Hari ini hampir seharian aku terpaksa mengikuti program di dewan universiti. Balik sahaja dari program aku terus masuk ke dalam bilik dan menghempaskan diri ke atas katil. Terasa empuk sungguh tilam hostel ini.
Alhamdulillah. Nikmat sungguh dapat berehat selepas lama 'terseksa' di public. Aku kurang gemar lama-lama di luar. Bagiku bilik is like a heaven.
"Mesej adik dululah. Dia ni fanatik sungguh kalau bab-bab negeri Jepun atau Korea. Mesti dia tak sabar nak dengar aku cerita pasal orang Jepun."
Baru sahaja aku buka data, masuk pula satu notification daripada Youtube.
"Alahai Alisha ni. Rajin sangat dia update video kat channel Youtube dia akhir-akhir ni."
Alisha dialah satu-satunya rakan yang paling aku percaya dalam dunia ni. Selalu memberi aku semangat saat jatuh bangun aku. Memiliki dia membuat aku sedar persahabatan itu sungguh indah.
Sayangnya kami terpaksa berpisah hanya kerana berbeza universiti. Padahal, kalau dia ada di sini aku pasti tidak sesakit ini.Tapi apa yang mengganggu fokus ku ialah tajuk video yang baru di muat naik olehnya.
"So Far Away Suga x Suran mv with eng Translation"
Aku buka dan hayati. Satu persatu liriknya ku baca.
"Awak buat apa tu Qalesha?". Tegur Akiko, roomate ku. Dia baru sahaja kembali dari kafetaria.
Aku bingkas membalikkan tubuhku menghadap dinding bilik. Ada air jernih yang baru sahaja tumpah dan membasahi pipi kiriku.
"Takde apa awak. Saya nak lelap kejap".
Aku tidak mahu Akiko melihat aku yang baru sahaja menitiskan air mata. Kenapa mata ku tiba-tiba buat hal.
Entah kenapa lirik di bahagian rap yang dinyanyikan Suga seolah-olah sempurna untuk mengungkapkan kesakitan yang aku rasai saat ini.
So Far Away (Bahagian Suga sahaja)
Rangkap 1:
It sucks when you don't have anything you want to do (You don't have)
I know it's pathetic to not have something as common as a dream, I know
"You said to do as I'm told, that it would all be fine when I go to university"
I'm the asshole for believing those words
I live because I can't dieRangkap 2:
Give me some drinks (Give me some drinks)
I want to get drunk today
Please don't stop me
Anything will be fine, (Anything will be fine) alcohol is a luxury for a bitch
I can't stand being sober (Ay)
Everyone else is running, why am I the only one here (Ay)
Everyone else is running, why am I the only one here (Ay)
Everyone else is running, why am I the only one hereRangkap 3:
Yeah, fuck, I live because I can't die (Live)
Nothing is more miserable and lonely than not having something you want to do (Something)
The only thing everyone around me says
Is to come to my senses
I try to vent out my anger but the only one here with me is me
So what’s the point of venting?
Every morning, it's terrifying to open my eyes,(It's terrifying) to breathRangkap 4:
My friends, even my family are getting further away (Ay)
As time goes by, I'm becoming more impatient (Ay)
The feeling of being on my own
I am on my own right now, I want everything to disappear
I want it to disappear like a mirage
Want it to disappear
I want my damn self to disappear
Like this, the world throws me away (Ay)
In that moment I'm getting farther away from the sky
I’m falling (I’m falling)Daripada lirik rap tersebut. Satu hal yang mengganggu fikiran aku saat ini. Apakah dia masih lagi kesakitan. Kesakitan yang hanya orang yang pernah melaluinya sahaja yang mengerti. Satu hal yang orang lain tidak tahu. Depression, sekali ia menjenguk hidup kita, selamanya ia akan menjadi parasit yang membunuh kita dengan rasa kebencian terhadap diri sendiri dan kesunyian yang amat. Kesunyian yang takkan terubat walaupun hadirnya orang yang disayangi di dekatnya.
Rasa ingin tahu yang mendalam tentang lirik lagu tersebut dan kaitannya dengan keadaan Suga menjadikan aku berani menghantar mesej padanya. Aku tidak faham sama ada aku mengambil berat akan keadaannya ataupun hanya sebatas rasa kasihan kerana nasib kami serupa.
Memang perhubungan ini mungkin agak membosankan. Hanya sekadar komunikasi melalui mesej tanpa keluar dan bermanja dengan satu sama lain.
Bagiku hal seperti itu hanya wujud di alam fanfiction. Aku hidup di alam realiti. Satu hakikat yang perlu aku sedari ialah aku adalah watak utama dalam dunia nyata.
Setelah berfikir masak-masak akhirnya aku beranikan diri menghantar mesej padanya.
Q: Anyeonghaseyo Yoongi Oppa. Lagu So Far Away liriknya awak ke yang buat?
S: Kenapa ni tiba-tiba je tanya. Memang aku yang buat.
Q: Oh..saje je.
S: Aku sibuk ni. Baik kau tanya cepat. Kau kalau takde hal penting tak mungkin kau mesej aku malam-malam.
Q: Bukan apa. Cuma kagum sebab mahir buat lirik sendiri. Yoongi Oppa selalu kerja 24 jam ke? Kerja sebab Yoongi Oppa nak capai impian Yoongi Oppa atau sebagai ubat untuk kurangkan kesakitan yoongi Oppa.
Sebenarnya aku agak bimbang kalau pertanyaan aku mengguris hati Suga. Tapi aku benar-benar ingin tahu.
Lama aku tunggu. Dia tak balas. Allah, rasa bersalah pula aku kat dia.
Beberapa minit kemudian, dia balas mesej aku.
S: Dua-Dua. Tapi entahlah. Satu saat tu aku rasa kosong walaupun aku dah capai apa aku nak. Kadang-kadang aku pun tak faham dengan perasaan aku sendiri. Rasanya aku tak perlu jelaskan pada kau. Sebab aku tahu kau pun terpaksa hadap benda tak guna ni kan?.
Q: Ya saya faham. Sakit kan. Walaupun ada orang di sekeliling kita, tapi tetap rasa macam kita takde siapa-siapa dalam dunia. Saya tak pasti berapa lama saya boleh bertahan, tapi takdir tuhan bersebab. Tak mungkin saya berburuk sangka padaNya.
S: Aku tak sangka akan jumpa dengan orang yang alami benda yang sama. Sungguh, selama ni orang suruh aku berubah, jangan ikutkan sangat kepala otak aku ni. Tapi kau, kau lain... Kenapa kita tak jadi kawan baik je? Maksud aku, kawan yang sebenar.
Hatiku terasa berdegup laju bila membaca mesejnya itu. Kawan? Apa dia serius?
Q: Awak nak saya jadi kawan awak?
S: Ya. Macam mana? Tapi kalau kau tak nak pun, kau yang rugi.
Q: InsyaAllah.
Ringkas tapi bermakna.
S: Apa tu? Aku tak faham lah.. Kau ejek aku ke apa?
Q: 🙄
S: Ehh budak ni, dia hantar emoticon pula. Untung jauh, kalau tak dah lama mendapat. Semalam sorang dah arwah kena kiss dengan aku.
Q: Bye.
S:Erm Qalesha, aku betul-betul maksudkannya.
Ayat terakhirnya meninggalkan sesuatu kesan yang berbeza pada hati aku.
Ya Allah, hampir setiap hari tak pernah sekali pun aku berhenti berdoa agar Allah hantarkan seorang hamba Mu untuk menghargaiku sebagai seorang rakan. Sejak berada di universiti, aku dipulaukan tanpa sempat aku memberi kasih sayang kepada seorang sahabat. Tidak pernah sekalipun air mata ini tidak tumpah kerana sakitnya hidup kesepian.
Tapi hari ini, lelaki itu Ya Allah. .. Adakah jawapan kepada doaku. Diakah hamba yang dihadiahkan untuk menjawab doaku?
(kdg sy terfikir jg, sy rsa Suga belum sembuh sepenuhnya. Ada masa2 yg dia akn down teruk. Kmi alami bnda yg sma sje. Umo 18 jg wktu sy alami depression. Sma mcm dia,skrg hdup kmi dh smkin mmbaik. Tp stu je, sy trpksa alami trauma kesakitn msa lalu smpai kini. Jd Sy psti dia jg sma.Doakn kami dan smua psakit depression diberi kkuatan ya 😊.)
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...