lagi

195 27 19
                                    

Aku terus memandu laju meninggalkan kawasan pantai. Air mata yang ditahan sejak tadi mula melimpah membasahi pipi sendiri. Suasana senja di tambah bacaan yasin dari radio kereta ku menambahkan lagi rasa sepi dan pedih yang ditanggung.

Kring.. Kring..

"Helo."

"Dik, tak nak balik lagi ke? Dah nak masuk maghrib ni."

"Orang balik lepas maghrib kaklong. Orang singgah masjid kejap."

"Qalisha, Qalisha nangis ke?"

"Haha. Mana ada la kaklong." Aku buat-buat gelak tapi sumpah, mengalir air mata bila kaklong tanya macam tu.

"Qalisha, ada sesuatu ke yang berlaku? Suga mana?"

"Dia nak balik lambat jadi dia suruh Qalisha balik dulu. Pandai-pandailah dia. Dia dah besar." Aku cuba berhenti menangis tapi tetap gagal. Aku teringin sangat mengadu dekat kaklong sebab aku tak kuat tanggung sendiri.

"Tapi kenapa suara Qal--"

"Biasalah kaklong. Suga belanja makanan pedas tadi hehe sampai berair hidung Qalisha. Pedas sungguh haish." Sekali lagi aku terpaksa berpura-pura.

"Haih, dah tahu diri tu tak boleh tahan pedas, makan juga! Hish. Hati-hati. Lepas tu balik solat isyak kat rumah ya? Bahaya pulang lambat kalau ada Suga teman tak apalah."

"Ok, kaklong, Qalisha off dulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Aku berhenti diseberang jalan dan menyembamkan wajah pada stereng kereta. Mustahil aku boleh memandu bila pandangan mata mula kabur kerana dipenuhi air mata.

Sambil menangis, aku memegang selendang kelabu pemberian Suga. Aku merasa benci pada diri aku sendiri sebab aku terlalu pengecut. Aku sukakan dia tapi aku takut dan lebih memenangkan ketakutan aku berbanding apa yang hati aku mahukan.

Aku memandang ke luar. Hari sudah kelihatan semakin gelap. Hati aku mula tidak tenteram. Aku masih bimbangkan Suga. Dia sendirian dekat sana. Tak ada siapa temankan dia dan jaga dia sekarang.

Macam mana kalau ada orang apa-apakan dia?

Macam mana kalau tak ada kereta yang sanggup tumpangkan dia?

Macam mana kalau hari tiba-tiba hujan?

Kesian dia, kesian Min Suga. Memikirkan hati dia patah kerana ketakutan aku, ini sungguh tidak adil buat dirinya. Hidup dia sudah banyak menderita, kenapa mesti aku juga menjadi antara hal-hal yang menyakitkan dalam hidup dia? Kenapa aku menjadi salah satu asbab dia membenci takdir hidupnya.

Dari kecil, dia selalu tidak bernasib baik dalam perhubungan. Disakitkan oleh keluarga sendiri. Kekurangan kawan semasa di alam remaja. Ditinggalkan cinta pertamanya pada saat dia masih menghargai hubungannya itu, dibenci masyarakat walaupun setelah bergelar artis sehingga satu tahap dia rasa benci pada makhluk yang bergelar manusia.

Tapi, bukan hidup dia sahaja menderita. Hidup aku juga sama. Kenapa? Kenapa hidup aku jadi susah macam ni? Dulu aku tak berhak ada kawan. Sekarang kenapa aku juga tak berhak ada seseorang yang mencintai aku?

Mungkin betullah. Kenapa aku bodoh sangat! Kenapa aku tak sedar-sedar lagi. Memang dah takdir hidup aku jadi loner. Aku tak patut ada sesiapa dalam hidup aku. Aku tak layak. Tak apalah. Aku dah terbiasa hidup sendirian. Aku memang menyedihkan pun.

Bunyi azan berkumandang membuatkan aku segera meneruskan pemanduan. Aku sudah tidak peduli lagi. Aku betul-betul tak kuat. Aku terasa nak putus asa. Aku benci hidup aku. Mungkin setelah solat aku patut minta pada tuhan jangan hantarkan sesiapa pada aku. Sebab pada akhirnya semuanya akan pergi sama ada aku halang mereka atau tak.

When I met SugaWhere stories live. Discover now