Dia menjerit, tapi mulutnya segera ditutup.
Dia di bawa ke suatu tempat yang lebih gelap dan agak menyeramkan.
Hanna meronta- ronta minta di lepaskan. Dia menjerit- jerit dalam tekupan tangan yang memeluk tubuhnya dari belakang.
"Shh! Jangan jerit kalau awak tak nak kena tangkap" ujar pemilik tangan itu. Suara lelaki.
Hanna tersentak, dia terdiam dan menggangguk. Lelaki itu terus melepaskan hanna.
Dengan tubuh yang masih menggigil hanna berpaling. Wajah lelaki itu tidak jelas. Samar- samar dalam kegelapan.
"Aw..awak siapa?" kini dia lebih berani. Kerana dia yakin lelaki ini hendak membantunya. Dan bukan salah seorang dari penculik tadi.
"Nanti awak akan tahu. Sekarang ni awak ikut je arahan saya kalau awak nak selamat." ujar lelaki itu.
Lelaki itu kejap memegang tangan hanna. Hanna hanya mampu mengangguk. Ketakutannya tidak dapat mengatasi rasa aneh yang menjalar di dalam dada.
Pandangannya hanya tertacap pada wajah lelaki itu. Walaupun dalam gelap entah mengapa dia ingin sekali menatap wajah itu sahaja.
Dari tempat mereka sembunyi, mereka dapat lihat penculik- penculik tersebut seperti bertikam lidah. Lalu mereka masuk kedalam perut van dan beredar.
Mereka berdua menarik nafas reda.
"Sekarang dah selamat. Jom keluar!" Lelaki itu terus menarik hanna keluar dari tempat itu. Pegangan pada tangan hanna amatlah erat.
Hanna seperti orang yang kena jampi hanya menurut sahaja. Dia mengekor lelaki itu sehingga lah sampai ke tempat keretanya diletakkan.
Mata hanna masih tertancap pada wajah lelaki itu. Kini wajah itu lebih jelas dengan selerakkan cahaya lampu pada wajah itu.
"Ehemmm"
Hanna tersentak. Dia tertunduk malu. Rasa takut tadi sudah hilang dengan hilangnya penculik- penculik tadi.
Kini yang ada cuma rasa malu yang menyimbah diri.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Suara lelaki itu mendatar.
Hanna menggeleng. "Takde apa, cuma...saya nak cakap terima kasih. Sebab selamatkan saya." Tukas hanna masih menunduk. Gugup.
"Sama- sama. Kebetulan saya nampak awak tadi." balas lelaki itu.
"Ermmm..saya rasa tangan dah boleh lepas kot." ujar hanna lagi.
Lelaki itu tersentak. Terus dia melepaskan tangan hanna. Baru sedar keterlanjurannya. Belakang tengkuk digosok. Kini dia pulak yang ter'malu'. Namun riak wajah dikawal sebaik mungkin.
"Errr...awak, kalau takde pape saya balik dulu lah ya? Dah malam dah ni." hanna terus menekan remote keretanya.
"Hanna!"
Hanna berpaling. Mana dia tahu nama aku? Dahinya berkerut.
"Ya?"
"Saya hantar awak balik. Tapi jangan pakai kereta awak. Kita naik kereta saya." ujar lelaki itu.
"Eh takpe lah, saya boleh drive sendiri. Lagipun kalau saya balik dengan awak, kereta saya macam mana?" tolak hanna.
"Takpe soal kereta, awak tak payah risau. Nanti saya boleh uruskan." lelaki itu masih bertegas.
"Tapi kenapa kena naik kereta awak? Tak naik kereta saya?" hanna masih lagi ingin berdegil. Suka- suka kau je nak arah- arah aku. Kau fikir aku adik kau! Dah lah baru kenal. Tetiba nak mengarah kita pula. Hatinya berdongkol geram. Tapi muka dia ni macam familiar lah, dekat mana erkk?
![](https://img.wattpad.com/cover/109756003-288-k21408.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
General Fiction#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...