Maaf

153 13 0
                                    

"Qalisha, oh Qalisha."

"Eh, Liyana. Maaf tak perasan. Terima kasih sebab belikan saya ais krim." Ais krim Cornetto perisa Coklat aku ambil dari tangan Liyana.

Petang ini aku menemani Liyana bersiar-siar di sebuah taman rekreasi. Awalnya tadi Joey salah seorang kenalan Amerika kami ada bersama tapi dia perlu beredar lebih awal kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Kini hanya tinggal kami berdua. Selepas penat berjoging kami berehat sebentar sambil menikmati ais krim.

"Maaf kalau Liyana menyibuk tapi Yana perasan dari semalam lagi Qalisha nampak muram. Qalisha ada masalah ke? Lelaki semalam ke penyebabnya?" Liyana sekadar menduga.

''Eh taklah. Saja. Bila ada kat negara orang ni, saya rasa rindu sangat kat mak saya."

Aku bukannya hendak berdalih. Sebetulnya itulah yang aku rasakan. Terlalu rindukan ibu ku. Setiap kali aku tertekan, ibulah yang akan selalu memberi ku semangat. Aku selalu percaya, walau satu dunia meninggalkan kita,hanya ibu yang akan selalu kekal bersama kita.

"Tak apa, Yana pun rindu mama Yana. Paling Yana rindu maggi kari dua minit."

Aku tergelak mendengar lawak Liyana. Dekat sini memang tak kan adalah maggi Malaysia. Beras pun susah nak dapat. Makanan orang barat sememangnya kurang memenuhi cita rasa tekak orang Melayu macam kami.

"Jom sambung joging."

"Tak larat lah. Kalau saya tak join boleh?"

"Okeylah tapi jangan balik sorang-sorang. Jangan tinggalkan Yana, ya?. Qalisha, tunggu sini tau. Yana, jogging dulu, bye."

Setelah Liyana hilang dari pandangan, aku mencari kawasan yang agak teduh untuk berehat. Sebuah bangku di bawah pohon menjadi pilihan ku. Di hadapan ku terlihat sepasang kekasih sedang bertengkar. Aku mengeluh sendirian lalu memandang ke arah lain. Aku jadi teringat pergaduhan kami semalam.

"Tak patut aku marah Yoongi sampai macam tu. Aku siap cakap aku meluat dengan dia. Mesti dia bengang gila dengan aku. Patut ke aku minta maaf dengan dia?"

Kadang aku tak faham, kenapa aku yang perlu rasa bersalah. Kalau diikutkan Suga dulu yang tiba-tiba datang dan marah aku. Pening aku dibuatnya.

"Kenapalah aku terikut sangat dengan perasaan marah? Tengok, aku juga yang susah. Dah lah nak minta maaf tu bukan benda senang."

Aku meraup muka sendiri. Orang selalu menghina dan memarahi ku, jadi aku amat faham bagaimana pedihnya apabila orang lain melemparkan kata-kata kesat pada kita. Aku tak patut jadi macam mereka yang sewenang-wenangnya memarahi orang.

"Tak apalah. Daripada dia terus marah baik aku yang minta maaf dulu."

Aku menghantar mesej kepada Suga. Setahu aku Suga sendiri mengatakan dia tidak suka phone call jadi menghantar mesej adalah langkah yang terbaik.

Saya minta maaf. Saya tak sedar semalam. Saya terlanjur cakap.-Qalisha

Selang dua minit, aku lihat dia hanya meninggalkan bluetick tapi mesej ku tidak di balas. Betullah dia marah. Baik aku cuba lagi.

🙏 saya betul-betul rasa bersalah, Yoongi Oppa.

Saya memang teruk. Kalau awak nak meluat dengan saya, saya faham tapi janganlah benci saya.

Yoongi oppa? 😥😢

Betul ke persahabatan dah putus?

Maaf.-Qalisha.

Akhirnya aku berputus asa, sebab kesemua mesej aku hanya dibluetick. Dari jauh aku nampak kelibat Liyana sedang menuju ke arah ku. Mata yang bergenang tadi cuba ku sembunyikan. Sedih bila bergaduh. Dia anggap aku kawan tapi aku pula yang sakitkan dia.

Skip

Tepat jam 9 malam, kami dan pelajar antarabangsa yang lain perlu menghadiri  Dinner ceremony bersama-sama. Malam ini semua kelihatan agak lawa dengan sut dan gaun. Hanya Liyana dan aku saja yang mengenakan jubah tapi tak apalah asal kan bukan aku seorang.

Tut..tut

Satu mesej masuk. Spontan tanganku membukanya.

Banyak betul kau spam mesej dalam inbox aku? Takut hilang aku ke?

Tadi aku ada meeting lepas tu latihan jadi sebab tu aku tak sempat balas.

Bukan swag lah kalau hal macam semalam pun aku boleh nak merajuk, bersedih bagai.

Over lah kau ni Qalisha😂 -Suga

Aku menarik nafas lega. Jujur, aku cakap aku ingat dia marah aku dan tak nak layan aku lagi tapi rupa-rupanya dia sibuk.

Mestilah takut. Bukan apa, saya rasa bersalah sebab cakap perkataan tak sepatutnya dekat awak.

Dah lah saya main tinggal je Oppa kat situ.-Qalisha.

Erm pasal semalam, aku pun rasa macam tak patut aku maki kau. Kau faham-fahamlah sikap aku macam mana kan?-Suga

Dah tau dah. Straight forward dan jenis tegur depan-depan kan?-Qalisha

Lebih kuranglah. Lebih tepat aku ni bad boy.-Suga

Haha.. Saya dengar bts akan perform dekat American Music Award kan? Tahniah. Korang hebat sangat. Mesti Yoongi oppa dan bts sibuk sangat sekarang ni. Jaga kesihatan elok-elok.-Qalisha

Kenapa mesej kau ni macam isteri tengah bagi nasihat kat suami? Suka Min Yoongi ek? Kau kan cakap dulu aku ni kau yang punya-Suga

Janganlah mention lagi pasal yang saya tersalah hantar mesej tu. Kan dah cakap ayat tu ayat gurauan je-Qalisha.

Ok kita buat-buat macam kau tersilap. Btw, doakan sekali kejayaan bts. Kau tau kan susah kami nak dapat peluang besar macam ni.-Suga

Kan, bangga pula saya. Tahniah sekali lagi. Saya akan doakan. Semoga persembahan malam tu, korang boleh buat dengan mantap dan menang anugerah.- Qalisha.

Ok.-Suga

"Qalisha, jom kita join mereka?" Ajak Liyana.

"Kejap ya, lepas saya balas mesej kawan ni saya pergi."

Yoongi oppa, saya kena minta diri dulu, ada urusan. Maaf, bye.-Suga

Qalisha, yang pasal semalam, aku nak pesan. Kalau lelaki tu kau tak kenal, jangan layan. Senyum pun tak payah.-Suga

Kenapa?-Qalisha

Sebab kau tu nampak naif, innocent, lelaki mudah sangat nak ambil kesempatan, nak tipu kau. Dan aku tak suka.-Suga

Terima kasih. Saya akan jaga diri baik-baik. Elok-elok berlatih tau.-Qalisha.

Sekarang aku dapat bertenang dan tersenyum. Begini rupanya perasaan bila kita dah berjaya meluahkan permintaan maaf kita. Lega sangat. Aku tak nak dah cari pasal dengan orang. Serik.

Tapi satu hal yang buat aku bahagia malam ini iaitu cara Suga menasihati aku. Sekurang-kurangnya aku faham cara dia sebab dia bersikap seperti ayah aku. Nampak seperti selalu marahkan aku tapi sebenarnya itulah cara dia menunjukkan rasa kasih sayangnya.

(kali ni saya bagi diaorg brmesej je sbb klau ikutkn suga bts xsuka phone call. Malu ke apa tak tahu lah. Kalau ingat kenangan lma, sy prnh jg, slh taip wassap smpai bff slh fhm. Pnyalh cmas bila dia bluetick n sent psl dia sdih dgn sy, apalagi sy hntr brpuluh wassap kt dia, nk mnta mf. Dh la ustaz tgh ceramah kt dpn.. Nsib xkantoi tgh main handphone. Lpas tu, dia xreply. Tgok2 msa sy balik asrma, dia tgh tnggu sy dpn blik n dia trgelak. kmi pun prgi berdating d taman ptg2 huhu..lega😁😁.)

When I met SugaWhere stories live. Discover now