Bab 3

4.2K 151 1
                                    

Toyota Camry milik keluarga Tuan Zabir berhenti diperkarangan sebuah rumah banglo dua tingkat yang tersegam indah. Walaupun memeliki harta yang banyak tapi Tuan Zabir masih lagi tidak memiliki apa² pangkat setakat ini atau gelaran setakat ini.  

Pak Saman keluar dari bahagian pemandu kereta itu lalu dia mengeluarkan beg yang terletak didalam bonet kereta. Pintu kerata dibahagian penumpang belakang dibuka dari dalam oleh Hanni sendiri. Tak sabar rasanya ingin menginap di kamar sendiri setelah seminggu terlantar dihospital.

Langkah diperpanjang kan menuju ke pintu utama rumah. Saat Hanni ingin membuka pintu tiba² pintu terbuka dari dalam. Wajah Mak Mah muncul disebalik pintu itu. Wajah Hanni yang tampak lemah itu ditatap dengan penuh sayu. Kolam mata Mak Mah mula bergenang. Tubuh kurus milik Hanni dipeluknya dengan erat. Jelas dipendengarannya esak tangis Mak Mah.

Pelukan di longgarkan oleh Hanni "Mak Mah tak perlu menangis sampai macam ni..Hanni kan kuat..Hanni tak nak tengok orang sekeliling Hanni menangis sebab Hanni..Hanni cuma perlukan sokongan je dari semua ornag termasuk Mak Mah..Jadi Mak Mah jangan risau ye." Kata Hanni

Mak Mah mengangguk "Mak Mah tahu Hanni kuat dan Mak Mah percaya satu hari nanti Hanni pasti akan sembuh" luahan rasa Mak Mah.
Hanni turut mengangguk. "Sudah lah Hanni mari kita masuk..Hanni pasti penat kan..nanti Mak Mah masakkan bubur special untuk Hanni." Kata Mak Mah meleret pada ayat yang terakhir sambil mengangkat ibu jari nya. Hanni tergelak melihat telatah Mak Mah.

Keluarga Tuan Zabir tidak pernah melayan pekerja dirumahnya seperti orang bawahan malah mereka melayan pekerjanya seperti keluarga sendiri.

Hanni meneruskan langkahnya masuk kedalam rumah. Kaki diatur kearah sofa yang terletak diruang tamu banglo tersebut. Hanni melabuh kan tubuhnya diatas sofa dengan perlahan lahan. "Hanni kenapa duduk dekat sini..sepatutnya hanni kena rehat kat bilik." Kata Puan Zalmah.
"Ma..hanni nak rehat kat sini boleh..hanni malas nak duduk sorang² dalam bilik..kalau duduk sini kan boleh borak dengan semua orang." Balas Hanni

"Yelahh..mama teman kan hanni yee."
Kata Puan Zalmah. Hanni hanya mengangguk. "Assalamualaikum" kedengaran suara orang memberi salam dari arah pintu rumah. Hanni dan Puan Zalmah menoleh kearah pintu rumah. Terukir senyuman dibibir Hanni saat terlihat teman karibnya.

Arash meliht kelibat Hanni yang berada di ruang tamu bersama Puan Zalmah. Lalu langkah diatur menuju kearah yang sama. Salam Arash dijawab perlahan oleh Hanni. "Arash dari mana ni berpeluh semacam je" soal Puan Zalmah saat terlihat peluh yang mengalir didahi Arash.
"Arash dari kedai tadi, ibu suruh beli barang dapur..lepas hantar barang kerumah Arash terus datang sini." Jawab Arash.

"Ouh..kalau macam tu takpe lah kamu duduk sini teman hanni, mama nak kebelakang." Kata Puan Zalmah.

"Okey ma.." Jawab mereka serentak.
Terhambur tawa mereka berdua.

"Amboi ape yang lucu sangat tu Arash , Hanni? sampai keluar papa dengar kamu ketawa?" Soal Tuan Zabir.

"Takde pape pon pa..Arash ni buat lawak bodoh pulak" kata Hanni.

Arash memandang hanni dengan pandangan tak puas hati. Hanni hanya tersengih pada Arash.

"Ouh..takpe lahh..papa nk kebelakang sekejap..Arash kamu jaga Hanni yee." Arah Tuan Zabir.

"Tanpa papa suruh pon Arash akan jaga Hanni seumur hidup Arash" Kata Arash.

Terkedu Hanni mendengar kata² Arash. Begitu juga dengan dengan Tuan Zabir. Tuan Zabir meneruskan langkahnya untuk kebelakang rumah. Pandangan Hanni pada Arash masih lagi belum beralih. Arash juga begitu. Jantung Hanni berdegup dengan pantas apabila anak mata Arash menerobos masuk kedalam anak matanya.

"Ehemm..." Arash berdeham membuatkan mereka tersedar dari kehanyutan.

"Kau ni suka sangat buat aku terkejut lah rash..agak² lah klau nak buat lawak pon." Kata hanni sambil menahan rasa.

"Aku tak buat lawak hanni..aku maksud kan kata² aku tadi yang aku akan jaga kau seumur hidup aku..sebab aku sayang kan kau." Kata Arash membuatkan kolam mata Hanni bergenang. Air matanya ditahan daripada gugur.

"Aku sayangkan kau dari dulu lagi hanni..aku tak tau sejak bila? tapi yang aku tahu aku memang dah lama sayang kan kau." Air mata Hanni terus gugur ke pipi. Hanni tidak dapat lagi menahan rasa sebaknya.

Arash menyapu air mata Hanni dengan jarinya. "Shh..aku tak nak tengok kau nangis..aku nak tengok kau jadi brutal macam dulu balik..jadi kau kene kuat tahan penyakit ni yea." Kata²nya membuat tangisan Hanni makin lebat.

"Aku sayang kau juga " hanya itu sahaja yang mampu Hanni ucapkan .

Tanpa mereka sedar perbualan mereka didengari oleh Tuan Zabir yang berdiri tidak jauh dari situ.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now