Bab 34

1.8K 90 0
                                    

"Laurahh!!..cepat lahh." jerit layrah dari pintu rumah. Bergema suara dia yang nyaring satu rumah.

"Layrah, apa ni jerit²" ujar Datin seri Dayang yang datang dari dapur lalu menghampiri anaknya.

Layrah memuncungkan bibir. "Laurah tulah lambat. Tadi dia yang beria-ria suruh cepat last² dia pulak yang lambat." adu layrah pada mummy nya.

Datin Seri Dayang menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia seronok bila melihat anak kembarnya seakrab ini.

"Muncungkan lagi bibir tu. Karang abang gigit baru tau." ujar Asyraf Mikael yang entah dari mana datangnya. Dia sengaja mengusik adiknya.

Layrah terus mengetap bibirnya. Laju tangannya mencari sasaran cubitan dekat tubuh abangnya itu.

Asyraf terus melarikan diri keluar rumah dan memboloskan diri kedalam keretanya. "Bye mama.." jeritnya sebelum masuk kereta.

Tambah seronok Datin Seri Dayang melihat telatah anak-anaknya yang sudah semakin rapat dari hari ke hari. Senyuman bahagia tersungging dibibirnya.

"Seri tolong ambil kan brifecase abang. Tertinggal pulak kat atas." ujar Dato' Syukor yang muncul dari ruang makan. Baru lepas sarapan agaknya.

"Okeyy..tunggu kejap" Datin Seri Dayang terus menuju ke bilik mereka di tingkat atas rumah banglo itu.

Dia yang sedang memanjat anak tangga terserempak dengan anak gadisnya yang tergopoh gapah menuruni tangga.

"Jaga² singa dah keluarkan kuku tu." gurau Datin Seri Dayang pada laurah. Laurah menunjukkan tanda okey dengan jari  dia juga turut tertawa kecil.

Semua dalam rumah tu menggelar layrah dengan panggilan singa. Kerana sikapnya yang tegas dan garang itu. Terkadang boleh menjadi sejinak kucing dan kadang² boleh menjadi sebengis singa.

Tapi layrah tetap tahu menghormati orang yang lebih tua. Sebab itu lah bila Puan Latifah mengenakan dia, dia tetap bersabar.

Laurah berlari menghampiri layrah yang bersandar di pintu utama rumah.
Dia terus menarik tangan layrah lalu menuju kearah kereta.

Mereka harus datang awal ke kolej kerana hari ini mereka akan menyertai kempen cemarlang SPM. Dalam kempen ini mereka akan membantu pelajar² SPM bagi menghilangkan strees serta memberi motivasi kepada mereka.

Mereka terus memboloskan diri dalam perut kereta. Layrah dibahagian pemandu manakal laurah disebelahnya.

Kalau keadaan seperti init tidak mungkin dia akan memandu kerana dia mamandu kereta tidak lah secekap layrah.

Layrah terus memandu keretanya meninggalkan perkarangan rumah lalu terus memecut kereta membelah jalan raya dengan lajunya.

Tidak sampai 15 minit mereka sudah tiba di kolej. Kelihatan para pelajar yang terlibat telah berkumpul di lobi kolej. Mereka berdua terus berlari karah lobi.

"Maaf lambat." kata layrah pada semua yang berada disitu. Mata terpandang puan latifah yang sudah mencerlung ke arahnya. Dia membuang muka. Malas nak tengok muka nenek sihir tu.

'Aduhh...nenek sihir ni pon join kempen ni sekali ke? Haishh...alih² jumpa muka dia lagi' getus layrah dalam hati.

"Takpe kita pon baru berkumpul ni. Kamu berdua boleh masuk baris." arah Prof Syahril.

Layrah dan laurah memberikan senyuman manis padanya manakala layrah memberi jelingan maut pada puan latifah.

'Nasib dia tak nampak kalau tak habis aku kena dengan nenek sihir tu' getus hatinya lagi.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now