dia yang sebenar

209 22 11
                                    

"Kak Ida, kejap kak"

Cepat je dia jalan, maklumlah dia adalah fasilitator untuk program kami. Semestinya dia orang yang paling sibuk.

"Ya, kenape?"

"Pasal motor akak tu.."

"Alah, dah settle dah. Lagipun bukan kita dua yang salah. Pemandu kereta tu yang akan tanggung semua ganti rugi. Jadi Qalisha tak perlu risau. Araso?"

Hemph..sempat lagi speaking korea.

"Qalisha, akak masih tak boleh move on la dengan apa yang jadi semalam."

"Tentang apa?"

"Sugalah!. Ya Allah dahla kacak,popular, kaya, baik giler pula tu" Tinggi betul pujian Kak Ida dekat Suga.

"Amboi kak..mana akak tahu dia baik. Akak rapat dengan dia ke?"

"Mestilah akak tau. Kak Ida ni Army yang paling setia tau tak?. Kalau Qalisha nak tahu Suga tu baik. Dia walaupun dah kaya tapi tak lupa diri."

"Maksud akak apa?"

"Kamu nampak je dia macam tak gentle tapi dia baik sangat. Impian dia tahu apa? Dia nak buat charity banyak-banyak. Suga cakap kalau dia berjaya jadi orang berpengaruh, dia nak buka mata semua untuk membantu golongan yang kelaparan. Dalam dunia ni ramai yang tak cukup makanan, jadi dia nak bantu mereka dengan apa yang dia ada. Kalau tak kenapa dia susahkan diri datang buat konsert charity hari tu"

"Dia cakap macam tu?" Aku rasa macam tak percaya pula dengan apa yang baru aku dengar.


"Eh Qalisha ni, akak tak mereka cerita la. Betullah orang kata, kita takkan faham penderitaan orang lain kalau kita tak pernah ada di tempatnya. Suga dah pernah lalui semua tu, jadi dia tahu sakitnya bila hidup susah."

Kata-kata Kak Ida membuatkan aku terimbas kembali pengalaman aku semasa kehabisan wang dulu.

Aku baru sahaja masuk ke universiti, makanya aku belum menemui kerja part time.

Waktu aku ketiadaan wang sesen pun aku tidak tahu harus cari di mana. Aku tiada kawan untuk meminjam wang. Meminta dengan mak ayah, aku tak sampai hati. Dah beratus duit mereka habis untuk membelikan peralatan sebelum aku sambung belajar.

Hampir dua hari aku menanggung rasa lapar. Aku cuba kuatkan diri tapi aku gagal dan menangis. Waktu itu ada orang membuang bekas polisterina yang bersisa makanan tidak habis ke dalam tong sampah. Aku tiada pilihan selain makanan itu sahaja. Menangis aku sewaktu mengutip makanan tersebut. Aku rasa sayu sekali saat itu.

Mujurlah roomateku menyedari apa yang aku sedang lakukan waktu itu lalu cepat-cepat membantu ku. Dia meminjamkan ku sejumlah wang. Walaupun rasa sungguh malu, aku terpaksa kerana kalau tidak aku akan mati kebuluran.

Tapi sekarang Alhamdulillah, aku sudah mula bekerja separuh masa sebagai pengumpul data untuk borang survey pelajar Phd. Setiap kali aku berjaya mengumpul data atau borang, aku akan dibayar upah. Hasilnya agak lumayan.

Sekarang aku tidak rasa aneh lagi. Sebab aku juga pernah kelaparan dan memahami keperitan situasi tersebut. Suga membuat aku kagum. Kagum dengan dirinya. Diri yang sebenar.

Aku memandang telefon bimbitku. Berharap. Berharap sebentar lagi berbunyi nada dering panggilan yang selalu membuat aku berdebar. Nada yang diset hanya untuk dia. Dia yang perlahan-lahan mengajar aku erti sebuah perasaan cinta.

(Msa dkt matrikulasi, kmi xdbnarkn bkrja, jd bila elaun hbis, sy dh xthu nk ambk mne dh duit. Mesin atm pun rusak tme tu. Mmber sndri pun mkn sekali sehri xkn nk pnjm ngan dia. Sy hmpir nk ambk dh mkanan kt dlm tong. Perut sakit sgt. Truk kn? Nasib mak call ckp dh depositkn duit. Dia blh agk, sy xde duit lngsung especially untk bli topup. Sbb Dh bnyk hri anak xcall. Menangis sy kt mesin atm. Btw, chapter ni dbuat lpas tonton video d atas. Tak sangka Suga baik hati rupenya. So Swaggg!!)

When I met SugaWhere stories live. Discover now