Bab 72

314 5 1
                                    

"Malam ni aku bagi lagi satu peluang untuk korang. Aku nak benda ni semua clear malam ni jugak! FAHAM?!!"  Aishah terus mematikan talian setelah memaki konco-konconya.

"Lembab!" gerutunya lagi.

Handphone di campakkan ke atas katil. Stress! Macam- macam cara dia fikir untuk hancurkan hidup arash. Tapi sampai sekarang dia masih lagi belum berjaya.

"korang tunggu giliran korang lepas ni." katanya penuh dendam.

________________

Perkarangan banglo Dato' Syukor terlihat amat indah dengan pokok- pokok bunga yang tumbuh mekar dan segar. Sudah menjadi rutin kerja bik surti setiap pagi selepas menyiapkan sarapan dia akan mengerjakan pokok- pokok bunga itu dengan menyiram dan memberi baja. sejak Datin Seri Dayang sakit itu kerjanya setiap pagi. Tangannya ligat menyiram pokok- pokok bunga itu dengan menggunakan paip pancuran. 

ting tong

Loceng dari luar pagar berbunyi. terus bik surti melepaskan paip getah ke tanah, dan melulu ke pagar utama.

"Ye encik, mau cari siapa?" soal bik surti setelah bertentang mata dengan seorang lelaki muda di luar pagar.

"Saya nak cari Datin Seri Dayang, dia ada dekat rumah?" soal arash kembali.

Belum sempat bik surti membalas, hanni keluar dari pintu depan kereta.

"Bik Surti, Layrah dah balik" ujarnya dengan mata yang bergenang.

"Ya Allah Layrah!!!" bik surti terus membuka pintu pagar untuk hanni dan arash. Lalu dia terus memeluk hanni dengan erat.

"kamu kemana layrah, bik surti rindu sangat- sangat." ujarnya dalam pelukan.

"layrah tak kemana pun bik, layrah cuma ikut suami layrah saja." kata layrah bersahaja.

Pelukan dileraikan bik surti. Wajahnya terpinga memandang layrah dan arash, lelaki yang baru dikenalinya ini.

Hanni senyum nipis. Tangan arash diraih ke dalam genggaman. Jari jemari mereka  yang bertaut di tunjuk pada bik surti.

"Layrah kenalkan ini suami layrah, Arash Raykal." ujar hanni.

____________________

"Datin, ade tetamu istimewa dekat bawah. Datin turun ya?" ujar bik surti dari belakang datin seri dayang.

Lamunannya terhenti saat terdengar suara bik surti. Pandangan dialih dari pemandangan luar balkoni kepada raup wajah separa tua bik surti itu.

"Siapa bik?" tanya datin seri dayang di selang dengan batuk- batuk kecil. Wajah pucatnya dipalingkan memandang Bik Surti di pintu.

Semua itu kerana menanggung rindu pada anak- anak perempuan kembarnya dan rasa takut kehilangan itu makin kuat di rasakan kini.

"Datin turun dulu, kita tengok siapa. Bibik yakin yang datin akan tersenyum lepas ni." ujar bik surti dengan yakin.

Dengan rasa tertanya- tanya Datin Seri Dayang bangun dari duduknya dan mula melangkah ke ruang tamu di bawah.

Dari atas dia sudah nampak ruang tamu rumahnya sudah penuh dengan dua buah keluarga yang agak di kenalinya juga. Dan dari situ juga dia nampak Hanni yang duduk di sebelah seorang lelaki yang agak kurang di kenalinya.

Matanya mula bergenang. 

"Layrah!!!" 

Meluru Datin Seri Dayang mendekati Hanni dan memeluknya dengan erat. Hanni membalas pelukan ibu angkatnya. Kemudian dia mengesat air mata Datin Seri Dayang. Sayu hatinya melihat keadaan ibu angkatnya itu, tubuh Datin Seri Dayang kini lebih susut berbanding dahulu. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now