Bab 62

2.1K 123 15
                                        

Terbeliak mata layrah dengar ajakan arash. Mulutnya melopong. Senyuman panjang terukir di bibirnya.

"Betul ke ni, bang? Kita pergi rumah papa esok? Betul?" soal layrah teruja.   Hingga tak sedar yang dia telah mencengkam kuat lengan arash.

"Sayang..sakit lahh" arash menyeringai.

"Opss sorry, tak sengaja." layrah tersengih. Lengan arash diusap lembut.

"Betul ke esok kita nak pergi rumah papa?" soal layrah lagi.

"Iyee sayang. Esok kita pergi rumah papa. Kita jumpa mama dengan papa." ujar arash lembut. Dia menarik layrah duduk di birai katil.

Perlahan- lahan senyuman layrah bertukar mendung. Berkerut dahi arash.

"Heii..kenapa ni? Tak suka ke, abang bawa sayang jumpa mama dengan papa?" kedua belah pipi isterinya diraih dan di usap lembut.

Layrah tersenyum hambar. Tangan arash yang menyentuh pipinya diusap.

"Siapa yang tak suka jumpa mak ayah dia lepas terpisah lama? Tapi, abang dah fikir habis ke? Hanni cuma risau kalau ade apa2 yang jadi nanti." Arash tersenyum.

"Abang dah fikir masak- masak,
sayang. Abang rasa, dah sampai masanya kita dedahkan semuanya pada mama dan papa. Bila kita sembunyikan semua ni, abang rasa seolah- olah kita menyeksa papa dengan mama. Lebih- lebih lagi mama, abang pernah nampak mama duduk sorang- sorang dekat taman sambil tenung gambar sayang dengan hanna masa baby dulu. Mama menangis, mama peluk gamba tu, mama cium gamba tu. Hati abang jadi sebak bila tengok mama menangis macam tu." Ujar arash penuh rasa. Air matanya rasa hendak mengalir lagi sekali.

Layrah yang mendengar pun turut sebak. Maknanya bukan dia sahaja yang menanggung rindu. Ternyata mamanya juga terseksa kerana merindukannya. Air mata turun tanpa di pinta.

"Jadi, abang fikir. Abang nak tamatkan semua ni. Abang nak bawa sayang jumpa mama dengan papa. Abang nak buang semua kisah duka mereka, abang nak cuba mengukir senyuman mama dengan papa balik." Hujung ucapannya arash tersenyum.

"So, sayang nak ikut abang pergi rumah papa tak esok?" Layrah mengangguk laju. Makin lebar senyumannya.

"Apa yang abang pikir baik, hanni ikutkan je. Sebab hanni yakin drngan semua keputusan abang adalah untuk kebaikan kita semua." Lantas layrah memeluk lengan suaminya. Kepala dilentokkan pada bahu arash.

'Tunggu hanni mama, tunggu hanni papa. Esok kita akan berjumpa.'

_________________

"Muni banyaknya kau beli barang. Kita ada tetamu ke malam nanti?" Soal puan zalmah sambil mendorong troli yang penuh dengan barang dapur.

Puan zalmah dan puan munirah berjalan beriringan menuju ke arah tempat parking kereta. Pemandu mereka sudah menunggu di sana.

Puan zalmah hairam melihat sahabatnya itu tersenyum- senyum penuh makna.

"Memang kita ada tetamu pun malam ni. Tetamu istimewa." Puan munirah sengaja berteka- teki.

"Tetamu istimewa? Siapa yang istimewa sangat tu?" Berkerut dahi puan zalmah.

"Adalahh....yang penting meraka ni istimewa untuk kita semua, terutamanya kau dengan zabir." Makin hairan puan zalmah dengan sahabatnya itu.

Sampai sahaja di kereta. Hussien, pemandu mereka memindahkan semua barang yang ada dalam troli ke dalam bonet kereta. Setelah itu troli di kembalikanya ketempat asal.

Puan Munirah dan Puan Zalmah sudah meneroboskan diri kedalam perut kereta.

Apabila hussien telah kembali, dia terus pemandu kereta keluar dari super market giant itu.

Bukan Couple Tapi MarriedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang