat Arash yang tergesa² masuk kebilik. Dia mula panik. 'Apa jadi dekat hanni?'Dia terus berlari kebilik mereka.
"Arash, apa jadi kat Hanni? kenapa muka dia pucat sangat ni?" Soal Mak Mah mula cemas. Walaupon Hanni bukan anaknya tapi dia sayangkan hanni seperti anak sendiri. Sudah 15tahun dia menjaga hanni. Dari kecil sampai lah sekarang.
"Hanni tadi lambat makan ubat Mak Mah. Sebab tu lah jadi macam ni. Tapi dia tak pengsan dia cuma tidur. Badan dia lemah sangat tadi." Terang Arash.
"Kenapa boleh lambat makan ubat? Takkan kamu tak tengokkan dia tadi? Abis tu kawan² dia kemana?" Soal Mak Mah bertubi tubi.
"Arash mintak maaf mak mah. Arash mengaku arash cuai." Arash tunduk. Dia rasa bersalah sebab tak jaga hanni betul².
"Sudah lah arash. Benda nak jadi. Apa kita boleh buat." Kata mak mah seraya mengusap bahu arash.
"Mak mah turun dulu ye. Nanti kalau hanni dah bangun panggil mak mah, mak mah nak bagi dia makan bubur." Arah mak mah lembut.
Arash mengagguk. Mak mah terus keluar dari bilik mereka. Arash tatap wajah hanni. Tudung sekolah yang tersarung dikepala hanni di tanggalkan perlahan lahan.
Lalu dia tukar pakaian hanni. Bila dah selesai dia pergi bersihkan diri.
🌼🌼🌼🌼
"Sarah apa jadi dekat Hanni tadi?" Soal Qisya yang terpinga pinga bila lihat hanni yang pucat dan dibawa pulang oleh arash.
"Entah lah, aku pon tak tau. Bila aku sampai dekat kelas tadi hanni dah macam tu. Arash pula muka dah cuak giler aku tengok tadi." Terang sarah.
"Aku rasa kan ni mesti keje aishah." Duga Qisya.
"Kita mana boleh tuduh orang sesuka hati. Buatnya tak betul kan kita juga yang naya." Bantah Liyana.
"Betul jugak tu, abis tu kita nak buat macam mana?" Soal qisya.
"Hye girls" sapa zahid. Irfan dan Azim turut melambai pada mereka.
"Haii.." Kata liyana meleret. Sarah yang duduk sebelah liyana terus menyiku dia. Pandangan tajam diberi pada liyana. Liyana tersengih.
Bukan nya mereka berdua tidak tahu yang liyana ni jenis yang pantang nampak lelaki hensome.
Zahid senyum pada liyana sehingga lesung pipit dia terserlah. Liyana terkedu bila Zahid senyum pada dia macam tu.
"Korang ada nampak Arash tak?" Soal zahid.
"Diorang dah balik." Jawab liyana.
"Diorang? Maksud awak arash dengan hanni." Mereka bertiga mengangguk.
"Bukan kita ada kelas ke nanti?" Azim mencelah.
"Memanglah kita ada kelas. Tapi tadi hanni sakit, dia terus bawak hanni balik." Terang qisya.
"Korang tahu citer tak pasal hanni,arash dengan aishah?" Soal qisya. Tak semena mena lengannya dicubit oleh liyana.
"Aduhh..sakit lahh, biar lah kita citer kat diorang. Mesti arash ade citer kat diorang pasal aishah. Betul tak?" Qisya memandang tiga jejaka di depan mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Couple Tapi Married
قصص عامة#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...
