Jam sudah hampir pukul 2 pagi tetapi Layrah masih lagi duduk di dikerusi yang terletak di beranda biliknya. Langit yang gelap dihiasi dengan taburan bintang dan cahaya bulan di tatap lama.
Sesekali dia memandang kolam renang yang berhadapan dengan beranda biliknya. Pantulan cahaya bulan membuatkan air di dalam kolam itu turut bersinar. Cantikk
Fikiranya sentiasa teringatkan kejadian tiga hari lepas di SMK Sentul Utama.
"Korang kenal aku ke sebelum ni? Kenapa bayangan korang ada dalam kepala aku tadi dengan dua orang lelaki dan tiga perempuan. Muka korang dalam tu memang tak jelas tapi aku kenal korang. Yang lain² tu aku tak kenal. Boleh tak korang jujur dengan aku." soal layrah panjang lebar pada arash dan irfan.
Soalan layrah dibiarkan sepi. Arash hanya mendiamkan diri. Dia cukup terkejut dengan soalan layrah. Matanya memandang lama dinding bilik sakit tersebut. Fikiranya jadi kosong tiba-tiba.
Irfan juga kaget dengan soalan layrah. Dia memandang layrah dan arash silih berganti. Laurah yang duduk disebelah layrah juga diam.
"Aku tanya korang ni! Kenapa korang diam? Jawablahh!" Suara layrah naik tinggi seoktaf.
Irfan tersentak. Terkejut melihat sisi lain dari layrah. Disebalik seorang gadis yang nampak pendiam terlindung sikapnya yang tegas.
"Layrah, aku rasa kau tak.."
Layrah mengangkat tangan menunjukkan telapak tangannya pada laurah tanda suruh diam. Mata masih tidak beralih pada dua lelaki yang berada di depan mereka.
"Ss..saya..saya tak tau nak jawab macam mana soalan awak layrah. Tapi apa yang saya boleh jawab ialah kami tak kenal awak sebelum ni. Kami hanya kenal hanni, isteri arash." Jawapan dari irfan membuat dua gadis itu pula yang terkejut. Rupanya selama ni arash dah kahwin. Ujar benak hati layrah. Entah kenapa dia agak kecewa dengan penerangan irfan itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/109756003-288-k21408.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
General Fiction#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...