''Banyak sungguh assignment nak kena hantar minggu ni. Kalau tak sempat siap, masaklah aku."
Tangan ku tergopoh-gapah menekan papan kekunci laptop. Biasalah tinggal dua minggu lagi nak peperiksaan jadi aku tak boleh lari dari longgokan tugasan.
"Dah pukul dua pagi ke? Masaklah.."
Nasib baik roomate ku sudah pulang ke kampungnya kalau tak aku mungkin mengganggunya dengan lampu yang terpasang di tengah malam.
Ting
Satu notifikasi mesej masuk. Aku meneliti nama pengirimnya.
Kau free tak?
Video call kejap. -Suga"Eh, Yoongi oppa? Dia nak buat panggilan video tengah-tengah malam macam ni? Peliknya."
Mesej kedua masuk.
Please -Suga
"Tak selesanya malam-malam baru nak video call. Kalau siang boleh la."
Mesej ketiga pula masuk.
Kenapa tak balas? -Suga
Lepas fikir masak-masak, aku akhirnya bersetuju. Walaupun tak elok sebenarnya menghubungi pasangan selepas jam 12 tengah malam jika tiada urusan kecemasan.
Aku membalas mesej tersebut.
Bagi saya 10 min -Qalisha
Selepas 10 minit berlalu, Suga terus membuat panggilan video. Aku telah pun siap mengenakan selendang labuh berwarna hitam dengan kardigan yang menutupi lengan ku. Aku mengemas sedikit meja belajar yang berselerak dan kembali duduk di situ.
Perbualan kami dimulai.
"Aku ganggu kau tidur ke?"
"Eh taklah. Saya tengah siapkan tugasan. Biasalah life sebagai pelajar universiti ni sibuk sikit, oppa. Walaupun tak sesibuk life sebagai idol. Oppa sihat?"
"Sihat."
"Tak kerja ke sekarang? Ke hari ni Oppa cuti? Biasanya oppa masih sibuk walaupun dah lewat malam."
Soalan ku tidak dijawab. Suga ku lihat memandang ku lama. Aku merasa sedikit segan. Kenapa dia pandang aku macam tu? Dia tengah mengelamun ke apa? Atau sebenarnya ada sesuatu pada muka aku? Aku berasa kurang selesa ditenung seperti itu.
"Oppa? Kenapa?"
Suga masih lagi memandang aku.
"Oppa? Yah Min Yoongi!"
"Hah, apa tadi?" Dia agak terkejut.
"Oppa, mengelamun ke? Kenapa pandang saya macam tu tadi?"
Dia menggaru bahagian rambut di atas telinga. Seperti biasa, itulah tabiatnya bila dia merasa janggal.
"Dah lama aku tak tengok muka kau depan-depan. Muka kau tak berubah ya. Masih sama. Masih tak lawa macam dulu."
Aku mencebik. Suka sangat dia cop aku hodoh tapi yang hodoh ni jugalah yang dia berkenan. Pelik betul la Min Yoongi aku ni.
"Sedap sungguh ya awak mengutuk saya, nasib saya ni pemaaf."
Dia hanya tersengih kecil.
"Awak ada masalah ke, Oppa?"
"Kenapa tanya macam tu?"
"Entah, tengok muka Oppa macam ada yang tak kena je."
"Nampak sangat ke?"
Aku mengangguk.
"Tak adalah. Aku saja nak sembang dengan kau malam ni. Aku bosan." jawabnya ringkas.
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...