Bab 25

2.3K 97 0
                                        

Arash memandang sekeliling bilik. Nampak bersepah sangat. Dia meringankan tulang untuk membersihkan biliknya itu.

Didalam bilik ini banyak menyimpan kenangan dia bersama hanni. Terkadang dia ternampak seolah olah bayangan hanni yang sedang bergelak ketawa bersamanya.

Dia terus membuang ingatan terhadap hanni. 'Kau tak boleh macam ni arash. Kau dah janji tadi yang kau akan move on' kata arash dalam hati.

Dia membuka radio. Dia ingin mengusir kenangan yang bertandang dalam fikirannya.

Terdengar celoteh penyampai radio yang gembira.

'Okey sekarang kita dengarkan lagu nyanyian dari Asyara Layrah. Terukir Dibintang.' Dj radio itu berkata pada para pendengar.

Jika engkau minta
Intan permata tak mungkin kumampu
Tapi sayangkan kucapai bintang
Dari langit untuk mu.

Jika engkau minta
Satu dunia akan aku cuba
Kuhanya mampu jadi mulikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun
Akan ku nantikan kamu.

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku.

Terukir dibintang
Tak mungkin hilang
Cinta ku padamu.

Arash terbuai mendengar nyanyian suara gadis yang keluar dari corong radio. Dia teringatkan hanni yang sering nyanyi lagu ni ketika mereka berdua.

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun
Akan ku nantikan kamu.

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku.

Terukir dibintang
Tak mungkin hilang
Cintaku padamu.

Terukir dibintang
Tak mungkim hilang
Cintaku padamu.

Arash mendengar dengan teliti
suara gadis yang bernyanyi itu. Suara itu persis seperti suara hanni. "Ya allah tak akan itu hanni. Tak mungkin." Desis arash.

Dia terus mencapai laptop dia. Dia search google menaip nama Asyara Layrah. Dia klik bahagian imej.

"Tak mungkin. Tak mungkin ini hanni. Ya Allah petunjuk apa yang engkau cuba berikan padaku ini."

Arash terkejut melihat wajah Asyara Layrah yang terpapar padan skrin laptopnya. Wajah itu saling tak tumpah seleperti wajah hanni.

Arash terus mencari maklumat tentang gadis itu.

Nama: Asyara Layrah Binti Dato'
              Syukor.
Umur: 20 tahun
Tarikh lahir: 15/10/2000

Bukan Couple Tapi MarriedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang