Bab 43

1.9K 97 3
                                        

Arash tercari- cari kelibat layrah disekitar kolej. Hampir semua student kolej itu ditanya keberadaan layrah. Tetapi tiada satu pun yang nampak. Kelibat laurah juga tidak kelihatan.

"Arash.!!"

Arash menoleh bila terdengar nama dia dipanggil dari belakang.

"Laurah...Finally! Saya jumpa awak jugak akhirnya. Saya nak tanya awak.." Belum sempat arash habiskan ayat laurah memotong.

"Pasal layrah?"

Arash angguk.

"Mana dia? Sepatutnya kitorang ada kelas pukul dua nanti. Tapi dari tadi saya tak nampak dia langsung. Saya call pun tak dapat." Soal arash.

"Arash...dia tak masuk kelas hari ni." Terang laurah pendek.

"Tak masuk? Kenapa?." Soal arash.

Laurah menceritakan pertelingkahan antara layrah dan asyraff semalam. Dia tidak sanggup melihat keadaan layrah semalam. Mungkin arash dapat memujuk layrah. Biarlah dia dimarahi abangnya, dia sanggup. Asal dia dapat melihat layrah tersenyum kembali.

Arash sedih? Ye dia sedih. Dia baru sahaja bahagia kerana dapat bersatu kembali dengan isteri tercinta. Namun kini hubungannya dengan layrah ditentang oleh asyarff. Tapi perasaan itu bercampur dengan risau. Risau memikirkan keadaan layrah. Dia kenal sikap isterinya bagaimana, bila emosinya diganggu. Layrah akan mengurung diri berhari- hari malah boleh sampai berminggu. Makan? Selera makannya hilang. Makanan yang masuk dalam perutnya mungkin dua atau tiga suap sahaja.

"Laurah awak kena tolong saya. Saya nak jumpa layrah. Please.." Rayu arash.

Laurah mengangguk. Dia sudi membantu arash demi kebahagian kembarnya. Dia tahu arash adalah hidup layrah. Dari cara mereka berbual dan cara mereka memandang satu sama lain sudah cukup untuk membuktikan yang mereka saling menyayangi.

"Okey macam ni, saya nak awak....."

Bismillah..moga-moga kita dapar bersatu kembali.

_______

Toyota alphard milik keluarga Dato' Syukor masuk keperkarangan banglo. Dato' dan Datin keluar dari kereta.

"Zaki nanti tolong bawa bagasi tu semua masuk dalam ye" arah Datin Seri Dayang.

"Baik datin."

Zaki seorang pemandu keluarga Dato' Syukor yang baru berumur 18 tahun. Dia baru sahaja bekerja dirumah dato' pada bulan lepas menggantikan pemandu lama keluarga itu.

Zaki terus mengerjakan arahan datin tadi. Manakala dato' dan datin pula terus mesuk kedalam rumah. "Assalamualaikum...daddy dengan mummy dah balik ni." Datin Seri Dayang memberi salam. Namun tiada siapa yang menyambut salamnya. Dia hairan.

"Haihh..mana pergi semua anak- anak kita ni bang? Sunyi je rumah ni." Kata Datin. Matanya masih melilau sekeliling rumah.

"Entah lah seri. Abang pun tak tau. Laurah!! Layrah!! Asyraff!!" Laung dato'. Senyap. Haihh takkan lah semua keluar. Nak kata diorang ada kelas. Tak mungkin. Nak kata asyraff kerja pula? Tak kanlahh.. Hari ni kan ahad!

"Dato', datin nak saya buatkan air?" Soal bik surti yang datang dari dapur. Bik Surti memang fasih bercakap melayu.

"Bik, mana budak- budak dekat dalam rumah ni? Dari tadi senyap je." Soal datin.

"Tuan asyraff dengan cik laurah keluar datin. Kalau cik layrah pula ada dalam bilik." Terang bik surti.

Dato' dan datin mendongak memandang pintu bilik layrah. "Ouhh..bik, awak ambil kan kami air masak saja. Tak lalu nak minum manis lagi dah." Arah dato'. Sepanjang jalan pulang dia hanya menjamah air manis sahaja.

Bukan Couple Tapi MarriedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang