Kebetulan yang Tak Diduga

226 24 9
                                    

"Kak kita nak ke mana ni?"

"Kita enjoy!!"

Aku terkejut. Enjoy apa malam-malam macam ni. Adakah kak Ida ni budak liar. Aku mula risau dah.

"Okey, jom masuk. Kita dah sampai." Ajak kak Ida.

Aku teragak-agak. Ramainya orang. Pesta ke apa. Macam stadium pun ada.

"Akak, tempat apa ni?"

Dia gelak sebelum jawab.

"Malam ni sebenarnya ada persembahan artis-artis terkenal tau. Yang paling penting penganjur anjurkan konsert ni atas tujuan charity. Ingat program islamik je ke buat amal. Artis Jpop dan Kpop pun buatlah, walaupun bukan Islam. Jangan risau, free of charge!".

Kagum pula aku mendengarnya. Kami pilih port di bahagian belakang. Malas nak berhimpit. Paling penting takde lelaki kat sisi.

Persembahan berlangsung dengan gilang-gemilangnya. Penari rancak berdansa. Artis international pun ramai yang datang menyanyi sambil beramal. Bunyi penonton bersorak kalah bunyi siren kereta polis. Bising tapi tak terasa sangat. Aku tak ambil kisah sangat pun.

"Sejam dah kita kat sini. Cepatnya masa berlalu. Sekarang dah last performance dah. Ala.." Comel je tengok Kak Ida merungut.

Aku pun terasa keseronokan juga sampai aku tak sedar tangan ku lambai ke kiri dan ke kanan. Malam ini terasa sungguh nyaman. Suasana di Jepun memang memberikan aura baru kepada ku. Kesedihan masih terasa tetapi ghaib untuk seketika.

"Last performance for your guys.. We introduce to you, Suran X Suga Bts!!!!!"

Aku terkejut mendengar pengumuman tersebut lantas mendongak.

Suga masuk ditemani seorang artis perempuan yang agak lawa dan seksi. Suga mengenakan baju warna putih dengan baju denim di luar. Kepalanya pula tersarungkan dengan sebuah topi dan seluar kulit yang ketat membuatkan kakinya kelihatan panjang dan cantik.

Aku terpaku. Bagaimana mungkin dia boleh ada di sini juga. Macam mana dia boleh ada di waktu yang sama dengan aku? Kebetulan atau???

"Qalesha, okey ke??"

Tak sedar aku mengelamun lama rupanya. Nasib baiklah kami di belakang sekali. Jadi aku tak perlu risau. Tak mungkin dia nampak aku dalam lautan manusia macam ni. Lagipun aku masih malu nak berhadapan dengan dia. Dah la dianggap bunuh diri, aku pula pergi menangis di depan dia malam tu. Alahai. Aku berpura-pura normal. Melambai seperti tadi.

Di kiri aku ada dua pasangan kembar Amerika yang sedang menari dan menggila. Fanatik sangat dengan Suga agaknya. Disebabkan itu, mereka mencuri tumpuan jurukamera. Lalu jurukamera zoom ke arah mereka. Dengan aku sekali terjebak. Muka aku dan mereka tertayang di skrin besar.

Aku melihat ke arah skrin dan waktu itu kebetulan bukan part rap jadi Suga tak menyanyi dan berpaling serentak dengan ku ke arah skrin. Kami sama-sama terkejut seketika.

Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan dan buat-buat sedang ambil barang terjatuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan dan buat-buat sedang ambil barang terjatuh. Aku terkejut gila. Mujurlah dah sampai bahagian dia, jadi perhatian Suga teralih dan terus rap. Bagai nak putus jantung aku tadi. Allah...tak nak dah jumpa dia. Aku malu.

(Dekat Universiti ada konsert artis Melayu..projektor band, Tajul..tu pun dh seronok gila..yg ni kalau dpt free perghh histeria la jwbnya😂)

When I met SugaWhere stories live. Discover now