Kring.. Kring..
Selesai aku menunaikan solat Isyak, telefon bimbit ku berbunyi. Aku segera mencapai telefon yang berada betul-betul di sebelah bingkai gambar.
"Helo, siapa ni?"
"Qalisha, ah nasib baik kau tak tukar lagi nombor telefon. Ni aku, oppa kau."
Terkejut aku bila terdengar suara Suga di hujung panggilan. Buat apa dia hubungi aku lagi? Dah lama sangat aku tak dengar suara dia menerusi panggilan telefon.
"Suga oppa ke? Betul ke ni?"
"Kenapa? Ada bunyi macam Jin oppa?"
"Tak lawak, ok? Oppa simpan lagi nombor saya?"
"Bukan simpan tapi aku malas nak padam mana-mana nombor yang aku dah simpan. Beratus kot. Malas nak cari. Kau dah padam ke nombor aku?"
"Dah. Dari dulu lagi."
"Jujurnya. Tak jaga pun hati aku."
Aku ingatkan nombor telefon aku dah selamat dipadam tapi rupanya ada lagi dalam telefon dia.
Aku pula satu. Kata nak mengelak dari Suga tapi masih lagi sibuk nak layan dia bercakap. Patutnya aku tekan butang off je.
"Ada apa oppa hubungi saya?"
"Tolong aku weh. Dompet aku tercicir. Dah la duit semua kat dalam tu. Ic aku, kunci hotel semua hilang. Aku sekarang tengah kat restoran. Tak ada duit langsung nak bayar makanan."
"Ya Allah, hilang ke? Dekat mana hilang tu?"
"Dekat lobi, eh kalau aku tahu hilang kat mana tak adanya aku nak sibukkan diri minta tolong kau. Baik aku cari sendiri."
Benci betullah sembang dengan dia. Serius sangat. Tak boleh ke cakap lemah lembut dengan orang. Kenapalah telefon dia tak hilang sekali.
"Baiklah, oppa mesej alamat sekali dengan location. Tunggu situ. Kejap lagi saya sampai."
"Ok Army ku sayangg..."
"Ada-ada je lah."
Aku segera menyalin pakaian. Awalnya aku nak guna masa ni untuk semak buku pelajar tapi ada pula yang jadi pengacau. Baju kurung warna biru ku sarung ke badan ku.
Aku terpaksa cari grab car di saat-saat akhir. Nasib baik ada. Kalau ada kaklong boleh minta dia hantarkan tapi nak buat macam mana, dia shift malam.
"Pak cik, boleh tak kalau nak minta tunggu kejap sebab saya nak pergi ambil kawan lepas tu nak minta pak cik hantar balik sekali?" Tanya ku kepada pak cik pemilik grab car itu.
"Maaf dik, pak cik ada kena ambil orang lain lagi ni."
"Oh ya ke, tak apa lah."
"kat kawasan ni ada teksi rasanya." Kata pak cik itu sebelum meninggalkan aku di tempat yang dinyatakan oleh Suga.
Aku melangkah masuk ke restoran dua tingkat. Restoran ini bukan restoran biasa. Ia sangat mewah dan rasanya bukan restoran makanan halal.
Aku cuba mencari Suga di tingkat bawah ruangan restoran tapi tiada. Aku cuba pula cari di tingkat atas. Restoran yang besar menyebabkan aku hilang arah. Tambah pula aku rasa janggal kerana di sini hanya aku perempuan yang bertudung dan berbaju kurung.
"Qalisha!"
"Oppa, ya Allah kat situ rupanya." Aku berasa lega melihat Suga yang sedang duduk di satu kawasan paling tersorot di ruangan tersebut. Dia mengenakan mask putih, T-shirt putih berlengan pendek dan seluar slack berwarna coklat.
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...