jangan lepas tanganku

318 41 20
                                    

Entah keberanian dari mana, aku memijak batang besi pada jambatan tersebut. Terasa gayat bila memandang ke bawah. Angin meniup lembut di wajah ku. Terasa sejuk dan dingin bila angin menyatu dengan titisan air dari mata ku.

Hujan tiba-tiba mencurah. Aku mendongak ke langit. Seolah-olah memandang Allah. Bila ya Allah? Bila sakit ini akan hilang. Bagaimana hendak hamba Mu ini teruskan hidup. Sakit, Allah. Sakit sangat. Tidak akan ada yang faham perasaan hamba dan kalau ada pun, mereka tetap akan tinggalkan hamba. Rintih hati ku. Aku biarkan sahaja tubuh ku basah.

Batang besi yang agak basah menyebabkan aku tergelincir secara tiba-tiba.

"Ahhhhhhhh.."

Aku menjerit. Sebelah tangan sempat menggapai batang pemegang jambatan. Aku memejam mata. Cuba berpaut sekuat mungkin.

Aku tak mahu mati lagi Ya Allah. Tolonglah...

Lama aku berpaut di situ tapi tiada siapa yang muncul untuk membantu. Jeritan aku juga tiada siapa yang mendengarnya. Aku pasrah. Mungkin hari ini adalah hari ku. Mata ku katup rapat.

Tiba-tiba tangan ku terasa dipegang. Aku mendongak. Kelihatan seorang lelaki berbaju t- shirt hitam. Berambut hitam gaya bang rambut ala korea. Berwajah putih agak pucat dan memakai mask.

"Bertahan! Jangan lepaskan tangan aku"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bertahan! Jangan lepaskan tangan aku". Ujarnya dalam bahasa Inggeris.

(semua dialog adalah dalam bahasa inggeris tapi saya malas nak translate..so hehe)

Ya Allah ternyata masih panjang nyawaku. Ada yang kau hadirkan untuk melindungiku. Aku mungkin mengalami kemurungan tapi membunuh diri bukan satu pilihan yang terbaik dan tidak mungkin sesekali aku lakukan. Aku berpaut pada tangannya dan dengan pertolongannya aku berusaha untuk naik ke atas.

Aku terjatuh di sisinya. Dia terbaring di tepi aku. Nafasnya melaju.. Aku pun sama. Tercungap-cungap kami berdua jadinya. Badanku terasa menggigil kerana tadi hampir di ambang maut.

Dia bingkas bangun dan memarahi aku.

"Eh kau dah gila ke apa? Nak bunuh diri kat sini pula. Kalau ya pun ada masalah kenapa nak menyusahkan orang lain pula?. Kau ingat kau je ke yang ada masalah dalam dunia ni? Sh*t!"

Aku terkejut. Bukan niat aku untuk bunuh diri. Tapi aku tergelincir. Tapi memang betul katanya. Aku hanya pembawa masalah.

Aku tertunduk. Air mata mula mengalir. Aku memang bodoh. Sebab aku, ramai orang yang kesusahan. Aku memang pembawa nasib malang. Tak ada siapa yang perlukan aku. Aku memang tak penting pun di mata sesiapa. Ada atau tiada, sama sahaja.

"Maaf sebab menyusahkan". Aku tunduk sambil bangun dan berlalu dari situ.

"Hey, tunggu. Beg kau"

Aku ambik begku yang berjenama Converse dari tangannya dan terus melangkah.

"Tunggu, aku nak cakap sikit". Dia berlari ke arah ku lalu menahan aku dari terus melangkah. Dia kini berada bertentangan dengan ku. Aku cuba terus berlalu sebab aku merasa sangat malu sudah mengeluarkan air mata di depannya.

Dia tanpa mempedulikan aku, terus menarik beg yang ku genggam agar mengikutinya. Dia menghormatiku sebagai perempuan berhijab agaknya sebab itulah dia  tidak terus menarik tangan ku. Aku ditarik pergi memasuki keretanya.

"Dah, masuk" Suruhnya sambil membuka pintu kereta.

"Awak nak bawa saya ke mana ni?"

"Diam. Aku rasa aku patut nasihatkan orang macam kau ni."

(sy xpernah bunuh diri hihi..cuma doakn agar umur dipendekkan je..tapi tu dulu lah. Sy baru tahu Suga pernah cuba bunuh diri. Please stay by their side. Do not need to do anything. Bagi kmi bdk2 depression. Stay je yg kmi hrpkn dri anda)

When I met SugaWhere stories live. Discover now