Bab 59

1.8K 97 12
                                    

Layrah memandang sekeliling banglo tersebut. Dia tersenyum nipis. Dia kenal dengan banglo ini.

Begitu juga arash. "Kita dah sampai. Jom kita masuk." Ajak arash sebelum keluar dari perut kereta.

Layrah juga turut keluar. Arash membuka pimtu belakang kereta dan mencapai dua beg galas. Setelah itu, mereka berdua melangkah masuk ke dalam banglo tersebut.

Suasana yang gelap bertukar terang apabila arash menaikkan soket utama elektrik.

"Sayang...buat sementara waktu kita tinggal dekat sini ye?" Soal arash lembut.

Layrah mengangguk. Perabot- perabot yang di tutup dengan kain putih itu di pandang. "Abang, hanni rasa kena kemas sikit lah rumah ni." Ujar layrah .

"Mmmm..tulah. Abang fikir pun macam tu." Arash terangguk- angguk.

"Tapi sayang, esok jelah kita kemas. Kita panggil Kak Ani. Minta tolong kemas- kemas sekali." Arash memaut bahu layrah.

Layrah tersenyum dan mengangguk. Mereka berdua terus mendaki tangga menuju ke bilik utama.

Sampai saja di bilik layrah terus melabuhkan punggungnya di atas tilam.

Bilik itu kelihatan bersih. Pasti kak ani yang telah membersihkan bilik itu.

Arash meletakkan dua buah beg galas di sisi katil dan duduk disebelah layrah.

"Selamat datang sayang. Ke rumah keluarga abang yang dah lama tertinggal ni." Kata arash lembut pada layrah. Matanya memandang tepat pada anak mata isterinya itu.

Suasan yang agak malap waktu itu menimbulkan suasana yang agak romantik.

Layrah tergelak kecil. Dia terus memeluk tubuh arash. "Hanni tak kisah dekat mana pun hanni akan tinggal atau tidur. Yang penting hanni tak nak jauh dari abang. Hanni terseksa kalau jauh dari abang. Hanni sayang abang sangat- sangat." Ucap layrah sepenuh hati.

Telinga yang terlekap di dada arash, dapat dengar dengan jelas degub jantung suaminya.

Arash tersenyum lebar saat dengar pengakuan layrah. Pelukan layrah dibalas erat olehnya.

Sesaat, dia teringat sesuatu. Pelukan terus di leraikan. Layrah memandang pelik wajah suaminya.

"Kenapa?"

"Hanni tunggu sini sekejap."

Arash terus bangkit keluar dari bilik. Tak sampai seminit dia kembali dengan kotak first aid di tangan.

Lalu dia duduk di lantai betul- betul depan layrah. Kotak first aid tadi dibuka. Tangan kiri layrah di capai. Sapu tangan yang membaluti tangan layrah di buka perlahan.

Kelihatan darah sudah berhenti mengalir. Kulit tangan yang terkena darah arash bersihkan terlebih dahulu. Kemudia dia menyapu antiseptik dan menutup bekas suntikan jarum tadi dengan plaster.

Layrah terkaku. Matanya tepat memandang wajah sang suami yang sedang ligat membersihkan lukanya. Dada rasa sebak tiba- tiba. Air mata mengalir laju di pipi. Dia teresak kecil.

Arash tersentak saat terdengar suara esakkan isterinya. Dia mendongak. Terkejut. Lantas dia mengemas semua barang yang telah di gunakan tadi dan simpan di bwah katil. Lalu dia duduk semula di sebelah isterinya.

"Sayang kenapa ni? Kenapa sayang nangis?" Air mata layrah diseka dengan jarinya. Kemudian pipi isterinya otu di usap lembut.

Layrah terus menyembamkan wajahnya ke dada arash. Arash hanya membiarkan sahaja. Soalannya di biar sepi oleh layrah.

Esakkan layrah sudah hilang. Dia jadi panik. Terus pelukan di lepaskan. Wajah si isteri dipandang cemas.

"Sayang...sayang okey tak ni?" Soal arash. Sangkanya layrah pengsan ternyata gadis itu seperti sedang mamai.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now