"Amboi awalnya pengantin baru bangun" usik Puan Zalmah pada anak menantunya. Hanni yang sedang meneguk air tersedak bila dengar usikkan mamanya.
"Apa awak ni..kesian Hanni tu tersedak dia." kata Tuan Zabir menyimpan senyuman nya.
Arash segera menggosok perlahan belakang isterinya. "Betul ape saya kata, tengok tu bukan main mesra lagi diorang berdua tu." makin giat Puan Zalmah mengusik anak menantunya itu.
"Sudah lahh..dah merah muka Hanni tu saya tengok." kata Tuan Razak.
Hanni dan Arash hanya mampu menahan rasa malu. Sesekali Arash menjeling wajah Hanni yang dah kemerahan. Betul kata bapa mertuanya yang muka Hanni dah merah padam.'Comel' gumam hati Arash.
"Arashh..jangan tenung lama² nanti susah" kini gilaran Tuan Zabir pula mengusik mereka.
Arash tercengang begitu juga dengan Hanni. Semua yang berada disitu ketawa melihat telatah mereka berdua.
Setelah ketawa semua reda. Arash mengambil kesempatan bertanya. "Pa.. Ibu dengan ayah mana tak nampak pon??". Pikirnya orang tuanya menginap dirumah Hanni.
"Ouh..lupe papa nak bagitau kamu semalam. Ayah dengan ibu kamu dah balik. Papa dah ajak mereka tidur sini tapi mereka menolak, katanya ayah kamu kene outstation ke singapura hari ni." terang Tuan Zabir.
"Lahh, kenapa ibu ayah tak jumpa saya dulu." kata Arash dengan nada sebak. Yelah sapa tak sebak bila kene tinggal dengan mak ayah macam tu je.
"Arashh..semalam mama nak panggil kamu, tapi ibu kamu yang larang katanya dia tak nak kacau kamu. Mungkin sebab kamu penat." pujuk Puan Zalmah seolah olah memahami hati Arash.
Arash hanya mengangguk. Hanni menoleh kesisi, melihat wajah Arash yang sendu. Timbul rasa simpati pula dalam hatinya.
"Arash lepas ni kamu bawa Hanni pergi beli baju sekolah yea..nanti papa bagi duit." Arah Tuan Zabir.
"Mama dengan papa tak ikot sekali ke?" soal Hanni. "Kami tak dapat ikut sebab papa ade meeting lepas ni." Hanni hanya mengangguk.
Dia faham tugas mama dan papanya itu. Syarikat yang diuruskan oleh papa dan mama adalah hasil titik peluh mereka sendiri. Dahulu mama dan papanya belajar dalam jurusan yang berbeza. Mama jurusan arkitek papa pula jurusan perniagaan.
*author tak ingat ape name jurusan yang berkaitan dengan perkara yang diatas 😂*
Lepas tamat belajar mereka bekerjasama bangunkan syarikat pembangunan.
"Boleh kan Arash?" soal Tuan Zabir.
"Boleh pa.." Arash menjawab ragu². Kerana dia segan berbelanja guna duit orang lain selain ibu dan ayahnya.🌼🌼🌼🌼
"Hanni!! Cepat lah sikit. Lambatnya kau bersiap." jerit Arash dari tingakt bawak banglo itu. "Kejap lahh" Hanni tergopoh berlari menuruni anak tangga. Entah mana silapnya, masa turun anak tangga tiga terakhir dia salah langkah. Badan tak dapat di seimbangkan. Hanni menutup rapat matanya hanya tunggu badan menghempap lantai.
Bhukk..
'Ehh..asal badan aku macam melayang je ni'
Mata dibuka perlahan lahan. Ternyata dia dalam pangkuan Arash. Detak jantung Arash seperti lepas berlari jelas kedengaran di telinganya.
Arash menurunkan Hanni perlahan lahan. Pandangan mata nya masih lagi pada raut wajah isterinya.
"Kau dah kenapa, kalau turun tu boleh tak jangan lari²!!? Kau dah buat jantung aku rasa nak pecah kau tau tak." kata Arash dalam nada yang tinggi.
'Ehh..mamat ni marah² pulak'
"Kau sendiri yang suruh aku cepat kan? So aku lari lah!! Yang kau nak marah² aku ni pahal." balas Hanni dalam nada yang sama.
Arash mengeluh perlahan. "Hanni, kau tu isteri aku. Aku sayang kau, aku tak nak benda buruk jadi kat kau paham tak, so..lepas ni becarefull okey." Hanni terharu dengar kata² Arash yang lembut tadi. Tiada tinggi suara.
"Dah lah jom kita gerak." Arash menarik tangan Hanni supaya mereka berjalan beriringan. Diluar rumah kelihatan Pak Saman sedang menunggu mereka berdua.
"Maaf pak saman, tuan puteri kita ni lembab sikit." Hanni menjeling Arash. Tangannya yang masih digenggam oleh Arash direntap kuat. Tanda protes. Lalu dia memboloskan diri kedalam kereta.
'Aikk..marah nampak'
Arash menggelengkan kepalanya melihat muka cemberut Hanni.
🌼🌼🌼🌼
Arash berjalan beriringan dengan Hanni mencari bahagian jualan baju sekolah. "Haa..tu dia." jerit Hanni bila ternampak apa yang mereka cari. Hanni menarik Arash kebahagian yang dia nampak tadi.
"Kau punya baju saiz ape?" soal Hanni. "Saiz 24" jawab Arash ringkas.
Tangan Hanni ligat bekerja mencari baju kemeja sekolah yang bersaiz 24.
"Haa..jumpe pon. Err..kak baju saiz ni ade yang warna biru tak?" soal Hanni pada salah seorang juru jual disitu.Disebabkan mereka berdua pengawas sekolah maka baju yang harus dibeli adalah warna biru. Beberapa saat seketika jurujual tadi datang kembali dengan sehelai baju yang masih berbungkus dalam plastik.
"Ini dia dik." hulur jurujual tersebut.
Arash mengambil huluran itu sambil tersenyum pada jurujual tersebut. Hanni menjeling.Baju yang berbungkus itu dikeluar oleh Arash. Baju itu diangkat tinggi lalu dilekap kan kebadan. "Haa..boleh lah ni." ujar Arash setelah berpuas hati. "Sekarang cari seluar pulak." katanya lagi.
Mereka meneruskan shopping baju sekolah sampai lah pukul dua petang.
"Arash aku lapar lahh.. Lagi pon waktu aku makan ubat dah nak dekat" kata Hanni. Arash yang sedang menjinjing barang sekolahnya menoleh.
"Okey lahh...jom kita makan. Kau nak makan kat mana?" soal Arash.
"FoodCourt jelahh..aku nak makan sizzling." kata Hanni.
Mereka mengatur langkah ke foodcourt di tingkat empat bangunan itu.
Sampai ditempat yang dituju. Mereka duduk di meja yang kosong untuk melepaskan penat. Barang² sekolah mereka letak dikaki meja.
"Kau tunggu sini aku pergi beli makanan kejap." arah Arash. Hanni hanya mengangguk.
Selang beberapa minit Arash kembali dengan sepinggan spaghetti dan satu sizzling yee mee ayam. Hanni meneguk fresh oren yang dibelinya tadi bersama milo ais.
"Aikk, bila kau beli air ni?" soal Arash.
"Tadii..masa kau beli makanan. Nak jimat masa aku beli lah air ni" terang Hanni.
"Ouhh..macam tau² je aku nak milo ais." ujar Arash.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Couple Tapi Married
Ficción General#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...