Bab 69

1.7K 88 11
                                        

Seperti yang dijanjikan, petang itu hanna menunggu aishah di cafe tempat yang mereka janjikan.

Jam tangan di kerling. Ada 10 minit lagi sebelum pukul lima. Sudah jadi kebiasaan dia apabila berjanji dengan orang, pasti dia akan datang 15 atau 10 minit awal dari waktu yang di janjikan.

"Hai! Laurah! Awalnya awak sampai." tegur aishah dan terus duduk di kerusi dihadapan hanna.

Hanna tersenyum.

"Takdelah awal sangat. Saya memang dah terbiasa macam ni. On time tu penting." ujar hanna sambil mengetuk- ngetuk jam tangannya dan tersenyum.

Aishah mencebik dalam diam. Meluat dia dengar semua tu. Acah bagus pulak.

"Ha'ah, betul lah tu. Kalau nak berjaya kenalah berdisplin kan?" ujar aishah dengan senyum penuh kepura- puraan.

"Betul tu" kata hanna dengan segaris senyuman. "Ehh, order lah dulu." ujarnya pada aishah lalu memanggil pelayan cafe tersebut.

__________________

Hanni duduk di atas katil sambil bermain- main dengan jarinya. Dia teragak- agak untuk bertanyakan sesuatu pada arash.

Matanya melirik pada suaminya itu yang sedang khusyuk dengan assigment dan komputer riba di sofa sebelah katilnya.

"Hmmm...abang~" panggilnya meleret.

"Ye sayang." jawab arash dan memandang hanni sekilas lalu kembali pada skrin komputer ribanya.

"Hanni nak...nak minta sesuatu boleh?" Cara hanni bercakap membuatkan tumpuan arash teralih pada isterinya. Segala kerjanya di letakkan ketepi dahulu. Lalu dia bangkit dan duduk di sebelah hanni, pinggang isterinya di rangkul.

Dia tahu, hanni kini berada dalam mood manja. Jadi setiap apa yang diingini harus di tunaikan. Pn Sri Zalmah pernah mengingatinya, bahawa melayan ibu mengandung ni kenalah banyak bersabar. Apatah lagi dengan keadaan hanni yang memerlukan 100% perhatian daripadanya.

"Nak mintak apa, sayang? Nanti abang pergi belikan." Ujarnya lembut di sebelah telinga hanni.

"Hanni bukan nak minta barang. Tapi...." Hanni teragak- agak untuk menyuarakan niat hatinya. Tapi dia dah tak sanggup nak tanggung rindu dan rasa bersalahnya pada seseorang.

"Tapi...?" Arash setia menanti ayat yang akan keluar dari mulut isterinya.

"Tapi, hanni sebenarnya nak...nak jumpa mum..mummy. Bolehkan, abang?" Hanni memandang suaminya dengan wajah simpati.

Arash terkedu, dia terdiam seketika. Mencerna permintaan yang keluar dari mulut isterinya.

Hanni perasan dengan riaksi suaminya yang seakan tidak setuju. Diamnya arash membuat kan dia rasa gelisah, serba- salah kerana menyusahkan suaminya sekali lagi. Padahal dulu dia sendiri yang minta arash bawa dia lari dari keluarga angkatnya itu. Tapi sekarang ni dia minta nak jumpa semula pula. Dia mengeluh kecil.

"Abang, tak apalah. Hanni tak nak paksa abang untuk tunaikan permintaan hanni yang mengarut macam ni. Mana mungkin hanni akan dapat berjumpa balik dengan mummy dan keluarga dekat sana. Sedangkan hanni dah ada keluarga sebenar hanni dekat sini. Kalau jumpa pun, mesti daddy dengan abang asyraff takkan benarkan hanni balik dekat abang. Jadi abang lupakan sahaja lah permintaan bodoh hanni tu." Ujar hanni dengan senyuman hambar.

Arash pula yang berasa serba salah. Tak seharusnya dia memisahkan hanni daripada keluarga angkatnya itu. Tak adil apabila dia pisahkan hanni dari keluarga yang telah menyelamatkannya daripada maut dan keluarga itu jugalah yang telah menjaga adik kembarnya, hanna dari bayi hinggalah sekarang.

Bukan Couple Tapi MarriedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang