Arash berjalan mundar mandir di pintu utama rumah. Lepas sahaja dapat berita tentang hanni dari hanna, dia terus memecut kereta pulang ke rumah. Hatinya jadi tak tenang bila hanna beritahu yang hanni lemah.
Segala ubat hanni telah di siapkan di atas meja sofa. Papa, mama, ibu dengan ayah juga sedang resah menunggu hanni. Pn sri zalmah duduk didalam pelukan suaminya, tan sri zabir.
Pn sri munirah dan suaminya hanya duduk dan menunggu dengan tenang. Namun dalam hati mereka tetap ada rasa risau.
Pin!! Pin!!
Bunyi hon kereta menarik perhatian arash. Nampak sahaja kereta hanna sudah terparkir di pagar rumah, arash terus menekan remot pagar. Sebaik sahaj pagar terbuka arash berlari ke arah kereta hanna.
Dari luar dia dapat lihat yan hanni sudah terbaring di tempat duduk belakang. Pintu kereta di buka, lalu dia mencempung hanni masuk kerumah.
"Laurah, awak bawak masuk kereta. Parking dekat dalam." Arah arash.
Hanna mengangguk dan menurut.
Arash terus membawa hanni masuk kedalam rumah. Apabila penghuni ruang tamu itu nampak arash mencempung hanni, mereka terus memberi ruang di sofa panjang buat hanni.
Arash membaringkan hanni di atas sofa dengan perlahan. Kemudian dia duduk melutut di lantai. Pipi hanni di tepuk perlahan.
"Hanni, hanni dengar abang tak?" Ujar arash perlahan.
Mata hanni bergerak- gerak. Perlahan- lahan matanya terbuka kecil.
"Aa..abang"
Hanni cuba bersuara. Namun suaranya kedengaran begitu lemah dan serak.
Hati arash bagai di siat- siat bila lihat keadaan isterinya lemah begitu. Hidung dan pipi hanni penuh dengan kesan darah.
"Sayang bangun, makan ubat." ujar arash terketar. Dia mengangkat kepala hanni biar sedikit tinggi. Senang nak telan ubat.
"Arash, ubat." hulur pn sri munirah pada arash.
Arash menyambut beberapa biji ubat yang di hulurkan ibunya tadi. Biji- biji ubat itu di hancurkan sehingga menjadi seperti serbuk dengan menggunakan sudu. Lalu di suapkan ke mulut isterinya.
Hanni menelan serbuk- serbuk ubat itu dengan payah sekali. Kerana bila biji- biji ubat tadi menjadi serbuk, ubat itu terasa begitu pahit di lidah.
"Arash, hanni macam mana?" satu suara mengalih perhatian semua kepada pemiliknya.
Terbuntang mata pn sri zalmah melihat gadis di hadapannya kini. Wajahnya begitu mirip dengan hanni, dia jadi tergamam.
Begitu juga dengan yang lain, mereka turut tergamam. Kecuali arash. Kerana dia memang dah kenal hanna.
"Aa..a..a...aa"
Tergagap- gagap tan sri zabir hendak bersuara.
"Hanni!!!"
Jeritan arash mengejutkan semua orang. Semua mata terarah pada arash dan hanni.
"Sayang jangan buat abang macam ni, buka mata. Sayang buka mata." Hati arash jadi tak tentu hara. Sebaik sahaja hanni terpandangkan wajah hanna tadi, dia seolah hendak bercakap sesuatu. Namun semua itu terbatal apabila dia tiba- tiba pitam.
Hanna yang terkejut dengan jeritan arash terus berlari ke arah kembarnya.
Arash menjadi begitu kalut. Pipi hanni di tepuk perlahan. Namun hanni tetap tak sedar kan diri.
"Sayang janganlah buat abang macam ni. Bangun hanni!" Arash merintih.
"Hanni, bangunlah. Kau janji nak tolong aku kan? Kau kata kau sayang aku. Kau jangan lah tinggal kan aku!" Hanna merintih di sebelah arash. Tangan hanni di genggam erat.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Couple Tapi Married
General Fiction#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...
