Bab 56

2K 115 13
                                        

Tit!

"Encik asyraff, ada seorang wanita datang nak jumpa encik. Dia kata encik yabg suruh dia datang sini."

Suara zarina setiausaha asyraff yang keluar dari interkom menyentakkan kan asyraff dari menyemak laporan kewangan syarikat.

"Okey zarina. Suruh dia masuk." Arah asyraff melalui interkom.

Tak sampai lima minit terdengar ketukan pintu pejabatnya dari luar. Setelah memberi arahan masuk, pintu itu dikuak dari luar.
Muncul wajah bertudung zarina bersama seorang gadis yang berpakaian agak sendat dan seksi.

Asyaff melorekkan senyuman buat dua manusia itu. Senyumannya dibalas mesra.

"Thanks zarina, awak boleh keluar." Ujar asyraff dengan nada yang bersahaja.

Zarina mengangguk, lalu terus keluar dari bilik itu.

"Hai, saya fikir awak tak jadi datang?" Terdengar tawa halus dari bibir gadis di hadapannya ini.

"Mesti lah saya datang. Tak baik kan, kalau kita hampa kan harapan orang?" Asyraff tersenyum senang dengan jawapan gadis itu.

"Duduk lah..." Pelawa asyraff.

Tanpa banyak bunyi gadis itu terus melabuhkan punggungnya diatas kerusi yg tersedia di hadapan meja kerja asyraff.

"Ada hal apa awak suruh saya datang sini?" Soal gadis itu lembut. Matanya memandang raut wajah tampan asyraff tanpa di kalih ke lain. Handsome!

"Actually, saya datang sini nak mintak tolong dekat awak." Asyraff bersuara lirih.

"Minta tolong? Awak nak saya tolong ape?" Berkerut wajah gadis itu menyoal.

"Awak ingatkan? Yang awak pernah cerita dekat saya dua minggu lepas tentang arash?" Gadis itu mengangguk.

"Ye saya ingat. Kenapa?"

"Saya nak awak cerita kan balik pasal perkara tu dekat daddy saya, boleh? Awak ada bawak bukti tu sekalikan?"pinta asyraff pada gadis itu. Suara dilirih untuk meraih simpati.

Riak wajah kasihan di pamerkan oleh gadis itu. Dia tersenyum penuh maksud tersirat.

______________

Tok! Tok! Tok!

Ketukan dari luar pintu pejabat dato' syukor menghentikan kerjanya seketika.

"Masuk!"

Pintu dikuak dari luar. Terjengul wajah asyraff bersama seorang gadis yang tidak dikenalinya.

"Haa...asyraff duduk." Dia menggamit asyraff duduk di sofa yang terdapat didalam  pejabatnya itu.

Interkom di tekan. "Rabiah, tolong buatkan air. Saya ada tetamu."

"Baik dato'." Kedengaran suara rabiah setiausahanya menjawab. Butang interkom di lepaskan.

Mata di kalih memanfang fua figura manusia yang sudah duduk di sofa sebelum kakinya bergerak ke arah mereka berdua.

Punggung di labuh kan di sofa yang berhadapan dengan mereka.

Melihat wajah papanya yang tenang, asyraff memulakan bicara.

"Daddy, ini aishah. Aishah ni daddy saya."

Aishah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan dato' syukor. Namun huluran itu hanya di pandang sepi tanpa di sambut. Dia mengigit bawah bibirnya menahan geram. Dah orang nak baik- baik dia buat muka selenga pulak orang tua ni! Marahnya dalam hati.

Huluran tadi di tarik balik. Riak wajah di kawal. Senyuman plastik di ukir di bibir bagi menutup rasa hati yang hendak memaki.

"Daddy, ini lah orang yang asyraff maksud kan tadi. Dia akan menceritakan segala persoalan yang daddy soalkan tadi." Kata asyraff agak sikit terketar. Wajah tenang daddynya tidak memberi makna yang daddynya itu tidak marah.

Bukan Couple Tapi MarriedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang