Bab 67

1.6K 74 0
                                        

Maafkan saya atas kelewatan ini *muka bersalah* 👉👈

Sebagai balasan, lia belanja ✌chapter sekali gus. 😁

Selamat membaca..... 📖

______________

"Sebenarnya isteri encik dalam keadaan lemah sekarang ni. Isteri encik juga mengalami sedikit tekanan." ujar doktor lelaki di hadapan mereka itu.

Arash dan keluarganya menarik nafas berat setelah mendengar berita itu.

"Err..kalau boleh, saya sarankan agar encik arash dan keluarga  jangan biarkan pn hanni dalam keadaan stress atau tertekan. Kerana ia akan membahayakan kesihatan pn hanni dan janin yang ada dalam kandungan pn hanni sekarang ni." terang doktor itu lagi.

"A..apa doktor? Kandungan? Janin? Maksudnya?" Soal arash blur.

Ibu dengan ayah dia dah tersenyum senang dah dekat belakang dia. Alahai, lambat betul lah arash ni.

"Ouhh, encik arash belum tahu lagi lah, yang pn hanni sedang mengandung." Doktor itu meraih tangan arash dan berjabat tangan sebelum tersenyum.

"Tahniah encik arash, awak akan jadi ayah tak lama lagi." Ujar doktor itu tenang.

Arash ternganga. Tak percaya dengan apa yang dia dengar. Dia menepuk pipinya sendiri. Takut- takut kalau semua ni hanya mimpi.

"Aduhh... Maknanya ni bukan mimpi." Dia usap pipi sendiri. Dah macam orang mereng.

"Dok..doktor tak main- main kan?" Soal arash inginkan kepastian.

"Saya tak main- main encik. Isteri encik mengandung dan usia kandungannya dah cecah satu bulan." ujar doktor itu meyakinkan arash.

Arash meraup wajahnya tanda syukur.

"Syukur alhamdulillah ya allah. Ibu, arash akan jadi ayah." arash peluk ibunya se erat yang mungkin.

Pn sri munirah mengusap belakang badan anaknya. Sungguh dia bersyukur sangat.

Tan sri razak menepuk bahu arash tanda ucapan tahniah. Arash meleraikan pelukan, lalu dia memeluk ayahnya pula.

"Tahniah arash. Ayah ikut gembira dengan semua ni. Sebab, sekejap lagi ayah jadi atok." Kata  tan sri razak sebelum mereka menghamburkan ketawa.

"Doktor, boleh kami masuk tengok hanni?" Ujar Pn sri munirah.

"Boleh pn sri. Pn hanni akan di pindahkan ke wad biasa. Jadi buat masa ni pn sri dan tan sri tunggu sebentar sementara menunggu proses pemindahan pn hanni." Terang doktor itu.

"Encik arash, saya ada perkara yang hendak di bincangkan. Mari kita ke bilik saya." Sambung doktor itu lagi.

"Ayah ibu, tunggu sekejap ye. Nanti arash datang balik." Pamit arash.

Mereka berdua terus berlalu dari situ.

"Perkara apa yang doktor hendak bincangkan dengan saya?" Soal arash setelah mereka sampai di bilik doktor lelaki itu.

"Begini, hasil dari pemeriksaan saya pn hanni mungkin berisiko kalau dia menyimpan kandungan ni. Sama ada terhadap bayi, atau terhadap ibu kepada bayi." Arash mengerut kening, tak mengerti.

"Maksud doktor?"

"Okey macam ni, untuk kes pn hanni agak berbeza dengan ibu- ibu mengandung yang lain. Dalam kondisi pn hanni yang mempunyai penyakit leukimia ini mungkin akan memberikan kesan terhadap bayi ataupun diri pn hanni sendiri jika tidak di jaga dengan baik. Tapi kesan ini akan lebih kepada bayi." Terang doktor itu.

Bukan Couple Tapi MarriedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang