Sakit

537 49 14
                                    

Tahun 2016 adalah tahun yang menyakitkan bagi ku. Masuk ke universiti yang jauh dari negeriku dan belajar jurusan yang tak pernah aku idamkan.

Nama ku Qalisha. Budak tahun satu dalam ijazah sains. Umurku tahun ini 21 tahun. Aku tahu aku boleh bawa jurusan ini tapi environment universiti membuatkan aku jadi sangat tertekan.

Semester ini aku perlu mengikuti satu rombongan untuk projek 'Science and Biodiversity' di Australia. Untungnya semua di tanggung oleh pihak universiti. Aku nak makan pun duit tak cukup. Inikan pula nak bayar semua kos datang ke sini.

Sebenarnya, hidup aku berubah 360 darjah setelah aku belajar di Uitm Jasin. Mungkin ramai yang telah ayau bakal mengalami nasib yang sama seperti ku. Jujurnya aku rindu sekolah menengah ku. Di sekolah, ada kawan-kawan yang selalu senyum dan bergurau senda dengan aku. Bila habis kelas pula ada keluarga menanti.

Tapi di sini, aku tiada sesiapa pun. Seorang perantau di Negeri Melaka. Aku homesick. Baru-baru ini aku dianiaya. Laptop dan telefonku dicuri. Menangis aku di kamar mandi. Air mata mudah saja tumpah sekarang ni. Lebih-lebih lagi bila aku teringat betapa teruknya kesepian yang aku rasakan.

Lebih parah lagi, masalah ini buat aku tidak dapat fokus setiap kali eksperimen di lab dijalankan. Ketua kumpulan aku yang merangkap kawan baru aku mula salah faham. Satu kumpulan dengan ahli seramai lima orang mula marah-marah pada aku. Paling sakit, ketua kumpulan aku telah memarahi aku di hadapan kawan-kawan yang lain. Dia menggunakan kata-kata yang cukup kesat.

Aku rasa terhina dan mula menjarakkan diri. Tanpa sedar, aku menjadi asing bagi semua rakan sekelasku. Aku mula dianggap anti sosial. Aku berasa dipencilkan.

Aku datang ke sini pun, tiada yang sudi ambil aku sebagai ahli kumpulan. Mereka ambil aku pun hanya kerana aku pakar dalam membuat laporan sahaja. Hanya kerana itu.

Akibat ujian yang bertimpa-timpa, dan kesepian yang melanda, aku disahkan oleh doktor mengalami kemurungan. Sayangnya aku kurang percaya ubat boleh menyembuhkan penyakit ini, jadi aku tidak meneruskan rawatan ku walaupun setelah disahkan sakit.

Petang itu, aku keluar bersendirian. Berdiri di tepi jambatan. Air laut membiru aku tatap lama. Perlahan-lahan air mataku menitis. Ya Allah. Sakit. Sakit sangat. Aku rindu aku yang dulu. Yang selalu gelak..

(Episod ni takde Suga lagi, scroll bawah, baru ada. Tapi apa yang penulis gambarkan berlaku kt Qalesha adalah berdasarkn kisah hidup penulis sendiri. Dah tukar universiti dah. Alhamdulillah terasa dapat nafas baru.. Pepun, be strong for org2 yg depression. Allah sentiasa d sisi mu syg..)

When I met SugaWhere stories live. Discover now